Saturday, 2 October 2021

YEY..KOPI CAP GANTANG DAH SAMPAI..!!

 Semalam 1 Oktober kan HARI KOPI SEDUNIA..Orang lain pakat minum kopi waktu pagi.Saya pula kehabisan stok kopi cap gantang.Tapi alhamdulillah dapat juga minum menjelang petang.Lepas asar,terus ke dapur nak jerang air.


Eh,nampak ada parcel ni atas kabinet.Tanya depa,sapa order apa.Cella kat buka la...tu untuk saya

Gigih la unboxing🤭

Laaaa...Kopi Cap Gantang dari shopee dah sampai.
Sampainya di Hari Kopi Sedunia..hihihi

Beli 4 bungkus terus.Dah plan sebungkus nak terua buka.Sebungkus nak bawa letak kat pentry tempat kerja.1 ingat nak bagi Rose.Sekali dia kata dia tak minum kopi.Takpa lah buat stok.

Kopi kan minuman kedua paling ramai orang minum selepas air kosong.Saya selalu "taubat sambal belacan" Taubat sambal belacan tu maknanya kalau makan sambal belacan masa pedas tu beria-ia janji taknak makan dah.Bila hilang pedas,janji tinggal janji.Ulang makan lagi.Sama la saya dengan kopi
Bila datang migrain,taubat la sekejap.Bila dah elok,minum lagi.Macam orang sakit gigi la..Masa sakit kemain gi klinik minta doc cabut.Padahal dah tahu gigi tengah sakit doc tak akan cabut.Doc akan bagi ubat dengan pesanan nanti dah tak sakit datang untuk cabut.Tapi bila makan ubat dah tak sakit...Mmmm memang tak la nak gi menyerah diri kat klinik gigi..
Kannn...Kan...Kan...
Heee saya la jugak tu perangai macam tu😁😁



Eh,ada free gift..Ada benih sawi dan kangkung.Boleh bagi Pak Man Isnin ni.Pak Man rajin menanam &tangannya menjadi.


Masa nak renyok kotak parcel tu buang dalam bakul sampah,nampak ada nota ni kat kotak tu.Baca la dulu pantun tu..

Alamat kat parcel jangan terus di buang..Alamat lengkap tu.Dulu saya selalu pesan anak-anak sebelum buang koyakkan atau gunting jadi serpihan kecil sebelum buang.Pastu anak bujang tu beli kan apa nama entah benda alah tu yang kat atas tu.

p
Buka penutup dia...ada macam roller.Ada ink hitam.


Roll la kat alamat tu...
Tak payah nak koyak lagi katanya..Hmmm,kreatif betul orang sekarang..Semua ada..Hulur "kertas yang ada cap kepala agong pertama" tu..semua boleh dapat.

Secawan kopi cap gantang.Tapi ni pic lama.Bukan semalam.
Bahagia dapat minum kopi walau bukan kopi cap perempuan rambut panjang tu🤭
Maka dapat la juga minum kopi pada Hari Kopi Sedunia.Eh,rupanya semalam 1 Oktober juga adalah Hari Warga Emas..sama tarikh sambutan dengan hari kopi.Warga emas dan kopi memang ngam la kan.Warga emas maksudnya yang umur 60 tahun dan ke atas..saya belum la lagi warga emas🤭Tak tau la Allah nak izinkan umur sampai ke tidak ke warga emas tu..

5 comments:

  1. bagus pantun rebranded dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantun macam ni ok saja kan...
      Masih ada seninya

      Delete
  2. Wak jarang2 minum kopi
    Lebih kepada teh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang banyak minum kopi dan teh..Minuman panas yang seperti 3 in 1 macam tak puas minum

      Delete
  3. Banyak memborong kopi tu. Lega stok kopi dah sampai dengan selamat. Saya biasa gunakan marker pen untuk tutup details tu sebelum buang asingkan kertas untuk recycle. Ada jugak berkira kira nak beli alat tu tapi tak tahu entah bila nak membelinya. hihi

    ReplyDelete