Petai Bilis Berlado.
Lauk hari apa ni...dah lupa..hihihi
Petai ni...mak beli masa balik cuti Deepavali tu lagi..Tak bermasak sebab asyik makan kat luar dan ke Trengganu minggu tu
Masak juga Sambal Sardin + telur untuk anak bujang tu sebab dia tak suka bilis.
Dua-dua menu cili padi Bangladesh..Meriah kat lidah ..hihihi
Bak kata mantan big bos kami Puan Rokiah..
Kalau makan tanpa lauk pendas ibarat makan yang " senyap sunyi"..
hihihi
Ni mak dah balik saya masak juga sebab petai tu dah lama dalam peti ais.
Kopek ambil isi sahaja sebab kulitnya dah kecut
PETAI BILIS BERLADO
1 cawan bilis
1 cawan petai
1 cawan cili padi merah Bangladesh
1 bawang besar
1 tomato masak
Minyak,garam,gula
1. Panaskan minyak dan goreng bilia hingga garing.ketepikan
2. Goreng cili padi dan bawang dan tomato.Blend kasar
3. Tumis bahan blend dalam minyak yang sama dan masukkan petai dan perisakan.
4. Tambah bilis dan gaul rata.Sesuaikan rasa.
Sambal Sardin Telur ni pun saya masak guna cili yang sama dengan berlado petai bilis tu juga
Sambal Sardin Telur ni pun saya masak guna cili yang sama dengan berlado petai bilis tu juga
Saya extrakan cili bawang masa menggoreng dan blend sekali harung.
Bagai dua..sebagian masak bilis petai tu dan sebahagian lagi sardin telur ni.
Cili padi dan bawang digoreng dulu rasanya kurang pedas menyengat dan memask juga lebih cepat naik minyak kerana semua bahan tumis tu dah masak sebab goreng dulu macam nak buat sambal penyet tu.
sambal telur bersardin tu menarikss!!! mkn dgn nasik panas
ReplyDeleteLauk evergreen ni...hihihi...
DeleteGeram tengok rase nak mintak tapi jauh hahaha
ReplyDeleteNak pos pun bolehhh...hihihi
DeleteUiii.. sy tak berani makan cili bangla tu banyak2. Tapi, malam ni sy ada cita2 nak masak sambal sardin, hehehe.
ReplyDeleteSebelum cuba memang takut SK..
DeleteDah biasa nanti....akan merindu...hihihi
meriah petai tu kak, besar-besar pulak tu dia punya mata. Sedap tu sambal sardin dan telur, cili bangla tu pedas memang pedas tapi bila dah biasa syok oooo ...
ReplyDeleteKan.....cili tu kalau dah biasa ...akan jatuh centa kan
DeleteUiiii..sedapnye sambal sardin pedas².
ReplyDeleteTunggu Ahnaff & Sofea dah besar sikit boleh masak pedas Jaja
Deletewhoa..betul2 nya sambal petai tu....
ReplyDeleteJarang-jarang dapat petai banyak...hihihi
DeleteTu diaa...meriah ngan petai haaa....
ReplyDeleteRezekiii....hihihi
DeleteKak lin da jangkit umi cella.. manjang capai cili api bangla tu.. stok da siap blend ada je dlm fridge.. senang bila mlm2 nk grg nasi..
ReplyDeleteDan.. betul.. sambal sardin guna cili api lebih umph drpd guna cili kering.. kak lin ikut resepi umi cella.. mmg fav ank2 da.. sblm ni abg yan je mkn sambal sardin.. 🤩
Hihihi...dah jangkit ye Kak Lin...?
DeleteAbang Yan dah ada geng la makan sambal sardin...hihihi
Dulu2 masak sambal sardin bole frozen utk abg yan.. sejak guna cili bangla ni, mkn jemaah, xsempat nk frozen.. licin!! Tq umi cella.. 🤩
DeleteUishh..telan air liur tengok lauk sedap. Lauk menambah nasi ni mama cella. Lama juga tak buat sambal petai. Nanti teringin nak masaklah juga.
ReplyDeletehaaa betul tu Fiza..Lauk menambah nasi..Pastu dah kenyang menyesal...🤭🤣🤣🤣
DeleteYang berlado-lado itulah yang sodap!
ReplyDeleteKalau saya tak ada rancangan jalan-jalan, memang suka sangatlah makan yang berlado tu!
hahaha..
DeleteKalau nak jenjalan...jangan dicuba...jenuh nak cari bilik termenung🤣
terkenang resipi khairul aming - sambal sardin telo.
ReplyDeleteaida lom pernah buat lagi. teringin nyer nak membuatnya.
lom berkesempatan.
petai! sedap lah oii. bertambah nasi dibuatnya nanti.
Sambal nyet dia sedap kan...letak atas telur mata pun sedap
Delete