Malam tadi katanya berlaku fenomena gerhana bulan .
Tapi KL hujan lebat sejak petang semalam membawa kepada awal pagi tadi..Tak dapat la tengok gerhana bulan tu.
Tapi kalau tak hujan pun tak tau la kat KL nampak ke tak sebab katanya bukan semua tempat boleh nampak.
Tambah pula cuaca sekarang memang hujan..
Bangun dengan kepala berdenyut dan mata berair.Sejak hari Isnin kepala diserang migrain namun saya cuba tidak mahu melayan sangat kesakitan.
Tapi hingga pagi ni masih belum reda.Saya memang berniat untuk ke klinik dan MC sahaja hari ni.
Selepas menggosok baju kerja anak bujang tu...pukul rasanya dalam pukul 5.30 pagi saya terlelap sekejap.Sedar-sedar 6.30
Eh,tetiba sakit kepala yang sejak hari Isnin tu boleh hilang...
Betul...hilang tanpa rasa sakit sedikit pun..
Masyaa Allah...Alhamdulillah..
Terus capai shawl sahaja yang tak payah gosok & bergegas nak gi kerja saja la..Dah kepala tak sakit langsung ..kalau nak gi klinik pun nak cakap apa kat doktor..
6.30 pagi lebuhraya di sana sudah riuh dengan bunyi kenderaan..Cahaya bulan tetap terang bulat penuh.
Biasanya 6.30 pagi dah dalam perjalanan.Paling tidak pun dah masuk gear kereta dan tayar kereta dah berpusing atas jalan.
Hari ni 6.30 baru mencari tuala nak mandi dengan niat nak ke klinik..
Makanya pukul 7.00 pagi dah terang benderang...Saya baru siap pakai tudung..Tidak pernah saya selewat ini..
Namun sebaik tiba di tempat kerja...nafas jadi mengah dan kepala kembali berdenyut hingga meleleh air mata.Mata sembab macam orang terlebih tidur.Berdenyut macamanapun...dah sampai tempat kerja takkan nak minta balik nak ke klinik pula..huhuhu
Tapi memang takdirnya hari ini saya meneruskan kerja dan tidak MC la ceritanya...
Macam takda kaitan pun dengan tak dapat tengok bulan gerhana tu kan..🤭
Takpe takde kaitan pun..kite suka je bacaaa 😉
ReplyDelete🤭🤭🤭😘
DeleteKat sini pun tak nampak bulan gerhana sebab cuaca mendung.
ReplyDeleteCuma dapat solat gerhana bulan berjemaah kat surau
Alhamdulillah...
Deleteakak migraine ye?sy pun sama kak kalau time datang sakit tu rs nak terkeluar biji mata..biasa saya letak ais atas belakang tengkuk lega sikit
ReplyDeleteOh...letak ais ye..
DeleteTerima kasih petuanya Afzan...boleh dicuba nanti
Masa gerhana bulan penuh ni hujan serata negeri. Kita tengok dari gambaran orang yang berjaya tangkap gambar. Di negara Jepun, cantik kejadian gerhana bulan penuh dengan jelas.
ReplyDeleteKalau terlewat, begitulah..mengah nak kejar masa. Semputtt....