Thursday, 10 November 2022

BAWA MAK MAKAN @ PENANGGAH TAMAN WARISAN PUTRAJAYA

Ni cerita hari Jumaat baru ni..Sehari sebelum mak balik Kedah..


Lunch hour...
Call mak suruh mak siap ..nanti pukul 12++ saya gerak balik amik mak bawa gi makan..

Sebenarnya dah tanya mak..nanti tengahari nak makan nasi dak?
Mak kata tak mau sebab kenyang lagi cucu lanangnya bawa pi sarapan kat Medan Selera Bandar Tun Razak.Yang anak bujang tu pula cakap nenek yang request nak sarapan kat BTR tu lagi sebab nenek nak makan lontong lagi..Lontong kat situ nenek kata sedap.
Tapi dek anak bujang tu terlena semula selepas subuh..maka lambat la dia bawa neneknya sarapan.Dekat pukul 10 katanya..


Tengahari saya call mak...tanya nak makan nasi tak?
Mak kata nak makan tapi takmau nasi sebab kenyang lagi makan lontong tadi..

Mak kata nak makan yang ringan-ringan saja..
Yang ringan tu apa..?

Kata mak...bawa la mak pi  makan kat Taman Warisan yang pernah pergi dulu-dulu tu..
Ooo..mak masih ingat dulu kami selalu juga pi makan situ kalau mak datang.Selalunya makan bakso la..
Agaknya kali ni mak teringin bakso kot...

Drive masuk ke parkir Taman Warisan tu
Nama foodcourt dia ialah "Penanggah"
Dulu pertengahan  tahun 2000an  dulu tempat ni meriah.Kalau bulan puasa ada mini bazar ramadhan dia sendiri.
Dewan kayu tu pun selalu ada event kahwin bagai..
Pastu beberapa tahun dulu sebelum covid tu dua kali datang..tempat ni tutup..katanya renovation..
Masa Covid pun suram..
Ni baru nampak meriah semula
Masa kami sampai...nampak banyak kenderaan.Agak meriah semula dah sekarang setelah agak lama juga tutup dulu..

Kami pergi memang lunch hour ..Ramai juga  kakitangan kerajaan  makan kat sini terutama wanita.Kebanyakan datang berkumpulan..Maklumlah hari Jumaat ..lunch hour panjang kan..

Berpusing-pusing..mak kata tak nampak yang menarik di hati mak...
Akhirnya mak kata nak Nasi Ayam Penyet...
Hahaha...tak mau makan nasi la sangat..!🤭
Saya order dari gerai sana tu la yang nampak dari tepi mak tu.


Order 1 set Nasi Ayam Penyet dan 1 set Ikan Talapia Penyet..
Nasi Ayam Penyet 2 Sambal RM10..
Nasi Ikan Talapia Penyet 2 Sambal RM12..


Malangya semua gerai minuman tutup sebab time solat agaknya..
Gerai cendol pun tutup


Mak senyum sebab saya tanya..
" Mak nak Ayam Penyet ka Ikan Talapia ni?"
Kata mak..
" Nama pun Gerai Ayam Penyet...nak ayam laaa.."

Aduh....kenapa la saya pi amik ikan talapia goreng tu...!
Padahal saya nak ayam...
Saya takmau ikan sebab ikan talapia..mesti ada bau dedaun sebab ikan talapia kan ikan air tawar..Kalau ikan bawal ke sedap la goreng garing macam ni cicah sambal penyet.

Habis tu takkan nak pi tukar...🤭
Makan saja la ..hihihi


Kat sini kalau waktu petang atau malam seronok la sebab tak panas..open air..
Surau untuk lelaki dan wanita juga ada di tepi tangga tu..Luas dan selesa.Toilet pun terjaga dan selesa.


Selesai makan..baru nampak gerai-gerai yang tadi tutup dibuka semula.Mungkin kerana tuanpunya dah balik dari solat Jumaat.


Masuk kereta terus kami tinggalkan Taman Warisan dalam hujan..
Bawa juga mak lalu dwpan Masjid Putra tu tapi dari dalam kereta sahaja la kerana hujan semakin lebat.


11 comments:

  1. Ingat kat arwah mak sy MC:( Moga mak MC sihat-sihat selalu 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom sama2 kita sedekah Al- Fatihah..
      Alhamdulillah..rezeki saya masih ada mak

      Delete
  2. boleh makan tak kak ikannya tu?ada bau ke?kalau dpt ke saya ni memang licin tak nampak rupa ikan dah my fav tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..
      Jujurnya tak feel makan ikan..
      Kena ayam jugak..
      Ikan tu macam tak berapa fresh..
      Tak tau la kot ikan yg saya dapat ja tak ok..mungkin lain ok..

      Delete
  3. Bestnya kak dapat bawak mak akak jalan-jalan makan dekat sini. Dana kalau ajak mak datang KL macam-macam alasan lah payah beno nak tinggal rumah kampung tu. Nampak sedap ayam penyet tu sebab besar ayam nya. seronok kalau pergi tempat makan yang ada surau dan tandas yang elok terjaga. Nak datang lagi pun rasa best, kadang tempat makan best tandas surau nya ya rabbi.... kotor memang tobat la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhdulillah..
      Mak saya pun dulu ada bela ayam itik lembu bagai.Sekali masa dia tinggal rumah pi Mekah...habis ayam itik semua hilang @ mungkin juga membawa diri ke rumah orang.Sejak tu baru senang nak tinggal rumah..hihihi.
      Tapi la ni rindu la pulak nak berbela ayam itik...

      Delete
  4. Harap ikan tu sedap..biasak ikan talapia bela ni kurang bau lumpurnya...seronok kan bawak mak jalan- jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkkk...
      Mungkin sebab ikan susah nak QC berbanding ayam.Ikan cepat berbau kalau dibiar suhu bilik kan

      Delete
  5. Kalau gerai air tutup, makan tak minum air laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ops...lupa nak cakap yang gerai ayam penyet tu agak bijak kerana menjual sekali air mineral(air minuman sebenarnya) dengan harga singgit ja..(tak tamak nak untung lebih👍)Padahal kalau dia jual.RM2 pun orang beli sebab takda pilihan..
      Semoga Allah limpahkan rezeki penjual Nasi Ayam Penyet tu🤲
      Laku betul air botol tu..

      Delete
  6. Comel mak bercandawara dengan anak. hihi..Seronok mak mama cella anak cucu layan selera. Berselera makan :)

    ReplyDelete