Wednesday, 9 November 2022

MASAK BUBUR NASI MAKAN DENGAN LAGI-LAGI SAMBAL BILIS

Semalam petang..dalam sakit kepala tu..perut tetap minta diisi..

hihihi


Saya masak Bubur Nasi saja..


Masak guna secawan sahaja beras wangi..
Tak lama pun..sebab guna air panas..
Saya c&p dari old post untuk cara masak bubur nasi yang pekat

CARA MASAK BUBUR NASI PEKAT

1/2 cawan beras(untuk hasil lagi cream-guna beras wangi)
2 cawan air
Air panas secukupnya( masak air 1 kettle)

1. Cuci beras dan masukkan 2 cawan air (jangan masuk air terlalu banyak sekali gus...tunggu nanti tambah air panas)
2. Masak seperti masak nasi biasa..
3. Bila air mula kering..Kacaukan nasi laju-laju supaya beras jadi kembang.
4. Tambah air panas agak- agak 2 cawan..dan biar mendidih
   ( Tutup periuk tetapi sendal tutup periuk dengan sudip kayu supaya sedikit terbuka agar tidak meruap)
5. Setiap kali air mula kering..kacau-kacaukan  agak-agak seminit dua supaya nasi jadi  hancur
(Pastikan button "cook" sebab kadang bila air kering button akan auto warm)


Punca saya masak bubur nasi tu sebab Adah ada order Sambl Kering Bilis ni..

Sampai 2 botol dibelinya..
Katanya ni mak rakan sekolahnya dulu yang buat.Rakan sekolah tu dah kahwin dah ada 3 orang anak dah pun dan menetap kat Swizland..Tapi sambal ni mak dia yang buat ...hihihi

Ni sambalnya...
Sambal kering bilis ni pernah viral sikit masak dulu kan...

Tanpa telur masin bagai..
Hanya topping sambal kering bilis...daun sup dan kacang shandong.Kacang tu pun guna yang ready to eat ja..hihihi



Eh..sedap pula makan bubur panas ni ketika hujan lebat semalam..Memang tipu la kalau tak tambah🤭

10 comments:

  1. Mesti sebelum ni maknya buat bekal anak balik Swizland lepas tu dapat idea nak bisnes pulak.

    ReplyDelete
  2. Ooo..camtu ye nak buat bubur jadi cantik elok. Kite selalu buat terus je letak air banyak² 🤣. Patut tak berapa menjadi. Aduhaiiii..hahaha. sambal kering camtu memang sesuai mkn dgn bubur nasi kan. Renjis kicap sikit. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihim.
      Ni cara saya la..mungkin ada cara lain yang lebih effective..hihihi

      Delete
  3. menu ni orang tak sakit pun boleh laju menyudu

    ReplyDelete
  4. Sedap tu sambal ikan bilis kering makan dengan bubur. Kadang-kadang saya ratah saja begitu sambal ikan bilis kering tu.

    ReplyDelete
  5. Senang dah ada sambal bilis ready made. Auto jadi bertambah sedap bubur nasi. Ada rasa pedas tu yang jadi lebih sedap, kalau ikut selera saya :)

    ReplyDelete