Semalam punya semalam nampak buah gemia Siam ni kat deretan gerai buah depan kuaters tu..Tapi dah terlepas sampai simpang.
Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Saturday, 26 February 2022
BELI BUAH GEMIA SIAM
JEMPUTAN KAHWIN ANAK KAK ASIAH
Baru balik menghadiri jemputan walimatulurus kat Dewan Al-Mukhlisin.Jemputan dari mantan CC.Dah pencen dah Kak Asiah sejak 2 tahun yang lalu rupanya.
PENGORBANAN UNTUK MENGEKALKAN HUBUNGAN
إذا رأيت زوجين متفاهمين ، تأكد أن أحدهما متنازل عن حقوقه من اجل إستمرار العلاقة.
Apabila kamu melihat pasangan suami isteri saling bersefahaman , yakinlah bahawa salah seorang daripada mereka sanggup berkorban haknya semata mata untuk melihat hubungan mereka terus kekal.
Friday, 25 February 2022
HARI NI MASAK ASAM PEDAS SARDIN
Sejak anak bujang tu chalazion,memang dah tak masak sardin.
APA ITU KESABARAN YANG INDAH?
Kalaulah dunia ini sesuatu yang mudah , nescaya SABAR itu tidak akan menjadi salah satu daripada pintu pintu syurga.
Seorang orang soleh ketika ditanya : ":Apa itu kesabaran yang indah?".
Beliau berkata :" Kamu sedang diuji tetapi hati kamu tetap berkata Al-hamdulillah".
Thursday, 24 February 2022
DASAR POTONG QUE
Wednesday, 23 February 2022
TAPAI UBI GORENG CELUP TEPUNG
Kalau Trengganu terkenal dengan Ikan Celup Tepung(ICT).
Tapi ni pula Tapai Ubi Celup Tepung(TCT)
LEMPENG PISANG TEPUNG BERAS
Cerita dah dekat seminggu.Baru nak update..
Tuesday, 22 February 2022
MASAK ASAM PEDAS AYAM + BELIMBING
Musim belimbing..
Tapi ni hari Jumaat rasanya saya masak ni.Masak waktu malam..Esok makan..Uiii..nikmat..!
Mula ingat nak copy paste ja resipi ASAM PEDAS AYAM DENGAM BELIMBING BULUH tahun 2014 ni...tapi tengok bahannya banyak pula..Agaknya masa tu saya rajin lagi..
Now,saya masak ala kadar saja...main campak lebih kurang ja..
Monday, 21 February 2022
BELIMBING SAMBAL CILI API
Tadi lintas depan rumah Wak Warisan Petani,kemain lebat belimbing buluh di pohon.Geram tengok...
Beras dalam tong pasti kecut perut!🤣
Periuk susah hati takut bocor🤭
SAMBAL BELIMBING CILI API
30-40 biji belimbing buluh.
1 mangkuk bilis.
minyak,garam dan sedikit gula
Bahan Blend:
1 mangkuk cili api.
1 labu bawang besar.
3 bawang putih.
1. Panaskan secawan minyak dan goreng bilis hingga garing
2. Terus tuangkan bahan blend dalam gorengan bilis dan masak hingga mendidih.
3. Masukkan belimbing yang dibelah-belah dan biar mendidih lama hingga belimbing jadi lut sinar.
4. Tambah,garam dan gula sesedap rasa.
* Masak awal beberapa jam sebelum makan supaya lebih sedap.
Sunday, 20 February 2022
LUNCH @ BANGI RESORT HOTEL
Semalam...Sabtu
Lunch @ Bangi Resort Hotel.