Wednesday, 30 November 2022

SERAWA PISANG KEPOK


Serawa pisang kepok
Bersama cream creaker

Masak serawa pisang kepok ni hari Isnin masa cuti PM ke-10


Pisang kepok beli hari Sabtu untuk buat pisang goreng 

Ada lebihan 7 biji.Dah masak ranum ..
Teringin nak makan manis-manis.Masak la serawa..

PENGAT PISANG KEPOK

6 biji pisang kepok masak 1kotak santan (250ml)
3 sudu gula perang
½ cawan gula pasir
½ sudu teh garam
3 sudu sagu - basuh & rendam 10 minit
1 helai pandan

1. Kupas pisang & potong serong sederhana tebal.

2. Masukkan pisang dalam periuk bersama 3-4 cawan air & masak hingga mendidih.

3. Masukkan sagu & kacau sesekali hingga nampak sagu jernih,baru masukkan gula perang dan  gula pasir,garam dan pandan.

4. Tambah santan dan kacau sesekali hingga mendidih.Kecilkan api supaya mendidih perlahan & santan tidak pecah.Sesuaikan rasa


Trade mark saya...dan mungkin orang lain juga..
Makan serawa pisang dengam cream creaker..
Hirup pula teh 0 tanpa gula...sedap sungguh


Tuesday, 29 November 2022

MAKAN SATE KAJANG HAJI SAMURI @ KAJANG

 Tengok Jaja post depa makan Sate Hj Samuri beli kat R&R Elmina....terliur..Sabtu malam saya ajak anak-anak pi makan Sate Hj Samuri jugak lah.Ajak pi makan kat R&R Awan Besar..Tapi anak bujang tu cakap takut jem sebab ada final Piala Malaysia kat Stadium Bukit Jalil.

Dia cadangkan pi ke Kajang...Baru la betul Sate Kajang katanya...hihihi.

Lagipun Sabtu dah lastday Cella kat rumah sebelum balik kolej.Terlanjur semua ahli keluarga ada...jom la kita JJCM sambil menikmati malam minggu bersama.Sejak masing-masih  dah makin dewasa ni...bukan selalu dapat rezeki makan dan keluar bersama.



Kami bertolak dari rumah elok-elok lepas solat maghrib dalam 7.45..
Tapi sebab anak bujang tu boleh pula terlepas simpang kat UNITEN tu...ke Bangi jadinya ..Ikut Jalan Reko terus ke Kajang...lalu Metro Kajang..
Anak bujang tu cakap masa kecik saya selalu bawa depa mai window shoping kat Metro Kajang ni..Lepas tu pi makan sate Kajang & makan bakso...Kadang pi korek duit kat Tabung Haji Kajang tu dulu untuk beli baju sekolah.....satu-satu dia dok cerita..
Ish...saya dah lupa la..
Sungguh...tak dapat recall memory..! 
Hihihi....
Yang saya ingat..Adah memang lahir kat Hospital Kajang..
Sembang-sembang...dah sampai...
Berlegar jugak la cari parkir..malam minggu ramai la orang


Bangunan ni dua tingkat..Masa kami sampai memang memang padat pelanggan kat tingkat bawah.
Adah ajak mencuba nasib kat atas....penuh jugak la .
Tunggu sekejap..
Alhamdulillah...rezeki bila meja hujung tepi jeriji tu dah siap makan..
Dapat tempat strategik...
Boleh makan sambil layan view menarik..
Untuk makluman..tingkat atas ni ada kaunter pesanan sendiri..Kat atas ni pun boleh tengok live depa bakar sate..Maknanya kalau makan kat bawah pesan kat bawah.Makan kat atas pesan kat atas.

Caranya...cari dulu tempat duduk..tengok nombor meja..Kemudian pi kaunter buat pesanan...bagitau nombor meja dan pilih menu..
Depa akan bagi kuah dan eksesori sate macam timun dan bawang  tu bawa sendiri ke meja.Sate nanti depa hantar kemudian lepas siap bakar.Nasi impit harga lain yer.


Tempat duduk kami tepi sekali ..Ada dua baris meja yang kedudukannya lebih tinggi daripada yang lain..
Tu view pelanggan tengah makan kat belakang kami di aras atas.Kami lagi tinggi la..hihihi


Dari tingkat atas memang betul-betul mengadap parkir dan  Stesen MRT.Kalau dapat tempat duduk tepi la..Kalau meje tengah atau belakang tak nampak la view ni.
Dekat sesangat Stesen MRT ni ..
Kalau nak santai-santai better datang naik MRT...turun MRT lintas jalan saja dah sampai Sate Kajang ni.


Makanan dah sampai..
Saya suruh Adah order..
30 sate daging
20 sate ayam
10 sate perut

Kemudian tambah lagi bungkus 10+10 sate daging untuk Cella bawa balik kolej.

Asalnya ini la hidangan kami...Sate dan minuman sahaja tanpa nasi impit/ketupat.
Anak bujang tu dan Cella bertawaf mencari parkir kereta...semua penuh...Adah dan saya naik dulu..saya coop meja..Adah order..katanya tak payah nasi impit..nanti tiada siapa nak makan..Tapi lepas anak bujang tu naik...dia tengok takda nasi impit ..Dia pi order pula nasi impit dan sambal extra ..


Sate perut favourite saya...
10 cucuk...kongsi dengam anak bujang tu.Adah & Cella tak nak cuba pun sate perut ni..Sedap tau..!

Dah pakat snap pic dan depa dah pakat upload kat IG depa dah ..baru boleh makan🤭

Baca doa dulu yer...Bismillah...

Masa ni nasi impit belum sampai...

Saya hanya mampu habiskan 4 sate daging dan 5 sate perut..
Semua pun makan tak sampai 10 cucuk sorang sudah kekenyangan.Kecuali anak bujang tu..dia boleh habiskan berbelas cucuk.Baki yang tak habis tu masuk dalam plastik.

Sambil makan layan busking...Saya tak pasti setiap malam ada busking atau hanya weekend sebab kami datang ni memang malam minggu..


Resit dah kena kuah kacang..Adah yang pi order dan bayar..Saya ingatkan harga sate ni dalam rm1.20 secucuk🤭Bila tengok resit baru tau
harganya...hihihi...
Sebelum-sebelum ni makan pun Adah @ anak bujang tu pi bayar..saya tak tau pun ...Kalau saya pernah bayar pun..saya yang lupa kot...hihihi..
Sebab biasanya order & terus bayar...Selalunya ada ja tanda harga kat situ...nak tengok dengan tak tengok ja kan...
Biasanya dah nampak sate ...tak tengok harga pun kan...
Takkan la secucuk rm10 pun...kan....hihihi
Dulu tahun 90-an secucuk baru 30-50 sen bergantung saiz dan brand..
Sekarang dah berpuluh tahun..bukan sate saja bertambah harga...
Tuan punya diri pun dah bertambah usia...hihihi


Turun bawah...banyak port nak bergambar...Yang muda seronok layan ni..

Kali pertama datang makan Sate Kajang ni tahun 90-an..masa masih belajar dan muda belia lagi...merempit..hihihi
Masa tu belum ada hiwa Grand Saga..SILK..LEKAS bagai..
Dari KL..kena lalu jalan kampung yang kiri kanannya berderet gerai jual lemang panas dan jagung rebus.Masih saya dapat bayangkan suasana itu..
Masa tu boleh juga naik bas Fuh Hup warna hijau tu..Tak pun bas mini...
Medan Sate pula dekat Stadium Kajang..
Kali terakhir datang..sebelum Covid 19 melanda..Bertahun la juga tak datang sini.Kalau nak makan sate Hj Samuri ni biasanya kami makan kat R&R Awan Besar saja.

Malam tu saya mencari stadiumnya walaupun tahu tiada🤭...


Tapi hanya tinggal tapaknya sahaja menjadi tempat riadah malam bersebelahan Bangunan Sate Kajang Haji Samuri ni..


Lebih kurang pukul 10.30 malam kami mula meninggalkan Restoran Sate Kajang Haji Samuri ketika masih ramai beratur panjang dalam restoran.

Terus bergerak ke UPM hantar Cella...tak jauh pun ..tak sampai 20 minit pun ikut Sungai Ramal..

Ops..lupa nak cakap...bayaran parking RM1...tak tau perentry atau hour.Kami masuk dalam 1jam ++kena bayar singgit sahaja..

Monday, 28 November 2022

SARAPAN PULUT KELAPA IKAN PEKASAM & DIMSUM

Selamat bercuti peristiwa semua...Lebih seminggu dah PRU15 berlalu..Hari ni kita bercuti peristiwa..


Saya masak pulut kelapa ikan pekasam....
Juga kopi O


Pulut kukus ni saya tak rendam pun pulutnya ..
Saya ikut cara mak 


Tak banyak pun masak sebab semalam hanya tinggal berdua dengan Adah. 

Goreng ikan pekasam.


Kelapa bergaram.


Teringat ada dimsum frozen..dah berbulan beli tapi asyik lupa.


Kukus beberapa ketul dimsum beku


Ngeri pula nak makan bila tengok warna dia..hihihi


Kalau perasan semua pinggan mangkuk kertas pakai buang .
Hihihi.....
Sebenarnya dua tiga hari lepas tetiba sink tersumbat..Saya cabut salurannya dan jolok dengan getah paip ikut macam dah pernah buat masa SINK TERSUMBAT
Sayangnya tak berapa menjadi kerana sejak dua menjak ni juga tekanan air kat rumah ni terlalu perlahan..macam ekor tikus..hihihi..
Kalau nak buat macam tu tekanan air kena laju.Terpaksa la pilih jalan singkat dengan cara beli "Super Clog"
Kena tunggu weekend la nak buat sebab paip sink rumah saya ni jenis lubangnya kat dinding tingginya dekat 3kaki.Kalau kat lantai boleh terus tuang saja..boleh ja terus buat.Ni kat dinding nak kena pakai corong dan kena buat dua orang..Sorang pegang corong dan sorang tuang.
Tunggu weekend tenang-tenang baru boleh buat..hihihi
So pepagi masak dulu..bawah sink tu saya tadah baskom .Kena masak juga sebab kena  heavy breakfast la kan sebab lepas tu nak jadi plumber🤣
Sementara nak tunggu  super clog buat kerja tu tak boleh la nak membasuh kat sink..
Tu yang  guna pinggan kertas pakai buang tu..hihihi...
Selepas isi perut terus singsing lengan.Potong getah paip bagi pendek sikit dan buka penutup paip sink yang macam shower tu baru nampak tekanan air macam laju.Pasang getah paip...jolok dalam lubang tu..Godok-godok godok...bunyi air dah laju.
Pasang semula saluran bawah sink...selesai
Alhamdulillah....dah settle masalah...

Sunday, 27 November 2022

PERGI PASAR CARI PISANG

 Semalam balik dari makan roti canai @ Teras Jernang tu...teringat nak pergi cari pisang kat Pasar Tani Permaisuri..Tapi macam dah lambat takut Pasar Tani dah nak tutup..so melencong ke Steel River Market🤭...


Memang nak cari pisang untuk goreng.Tak puas makan dah beberapa kali beli pisang goreng tepi jalan belum jumpa yang sesedap pisang goreng kipas depan kuaters dulu..Dah la harga boleh tahan..Beli  pisang goreng RM10 memang cukup untuk 2 orang je makan.Nak beli rm20 macam tak berbaloi sekadar pisang goreng sahaja..dah macam beli 2 pcs regular size pizza..hihihi.Tu yang tekat nak pi cari pisang kat pasar tani...tapi akhirnya melencong ke Steel River Market..🤣

Cella kata dia nak ikut juga masuk dalam pasar..Kata dia dah lama tak mengekor mak gi pasar macam dulu-dulu zaman sekolah..hihihi


Dah pukul 10.30....tak ramai orang..
Cella jer dok sibuk rakam video...

Dalam pasar pun nak rakam video...hihihi


Banyak lagi rakaman tempat ikan..daging dan daging kambing juga..
Tapi panjang sangat saya tak reti nak cut...hihihi

Pisang kepok

Nampak berkarat..tapi pisang ni sedap digoreng..


Petang semalam berpisang goreng la sebagai minum petang


Sebekas tu  habis makan dengan Cella..
Adah pergi kenduri @ Sentul..Anak bujang tu membuta sampai terlepaa nak gi kenduri kawannya kat Sungai Long...
Katanya kawan sekerja dia jemput kenduri kahwin...
Sangka saya kawan yang senior la jemput perkahwinan anaknya..
Rupanya kata anak bujang tu kawannya tu sebaya...
Dia jemput  kawinkah bapanya....!
Laaaa...ingat bapa jemput ke majlis perkahwinan anaknya .
Rupanya si anak jemput ke majlis perkahwinan bapanya !!!
🤭🤭🤭🤭

Dapat makan pisang goreng puas-puas...cicah sambal kicap.
Sambal kicap ni sejak PKP lagi  stoknya...Saya buat sebotol simpan dalam peti ais..

SAMBAL KICAP CILI BANGLADESH
1mangkuk  cili padi Bangladesh
( cili padi merah)
5 ulas bawang putih
1 botol Kicap Lemak Manis Jalen
1/4 cawan cuka makan
1 sudu teh penuh garam halus
3 sudu besar gula
2 sudu minyak

1. Buang tangkai cili dan basuh bersih..lap
2. Panaskan minyak dan goreng cili padi dan bawang putih ( tutup kuali kerana cili yang x dibelah akan meletup2 kecil)
3. Masukkan cili dan bawang putih goreng kedalam blender.
4. Masukkan juga kicap,cuka,garam dan gula & blend hingga halus
5. Simpan dalam botol bertutup

*** Sambal Kicap  ini akan bertambah sedap setelah beberapa hari  disimpan kerana rasanya sudah sebati


DURIAN SEBELUM GAJI

Bulan Oktober lepas gaji awal sebab Deepavali.Bulan November ni gaji awal  sebab PRU15 katanya.

Dok lalu lalang kat tepi jalan nampak ada beberapa gerai jual durian tapi macam sepi tak meriah pelanggan.Nafsu menguasai diri...anak tekak meminta durian.

Mencongak..kalau nak beli...kena ikut patern harga durian sebelum ni...memang bila orang gomen dapat  gaji harga akan naik.Maklumlah tempat saya ni mostly orang gomen.Kawasan kuaters kerajaan kan..Ada 3 kuaters kerajaan yang agak luas kat sini.So,kena beli sebelum 17 Nov kalau selepas tu orang gomen dah gaji harga durian ni akan naik.


So..ini cerita 16 Nov sehari sebelum gaji.Duit selit-selit dalam purse tu kita pejam mata beli durian dulu..Jangan esok tak jadi gaji suddahhhh!
🤣🤣🤣

Balik kerja meronda tengok ada tak orang jual durian..Alhamdulillah ada 2 gerai.

Tapi memang betul jangkaan..
Hari Ahad lepas PRU tu ronda semula gerai tu...dah tak dapat harga sebelum gaji.
Harga selepas gaji dah jadi 2 biji RM50..!!
Dan....nasib baik juga lepas beli durian ..esoknya 17 hb gaji masuk..hahahaha...
Bukanlah takda duit langsung sampai nak kena tunggu gaji..tapi setiap kita dah ada limit dan planning perbelanjaan masing-masing  kan....
Jangan sesekali cakap takda duit..nanti jadi doa betul-betul takda duit.
So...kena cakap ada banyak duit sebab itu juga jadi doa...🤭🤣
🤲🤲🤲


Beli durian kampung jer..bukan durian klon or durian kayangan...
Eh,baru perasan..dah lama tak nampak durian Thailand yang duri besar-besar tu kan...monthong ke apa ke namanya...

Alhamdulillah...not bad la juga isinya dan rasanya.


Buahnya sederhana...dijual 4 biji rm50.

Asingkan dalam sebekas kecil simpan dalam peti ais untuk anak dara bongsu tu.Nanti hari mengundi kakaknya akan pi amik dia balik.

Selebihnya ni saya yang pulun makan.Adah & abangnya tak minat sangat durian mentah.Kalau kuah durian dan tempoyak depa memang pulun.Adah suruh buat tempoyak sikit sebab stok tempoyak dah yilek..
Dapatlah ½ balang kuih yang kecik tu..

Saturday, 26 November 2022

SARAPAN ROTI CANAI KAMBING @ D'ASRIA GARDEN CAFE TERAS JERNANG

Sejak minggu lepas craving roti canai kambing...

Alhamdulillah...pagi tadi dah tertunai keinginan anak tekak ni..
Kebetulan semua ada.Adah & abangnya cuti.Cella pun dah seminggu midterm bermula hari PRU 15 tu.Tapi dia berulang juga ke library dan fakulti siapkan assignment.Hari-hari berdoa agar jangan hujan supaya abangnya gi kerja naik motor dan dia dapat guna kereta abangnya....Alhamdulillah rezeki...dapat dekat..15 minit saja boleh sampai.

Puncanya minggu lepas dok godak-godak cari roti canai kambing yang sedap.Tapi saya taknak roti canai mamak.
Selalunya saya akan pilih roti canai kambing Pak Omar kat Seri Perindu tu.Banyak saja roti canai melayu kat area rumah ni tapi semua takda kari kambing.Hanya ada kuah dal dan kuah kari kosong saja.
Saya nak kari kambing tapi nak la try yang lain pula selain kat Seri Perindu yang dah pernah makan tu.Nampak la kat area Bangi sana nun...
Tengok kat google tulis buka 7.00 pagi.
Ajak anak-anak gerak awal...dah cakap kat depa 6.30 kita gerak...pukul 7 sampai...elok-elok kedai buka...
Tapi biasa la depa...kita dah siap pakai tudung semua..depa baru mencari pintu bilik air..Belum lagi yang bertapa dalam bilik termenung....
Akhirnya pukul 7.30 baru depa 3 beradik tu siap...
Tengok waze..
dalam 25 minit dari rumah...
Ikut waze di bawanya lalu ikut UNITEN....Sg Merab...Kg Abu Bakar Baginda & baru masuk Teras Jernang

Memang ½ jam jugak la baru sampai..Tengok kiri kanan jalan dah penuh kereta..

Memang dok tengok dalam Google katanya  kedai ni sebelah Ikan Bakar Portugis...Memang betul-betul tepi jalan kat Teras Jernang tu.
Dah sampai baru perasan macam kalau ikut PLUS hiway KL-Seremban tu lagi dekat..
Ini waze bawaacam jauh ja..mungkin sebab setting tanpa tol..hihihi



Mula kami masuk menuju ke Roti Canai Malaya tu belakang rak makanan tu.Rupanya boleh saja nak duduk kat  mana-mana tempat D'Asia Cafe yang agak luas tu.Menarik juga menu kat D'ASRIA CAFE..terutama nasi lemak dia..Katanya menu lunch pun menarik.

Tapi sebab dah niat nak makan Roti Canai Kambing..maka,lain kali in shaa Allah nak datang lagi..nak try nasi lemak D'Asria Cafe ni pulak.


Sementara tunggu pesanan tiba...Cella ngan abang dia kuk kik kuk kik dok gelak..Rupanya depa dok main game..

Tak lama lepas tu minuman sampai...

Roti canai kambing pun sampai...

Anak bujang tu pesan roti kosong double + kari kambing.
Milo ais & wajib la ais kosong..hihihi

Saya juga roti kosong double+ kari kambing...Kopi O panas

Cella telur + kari kambing..Teh tarik.
Kari kambing tu pesan kemudian sebab mulanya dia taknak..dah nampak kari kambing kami..dia nak pula

Adah roti telur + kuah dal..Milo panas.

Senarai harga 


Anak bujang tu punya nampak kari dia penuh mangkuk...
Saya ajak tukar..saya nak yang banyak🤭


Ni saya punya...nampak kambing macam sikit...bagi kat anak bujang tu.Sekali....benarlah..
"orang tamak selalu rugi"
Rupanya yang penuh tu sebab banyak tulang.Yang nampak sikit tu penuh isi...
Hihihi...tu yang Cella order lagi satu sebab dia tak dapat paw kambing saya yang banyak tulang.

Tengah kami bertiga makan kambing,baru teringat nak tanya Adah...nak kambing ke?
Haaaaaa...lupa dia dah mula makan kambing lately ni.Dulu dia tak makan kambing...merajuk dia saya tak offer kambing kat dia..suruh order kari kambing lagi semangkuk dia dah taknak...hihihi
Sebenarnya nanti dia nak pi kenduri kawan dia..
Kami pakai ala kadar saja.
Dia dah siap-siap pakai baju kenduri dengan heel dan handbag bagai....ikut kami mai pekena roti canai dulu.

Ni la D'Asria Garden Cafe tu...nanti 
Bila keluar dari sini baru nampak..banyaknya port makan kat sini..Semua meriah ramai pelanggan 
Nampak dekat tempat anak bujang tu parking kereta ada Restoran This Is Nasi Kerabu..
Pun nampak sedap dan penuh pelanggan .
Rasa macam esok nak datang sarapan nasi kerabu kat sini la....🤭


Masa balik saya ajak anak-anak ikut "waze" dalam kepala saya..pakai daya ingatan saja...hihihi..


Lain kali kalau nak gi sini lagi memang kena ikut hiway KL-Seremban la..lagi senang.Kalau dari KL ke dari selatan ke...
Exit Tol Bangi...
Lepas tol ada bulatan tu ambil pukul 2..arah belakang Gateway tu.
Street...sampai jumpa Masjid Teras Jernang tu..
Masjid kuning ni la yang kita nampak kat hiway tu..hihihi
Masjid ni betul-betul depan simpang tiga "T"
Tern left ...& go street..


Dalam beberapa minit ja nampak la landmark yang ada dalam kepala saya ni...Bangunan hijau ni"Rashfa homestay"

Tapi homestay ni belah kanan la sebab kita dari Tol Bangi.

Ni saya pinjam pic google...

Lepas bangunan hijau ni memang berderet tempat sarapan dan tempat makan..Lepas ni saya  nak pi Restoran This Is Nasi Kerabu ...kena ikut jalan ni...

Saya kena simpan dan buat penerangan macam ni sebab saya oldscool... tak pandai guna waze...hanya pandai guna signboard dan daya ingatan saja🤭🤣🤣

Friday, 25 November 2022

PIZZA 3 JAM ½

 Hari Jumaat sebelum PRU 15 tu Adah kata tak payah masak.Sebab cuti dia nak order pizza.Pagi tu saya dah sarapan nasi goreng dan kopi 0.Tapi saya sorang ja la makan.

 Belum pukul 11 nampak dia dok ngadap laptop tengok menu..

Beberapa minit kemudian dia kata dah siap order online .

Tunggu punya tunggu punya tunggu...
Pukul 12 pun tak sampai lagi...
Adah call tanya..depa kata dah hantar...tapi kami tak terima pun..
2 jam sudah berlalu...dah pukul 1.30....pun belum bau pun pizzanya.
Bila Adah call lagi ..katanya rider dah pick up 1 jam dah...
Ah,sudahhhh ..
Depa siap suruh Adah pi tengok kat luar kot rider letak luar rumah..
Kata Adah ....saya dok depan pintu la ni...takdak sapa lalu pun...🤣
Depa kata kalau macam tu depa buat lain lah pizza tu...tapi kena tunggu lagi la sebab dikira new order...huhuhu

Akhirnya menjelah 2.30 baru nampak kelibat rider sebuah syarikat penghantaran tu datang ketuk pintu...

Penantian paling lama rasanya ni..
Kalau Dominos...boleh dapat 2 voucer dah ni...hihihi

Makan la 2 beranak ngan Adah....Abangnya belum balik.Cella juga hari Sabtu baru balik.
Tapi sebab dah menunggu lama sangat....Pakat hilang lapar dah.....dah tak excited nak makan...