Saturday, 23 October 2021

SPAGHETTI OLIO SARDIN

 Dah hari Sabtu dah...

Spaghetti Olio Sardin vs Kopi O panas


KL sejuk pagi ni selepas dilanda hujan lebat lepas subuh tadi.


Kiri kanan masih ada baki hujan.Hutan Khatulistiwa & Hutan Batu basah bermandi hujan.



Spaghetti Olio Sardin.Antara stok-stok akhir dah ni sebelum merancang untuk topup barangan dapur hari ini.

Itupun kalau rajin turun ke bumi...hihihi




Saya rasa macam sedap sangat spghetti olio sardin yang saya masak ni🤭Sesekali jujur pada rasa🤣🤣sebagai motivasi diri sendiri.


SPAGHETTI OLIO SARDIN.

½ paket spaghetti.

( guna pasta vermicelli -lebih kecil.)

1 tin sardin meckerel.

1 biji tomato masak-cincang

1 labu bawang putih.

(memang saya guna banyak)- dadu halus

½ labu bawang besar -cincang.

1 sudu lada hitam tumbuk.

1 sudu chilly flakes.

garam,hirisan daun sup& minyak


1. Jerang air untuk rebus spaghetti.

2. Dadu halus bawang putih.Goreng dengan api perlahan hingga keemasan dan rangup.Ketepikan.

3. Dalam minyak bawang putih tadi (anggaran ¼ cawan) tumis bawang besar cincang.

4. Tambah tomato cincang dan masak hingga mendidih.Sementara itu rebus juga pasta biar mendidih anggaran 2 minit sahaja.

5. Tambah sardin meckerel bersama sosnya ke dalam tumisan.Juga masukkan garam.

6. Bila pasta nampak lembut sikit,terus sepit dan masukkan dalam tumisan.Gaul rata.

7. Tabur lada hitam tumbuk,bawang putih goreng, chilly flakes dan daun sup cincang.Sesuaikan rasa


Siap



Biasa orang makan pasta untuk lunch & dinner.Kita belasah saja jadikan sarapan...Hihihi

18 comments:

  1. Replies
    1. In sha Allah sedap..
      Alhdulillah..terima kasih

      Delete
  2. Iuunnnaa... dahsyat sungguh.... di sini spaghetti olio... nampak dari tingkap tadi orang Johor berspaghetti sardin pulak!

    ReplyDelete
  3. Ehhhh salah.... sana spaghetti bolognese...sini yang bersardin.

    ReplyDelete
  4. Aduhai...sedapnyaa...x pernah buat lagi spaghetti sardin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali kering idea & nak ubah selera...try la SA

      Delete
  5. Tu dia.. biasa ns grg sardin.. hrini sdp la bfst 3 ank semut tu.. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...sejak dok sebut anak semut...Rumah saya dah ada semut la kak Lin..
      Nak tukar la pulak sebut anak raja pulak🤣

      Delete
  6. Rupanya kita lupa nak komen la spaghetti sardin ni sebab kelakar baca komen Kak Amie

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😁😁😁
      Komen dah la tu
      hahaha tu kan...
      🤣🤣🤣🤣🤣

      Delete
  7. asalam...dah solat maghrib ke ? hehehe..sini jam 6.00 dah siap solat maghrib.
    Saya dah letak dalam bloglist aktif ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,dah selesai maghrib & isyak jugak.
      Awalnya Sabah maghrib.
      KL sekrang pun agak awal..pukul 6.59.
      Isyak pun 8.09 malam.
      Elok kalau puasa bulan ni maghrib awal🤭

      Terima kasih

      Delete
  8. wah..seronk kan dah boleh rentas negeri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ..Samasama kita jaga kesihatan & sesuaikan diri dengan norma baharu

      Delete
  9. Tak pernah guna mackerel. Guna tuna chunk tu pernah lah. Sedap gak kak

    ReplyDelete