Wednesday, 6 October 2021

SESEKALI MAKAN KELEDEK. REBUS,SEDAP JUGA...

 

Sesubuh tadi merebus keledek.


Sesekali makan keledek rebus sedap juga.Lawankan dengan kopi 0.Buat alas perut di pagi hari.


Keledeknya manis sangat.Agaknya sebab tu dipanggil sweet potato in English.Keledek Cameron Higland ni diberi oleh Hawa dua hari lepas.Alhamdulillah,semoga Allah limpahkan lagi rezeki kepada pemberi keledek ni serta kepada kita semua.

12 comments:

  1. Arwah mama kalau ammi balik Seremban dan kata nak ke Jusco..mmg inilah yg dikirimnya. Takde lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...
      kat Jusco memang ada jual siap stim kan...Kalau time hujan...terliur

      Delete
  2. sy suka keledek ni..
    kalo kat teganu kita pgl ubi stelerrr.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo. ubi steler...
      Kami @ Kedah panggil ubi tela...hihihi..nak sama cuma idghom dia lain sikit

      Delete
  3. Sedapnyaaa...untungnya boleh makan keledek rebus...SA kalau makan memang semput la sebab kuat anginnya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang boleh makan..
      Ada juga yang alergi.
      Macam jambu batu saya mang tak boleh makan..angin..

      Delete
  4. Sedapnya keledek ungu manis ni. Dulu masa ada kebun rajin jugak mak merebus keledek ungu ni. Comel comel cepat masak. Orang korea biasa bakar letak dalam aluminium foil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan...kalau yang masih muda.
      Saya pernah juga jumpa dan beli kat Guangzhou dijual panggang bungkus aluminium foil oleh penjaja motor roda tiga.Sedap makan dalam cuaca dingin pula..

      Delete
  5. Memang sedap keledek manis ni.
    Nak lagi terangkat, cicah dgn kelapa parut yg digaul dgn garam sikit. Sedapnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ..kan...
      Takdan nak cari kelapa dah..Kalau kat kampung boleh cari kelapa belakang rumah.pastu kukur/mesin...sedap kan

      Delete
  6. Mmg sdp ubi ni.. sllu jd hidangan minum ptg kak lin.. tp kak lin stim je.. fav!! 💃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stim lagi sedap tu kak Lin.Saya nak stim rasa lambat.Belasah rebus...hihihi

      Delete