Monday, 7 November 2022

HANTAR MAK BALIK

 Setelah genap 10 hari mak bersama kami di KL dan ke Trengganu...

Semalam hari Sabtu...pi hantar mak nak balik Kedah..

Plan asal ..anak bujang tu nak hantar dengan kereta kerana neneknya dah tak larat nak naik bas lama-lama..

Lepas dah congak petrol..tol dan masa....akhirnya kami deside bagi neneknya naik kapal terbang lah..sebab kos lebih kurang ja..

Akhirnya saya minta anak bujang tu hantarkan neneknya balik Kedah by flight...guna khidmat syarikat penerbangan tambang mahal murah tu..hihihi... .

Hari balik dari Trengganu tu anak bujang tu book tiket.Dah beberapa kali tiap kali nampak kapal terbang melintas di udara.... mak dok sebut lama dah tak naik kapal terbang.Kata mak,kalau la naik kapal terbang tu macam naik bas,mak boleh ja naik sendiri..Ni nak kena beli tiket online..nak check in bagai mak kata tak reti..Kali terakhir kami naik kapal terbang pun rasanya dah 7 tahun kot🤭.Kalau budak baru lahir pun dah masuk darjah satu la kekdahnya..lama naw dah kan....hihihi


Bertolak dari rumah dalam pukul 4.15 pagi..
Pukul 5 pagi  sampai,tapi anak bujang tu yang buat online check in masa dalam perjalanan..Kalau ikutkan sekarang dah boleh online check in..bertolak pukul 5.30 pagi pun sempat lagi.Tapi better la gerak awal kerana kita tak tahu sebarang kemungkinan kan..Biar kita tunggu flight kerana kalau kita yang lambat kapal terbang tu bukan nak tunggu kita kan...hihihi

Lagipun saya tak biasa dengan KLIA2 ni..KLIA1 pun baru 2 kali..Sebelum-sebelum ni dulu  pernah la beberapa kali kat LCCT nun....LCCT pun dah wasaalamu..Maknanya dah lama la kan..🤭

Kalau nak fly sengsorang memang kena belajar semula A-Z...
Jangankan naik flight..
Kalau suruh saya order grab car ka..grab food pun memang saya tak reti...huhuhu
Hihihi...
Sekarang ni pun memang harap kat anak-anak ja la berurusan.


Sebab tak amik lugage..cepat ja urusan masuk..just hand carry ..sorang 7kg...
Lepas la 2 orang 14kg untuk mak nak bawa balik segala keropok lekor dan sikit pakaian mak.Anak bujang tu bawa balik baju sehelai ja sebab plannya petang dia dah nak naik bas balik KL.



Masa dalam PKP ...lama juga Adah kena bertugas kat arrival gate  KLIA2 ni..Jadi dia lebih familiar & tau selok belok sini..
Pukul 6.45 mak dan cucu lanangnya dah masuk gate J...
Alhamdulillah smooth ja..
Nasib baik tak delayed..


Dah beberapa minggu,kami  dok servey juga  tiket flight  Trengganu-Alor Setar.
Tapi harga mencanak tak turun-turun..Air Asia"Syarikat Everyone Can Fly" tu  sehala untuk 2 orang dah 600++.. Fire Fly "Syarikat Api Terbang" tu pula lagi mahal...
MAS"Syarikat Wau Bulan" tu  lagi laaa + itu ini dekat 1k juga untuk 2 orang..Dah tu pulak kena transit KLIA2 juga beberapa jam sebelum terbang semula ke Alor Setar...tu yang tak jadi ..


Lepas mak dan anak bujang tu masuk..saya & Adah ingat nak breakfast kat sini ja..Tapi tak jadi..

Dalam hujan kami singgah Petronas dekat KLIA tu untuk solat subuh..

Anak bujang tu update...dah dalam flight
Hujan.....

g
Sengaja beli tiket tepi untuk neneknya dapat tengok luar tingkap..

Kami dua beranak singgah McD drive thru @ Tol Sungai Besi..Adah belanja...hihihi

Park kereta kat R&R Serdang arah Selatan..


Sarapan la kami 2 beranak dalam kereta..hihihi


Elok kami sampai rumah..elok pula anak bujang tu update...dah nak landing kat Alor Setar...


Katanya nenek tak sempat pun habiskan Nasi Lemak Pak Nasir tu..kapal terbang dah landing sebab nenek makan lambat sangat🤣
Ka...perjalanan yang pendek..
Apapun Alhamdulillah...Mak dah selamat sampai..
Achik dah tunggu kat sana..
Syukur Allah mudahkan urusan .


15 comments:

  1. tak puas mak akak duduk dalam flight tu dah sampai ek kak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..
      Nak flight dari Trengganu hari tu takut mak bosan kena transit lama..dah naik dari KL..sekejao la pulak..hihihi

      Delete
  2. Baru mak nak feeling2 celah awan, dah sampai. Ni kena bawa terbang lebih jauh nampaknya.

    Sy pun macam dah tak pandai naik kapalterbang sekarang. Memang betul pun, bila ada anak dah boleh uruskan, kita lepas tangan aje. Ni kena belajar balik la nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...baru nak feeling2..🤣
      Betul..banyak perkara dah berubah..yang kita agak ketinggalan ..kena belajar semula dari generasi muda la ni..

      Delete
  3. Wah, selamat terbang dan mendarat dengan selamat mak. 10 hari di KL tentu puas JJCM ye mak.
    Terakhir saya naik kapal terbang pada Mac lalu. Eh, cepat berubah-ubahlah prosedur naik kapal terbang ni, baik MAS atau AA. Kalau zaman dulu begitu.... saja. Saya pun terpaksa harapkan Abang Farid kalau nak beli tiket kapal terbang. Banyak benda online yang susah nak lekat di kepala kalau buat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa dok servey tiket tu ok la lagi..bab nak booking nak bayar..memang tak reti🤭
      Masa tu kita teringat Cikgu Amie mesti expert sebab selalu travel by flight...
      Ok now saya tak la rasa malu sangat bila tau ramai ramai geng seangkatan yang tak pandai bab-bab online ni...hihihi

      Delete
  4. Agaknya kapal terbang tu laju sangat
    Nasib baik takde speedtrap

    ReplyDelete
  5. Lepas ni kena bagi Mak naik flight yang perjalanan agak jauh..baru puas dia naik flight kan..ni nasi lemak x habis dah touchdown..hehehe...SA pun dah lama x naik flight ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...
      Mak dok ajak dah jalan jauh tu...(umrah)🤭.
      Doakan hajat mak saya nak gi umrah dengan pakej Andalusia dimakbulkan Allah..Amiiin

      Delete
  6. Seronok akak anak2 dah besar semuanya dah boleh menumpang harap..mak baru nak feeling makan pun slow2 sekali dah sampai..tunggu cucu bawa jalan jauh skit ye nek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      In shaa Allah ..Afzan pun akan tiba masanya melalui pengalaman anak-anak memebesar...dewasa..kita menjalani hari tua..
      In shaa Allah semoga semuanya dimudahkan Allah🤲😘😘

      Delete
  7. Seronok mak mama cella dapat naik kapal terbang. Alahaii tak sempat habiskan nasi dah nak landing dah. Mujur juga anak anak dah arif selok belok KLIA1 dan semua urusan. Senang segala urusan balik kampung nenek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..
      Benarlah sebutan dan niat menjadi doa..Agaknya sebab mak sok sebut-sebut kot maka Allah makbulkan..
      Jom,kita pun sebut-sebut juga agar menjadi doa..
      Saya teringin nak ke New Zealand🤲🤲🤲

      Delete
  8. tiba-tiba orang kedah dok cakap anak lanang...ngomong jowo yo

    ReplyDelete