Tulis tajuk tu untuk senang nak rujuk lepas ni kalau datang lagi Trengganu.Orang Trengganu mesti tahu banyak tempat lain.Tapi kami sebagai orang luar yang sesekali ke sana,kena simpan ni...😁
Ni masih cerita hari Jumaat,lepas daftar Cella
Adah kata pukul 5 dah kena gerak dari Arena Hotel untuk ke Kuala Ibai.
Tapi dekat pukul 6 petang baru gerak sebab sebab lambat check in.Timing lari sikit sebab Adah kata masa buat itenerary tu tak tau banyak kedai makan tutup dan break panjang sebab lupa Trengganu cuti Jumaat.Dok ingat sama ngan KL...
Kami sampai sini dalam 6.30 petang.Dah ramai orang tapi sebab tempat luas + waktu maghrib,maka rezeki kami dapat tempat duduk strategik.
Alhdulillah,dapat meja tepi...view laut(kuala yang betulnya)Sambil Adah pilih menu,saya rakam la video.
Sepatutnya kami dinner 3 beranak bersama anak bujang tu sekali.Plan asal bertolak 14 Okt,tapi sebab 14 Okt tu anak bujang ada interview,pospon jadi 15 Okt pagi.Tapi kesudahannya 15 Okt pula anak bujang tu kena ke Putrajaya lagi sekali untuk urusan temuduga tersebut.Tukar plan lagi.Kami 3 beranak bertolak dulu dengan kereta.Anak bujang tu beli tiket bas.Tiket bas 15 Okt tu pun dapat 6.45 petang.Bila malam buka online,eh,ada pula keluar jadual baru..Ada tiket lagi awal pukul 11.30 pagi.Beli lagi tiket 11.30 pagi pula sebab jangkaan urusan interview akan selesai pukul 9.30 pagi.So,nanti petang kami akan jemput dia kat Stesen Bas KT.
Sebab tu dinner berdua saja dengan Adah.
Lokasi tempat makan ni ,bawah jambatan Kuala Ibai
Masa ni air surut.Nampak beting pasir tengah kuala tu.Seberang sana ada bot nelayan.Saya suka tempat macam ni.
Order 3 jenis makanan saja.
-Kue Teow Ladna ( dalam menu tulis Ratna)🤭
- Nasi Goreng Ikan Masin
(perut orang tua kena makan nasi 😁)
- Sotong Celup Tepung
(saya pilih 2 ekor beratnya lebih ½kg)
Adah kata dia nak makan sotong celup tepung puas-puas.Haaa makan lah...saya tak minat sangat sotong.Kalau ikan saya suka..
Bila makan sotong celup tepung,teringat mak.Kesian mak,kali pertama hantar Cella hari tu mak dapat ikut sebab masa tu boleh rentas negeri sekejap.Sayangnya masa tu sebab baru lepas PKP 1..banyak kedai tutup + kami pun tak pandai nak cari.Kami pun tak study dulu..Rupanya Trengganu cutinya Kena Google juga tengok kedai makan femes tu tutup hari apa.Ada yang tutup hari Selasa ada yang tutup Rabu.Kemain susah nak cari makan masa tu.
-Sotong Celup Tepung (2 ekor besar lebih ½kg)
- Nasi Goreng Ikan Masin
-Kue Teow Ladna
-Air Tembikai
-Air Laici
Total RM 40
(tepat pula anggaran harga yang Adah tulis dalam itirenari tu)🤭🤭🤭
Jarang saya makan habis.Ni kali...licin baq hang...
Habiskan masa 1 jam lebih kat sini.Dari 6.45 hingga 8.00 malam.
Dah..jom balik hotel.Driver cakap dia penat ..nak tidur.Nanti nak gi jemput abangnya pula kat stesen bas.
**Adah kata nanti datang lagi...tempat ni wajib datang lagi
Beberapa kali pergi Ganu, belum pernah lagi makan di sini. Nanti boleh la try, tempat ni femes jugak kan
ReplyDeleteSK wajib kena try sini sebab semua kaki makan kannnnnn..Boleh bayang SK,PI & Iman akan order pwnuh meja..sedap kat sini SK..view cantik..
DeleteAdah kata wajib dtg lg? Wah.. destinasi yg wajib kak lin g nmpknya bila g ganu.. tq mak cella sharing info..
ReplyDeleteLupa.. abang g intvw ye? Mg ada rzki abang.. aamiin..
DeleteKat putrajaya plk tu..
Wajib kak Lin ...masukkan dalam itinerary tau..
DeleteHarga berpatutan..makanan segar dan sedap.view cantik..kalau nak dapat meja tepi tu call la dulu booking..Ada nombor telefon kat signbord tu..Harap ianya membantu memudahkan....
Aamiinn...doakan tau supaya anak bujang saya berjaya dalam interview tu..aamiinn
Dah lama tak singgah sini.
ReplyDeleteWak dah rindu nak balik Ganu dah tu...tempat jatuh lagi dikenang..hahaha
Delete