Awal pagi minggu...saya sudah singgah di pasar.Bercadang memcari ulaman tapi tak banyak yang menarik.Banyaknya ulam buah genuak(kerdas)manakala ulaman lain kebanyakan tidak menarik minat saya.
Saya hanya capai 1 ikat petai,seikat kangkung kampung,sesikat pisang emas dan sesisir pisang raja.Menapaw juga 2 bungkus nasi lemak berlauk ayam goreng dan sambal kerang.
Tetiba terbeli 2 naskhah surat khabar ni ketika melintasi depan gerai santan.Dah bertahun kot tak membeli surat khabar sejak ada kemudahan akhbar online..!
Padahal dulu lebih 15 tanun melanggan aneka jenis surat khabar harian,mingguan dan majalah bulanan.Sebut sahaja..Utusan Melaysia,Utusan Melayu(jawi),Berita Harian,Harian Metro,Kosmo,Watan dan Harakah..memang manjadi bacaan harian.
Akhbar tabloid pula..Mingguan Perdana,Bacaria,
Mingguan Wanita juga pasti saya tunggu saban minggu.
Majalah URTV yang lejen tu bermula saya pinjam hinggalah membeli secara rutin sejak 1996 hingga sekitar 2008.Selain URTV,majalah Variapop,Mangga,Remaja juga tidak ketinggalan.Berbelas tahun saya penjadi pengumpul majalah Wanita,Jelita,Perempuan,Nona,Saji dan entah apa lagi majalah hingga belanja bahan bacaan mencecah ratusan ringgit setiap bulan.
Sekali fikir,membazirnya setiap bulan belanja ratusan ringgit untuk semua tu.Tapi ketika itu,hanya itu hiburan dan jendela dunia saya....
Terima kasih majalah dan akhbar yang pernah mejadi teman setia berbayar !
Pagi ini..ketika melintasi Pakcik penjual surat khabar dalam pasar tu..ada rasa yang menarik jiwa untuk singgah membeli surat khabar ini..
Dalam banyak-banyak akhbar mingguan ....inilah yang yang paling nostalgianya...Sejak zaman sekolah rendah..sekolah menengah hinggalah tahun 2000-an,akhbar ini mempunyai peminat tersendiri pada pagi minggu.Pemandangan warung roti canai,kedai makan dan perhentian bas pada pagi minggu memang berlatarkan surat khabar ini di tangan tua dan muda .
Yang tua membaca berita,yang muda mencari pancaindera,wanita mencari gossip..🤭
Sambil makan nasi lemak sambal kerang...sambil belek helaian demi helaian...
Saya mencari aura kartun "Din Teksi" ..siri kartun lajen yang pastinya melekat di hati ramai yang seangkatan dengan saya...Malangnya ia sudah tiada lagi
Cerita macam ni memang saya tak baca la..
Tapi zaman sekolah menengah saya suka baca cerita macam ni dalam Variasari....Siri Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis.
Hehehe....bukan ke kata orang perempuan drive tak bagus?
hihihihi..
Menyelak helaian cerpen...
Kalau dulu sanggup menelaah dan menyelami cerpen..sekarang sudah tidak seghairah dulu nak membacanya...
Ruangan paling dicari dulu...
Arwah Juwei...kak BAM...antara penulis yang beraura...
Pancaindera ... sekarang sudah hilang bisanya...
Sambil tu teringat masa tinggal di asrama kat SMK Pendang masa lower 6 & upper 6..Warden kami Cikgu Othman.Beliau mengajar sesi petang.Cikgu Othman amanahkan saya untuk buka pintu keretanya setiap hari untuk ambil surat khabar & suruh letak kat Bilik Bacaan.Dapatla saya baca dulu sebelum orang lain..Lagi-lagi kalau hari hihihi
Hingga kemuka surat akhir...
Kenapa sukan selalu dimuka surat belakang 🤭
Saya mencari ruangan "dicelah-celah kehidupan" yang menjadi bacaan wajib satu ketika dulu...
Tiada lagi...
Ok...nak habiskan nasi lemak...
Membeli surat khabar hari ini,tak banyak yang saya baca...tapi lebih kepada mengimbau nostalgia lama ..
Ada lagi ke yang baca surat khabar?
Satu lagi nama legend, Boonlert Pratchai, hehehe.
ReplyDeleteEh, ada beza ke sesikat dengan sesisir pisang?
Boonlert Pratchai tu saya lebih kenal sebagai A.Jalil dalam majalah wanita..tak ingat ruangan apa...tapi kisah perangai suami isteri la rasanya...🤭
DeleteDah lama x beli akhbar..kalau ada pun amik kat opis bawak balik...itupun kumpul hari2...tp naskah omputih la...sampai sedsra mara dtg rumah duk puji2….wah kat rumah ni orgnya baca suratkhabar omputih...padahal...bawak balik dari opis...
ReplyDeleteNasib baik tak bawa bakik surat khabar cina dan tamil..kalau tak,mau sedara mara ingat SA pandai baca manderin dan tamil🤣
DeleteLama tak membeli dan baca surat khabar. Boleh feel mama cella makan nasi lemak sambil baca surat khabar :)
ReplyDeleteBetoi Fiza...
DeleteSaya pun feel sangat makan nasi lemak sambil.belek helaian akhbar ni...ras old skol sangat🤭
Teringat waktu sekolah menengah duduk asrama. Setiap minggu kumpul duit ahli bilik beli Mingguan Malaysia dan Berita Minggu. Baca semua dari muka depan sampai muka akhir. Itu sajalah bahan bacaan yang dibenarkan. Nak bawa atau beli Variasari, URTV, Gila-Gila, Salina, Bujal DLL semua kena rampas warden
ReplyDeleteKan cikgu...
DeleteMingguan Malaysia dan Berita Minggu.Asrama sekolah saya pula memang warden beli setiap hari.Mungkin sebab kesian kat kami..hihihi
masa kecik dulu..suratkhabar hanya dilanggan setiap Ahad je (Mingguan Malaysia utk arwah mama dan The Star untuk arwah ayah)..kami?? baca je apa yang ada.
ReplyDeletemajalah ammi jarang beli..kalau teringin nak beli baru beli
Dah bejaman tak beli dan baca suratkhabar
ReplyDeleteKalau dulu2 akhbat Mingguan Malaysia ni memang tak pernah miss
Suka baca dckk