Tak tau nak masak apa untuk sarapan dan bekal.
Saya beralih kepada kicap pak Jalen.Tapi sesekali rindu bertandang terhadap kicap kaki ampu ni(kipas🤭)
Beli juga botol kecik kecik ni RM5.Kedekut duit nak beli botol besar RM9.50.
Dulu duit not merah sepuluh ringgit boleh beli 3-5 biji durian .Dulu laaa.Tapi tak la dulu sangat.Dalam 5 tahun dulu.Sekarang sepuluh ringgit hanya dapat beli sebotol kicap.Baki 50 sen.Tu pun cashier tolak lagi 20 sen untuk plastik sebab tak bawa beg🤭.Takkan ampa nak bawa botol kicap gitu jer kan.Baki 30 sen tak lepas nak bayar parking untuk ½ jam.Silap haribulan,tengok-tengok DBKL tengah tulis saman sebab tak masuk syiling dalam meter parking..Huwaaaaa...
MEE TELUR GORENG
2 paket mee telur
5 batang sosej- hiris
(saya ganti 10 cucuk sate ayam)
1 pokok daun bawang
2 sudu cili blend + bawang blend
2 bawang putih
1 kiub bilis
4 sudu minyak
kicap lemak manis.
(saya tak bubuh sebab tak boleh buka botol kicap🤣)
1. Jerang air dalam periuk untuk celur mee.
2. Sesambil tu panaskan minyak dalam kuali & tumis bawang putih cincang.
3. Masukkan sosej hiris/ sate ayam & goreng hingga harum.
4. Tambah cili + bawang blend & masak hingga naik minyak.Tambah kiub bilis.Garam hanya masuk jika perlu.
5. Celur mee dalam air mendidih lebih kurang 2 minit & bila nampak sudah lerai,terus cedok & masukkan dalam tumisan.
6. Gaul rata sambil renjis kicap supaya merata.
7. Masukkan daun bawang hiris & sesuaikan rasa.
hahaha.. sejak tukar tuan tanah, rasa macam bersembang dengan tuan rumah. Tapi tuan tanah kedaung tu pun boleh tahan bab melalut meraban dia, tak padan ngan budak sekolah. Rupanya menurun dari maknya, hahaha.
ReplyDeleteApapun mee telur tu mesti sedap sebab ada sate
Tuan tanah kedaung lagi meraban...hihihi
DeleteDia sendiri mengaku memang menurun..🤭
Dia kata berkat suka melalut meraban tu la,cikgu BM selalu jadikan hasil penulisannya sebagai contoh...
Nasib baik boleh score A
Alhamdulillah kalau tak...sia-sia la meraban,🤣🤣🤣
Alhamdulillah..
Bawa mee,dapat pula nasi lemak.
Hihihi....sekarang bila dah balik rumah,memang blog ni la tempat meraban.Anak-anak dah ada life sendiri.Dulu tak dan nak meraban dok urus anak anak..huhuhu
ReplyDeleteKak, ada gambar yang tak muncul pulak. Gambar kedua, mi je yang saya nampak.
ReplyDeletehihi, saya suka baca. Terhibur. Rezeki orang belanja nasi lemak :)
Laaa....kak pun tak perasan gambar tu..
DeleteDah delete dah gbar dalam galery ...hihihi..