Saturday, 30 December 2023

KETUPAT PALAS GULAI DAGING & RENDANG AYAM

 Balik Kedah 5 hari ..Isnin hingga Jumaat tapi sebenarnya 4 hari ½ ja kot sebab hari Isnin tu ½ hari ja kat Kedah..½ hari lagi kat hiway....hihihi

Bunyi macam lama jugak baliknya tapi sup sap sup sap ...eh dah kena balik KL

Hari Jumaat balik dari Pasar Kemboja ngan Achik & Cella singgah beli pulut dan santan.Mak balik kampung amik daun palas


Saya masak Kari Daging Kerisik.
Request Adah nak makan dengan ketupat palas buatan nenek & cicah kari daging pekat macam hari raya...


Oleh kerana mak tak makan daging...masak la juga rendang ayam sekor.


Masak Kari Daging Kerisik cara orang kampung dulu-dulu  memang lain sikit ..

Daging yang siap dipotong digaul terus bersama rempah kari,bawang-bawang,halia mayang dan kerisik.

Kemudian baru panaskan minyak dan tumis  lagi bawangan bersama rempah 4 sekawan(kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga)

Dah harum dan perang,terus masukkan daging bergaul rempahan tadi..Masak hingga naik minyak,baru masukkan santan dan garam.

Masak hingga mendidi dan tips yang selalu saya kongsikan ialah lepas mendidih kecilkan api dan biar merenih hingga naik minyak.




Hasilnya gulai kari ni pekat berminyak dan sedap sangat.
Gulai daging kerisik untuk cicah ketupat ni kena pekat dan kena pecah minyak macam rendang baru namanya gulai cicah ketupat.Takda tambah cili blend atau bawang blend bagai..Saya hanya guna bahan tumis,rempah kari daging,bawang dan rempah tumis..santan dan bahan wajibnya kerisik..In shaa Allah sedap...hehehe...angkat bakul


Rendang ayam ni kurang lawo sebab bahan ya saya blend halus naw...
Tak nampak serat serai lengkuasnya..Tapi rasa tetap wow..(sekali lagi angkat bakul)





Sebelah dapur merendang ayam...Sebelah lagi dapur menggulai daging...Tak banyak pun masak..Seekor ayam dan sekilo++ daging.Daging tu sebab nampak banyak stok dalam freezer mak.Sehari sebelum tu dah cilok dalam sekilo buat daging bakar.Ni saya habiskan bakinya buat kari daging kerisik untuk cicah ketupat palas..
Kat Pendang daging segar local sekilo RM38...Kat tempat lain saya tak tau harganya..


Ni untuk hantar rumah Achik..
Kari daging dan rendang ayam


Ketupat pula hanya pic ni yang ada...hihihi
Mak masak 2kg beras pulut yang menghasilkan lebih kurang 4kg ketupat palas yang dah siap.Makan lah puas-puas.Baki dalam 15 biji ketupat tu saya feozenkan & Adah bawa balik Tawau.Bukan sahaja ketupat tapi 1 lugage tu penuh makanan fozen yang dimasak dan dibekukan ..Ada yang saya masak,ada yang mak mentuanya masak & ada yang beli .

Hmmm...hari ni rasa macam nak masak ketupat palas lagi la...daun palas & pulut semua ada ja tu...hihihi

Friday, 29 December 2023

KE PASAR KEMBOJA KALI TERAKHIR 2023

Hari ni Jumaat terakhir 2023...In shaa Allah minggu depan Jumaatnya dah 5 Januari 2024.

Balik Kedah minggu lepas sempat la ke Pasar Kemboja untuk kali terakhir bagi 2023 ni...Kalau balik Kedah seboleh mungkin nak la bagi kena ada Hari Jumaat untuk ke Pasar Kemboja..walaupun  ada  kes "Makcik  Kemboja" kat mana tu..Melaka ke Johor ke yang viral hari tu?Tapi Pasar Kemboja hari ni padat dengan manusia setelah beberapa bulan agak sepi katanya.Mungkin ramai dah mula belanja baju raya agaknya.

Tapi kami bukan nak borong baju pun...just nak cari makanan rare..



Ubi Telampong & Emping Padi Pulut


Ubi Telampong wajib beli setiap kali pi Pasar Kemboja..
Bukan orang Kemboja yang jualnya tapi orang ( kalau tak salah orang Jitra)


Kali ni depa bawa satu tong besar..Haaa,selalu sangat sold out awal kan...Depa dah tau ni musim cuti sekolah & musim orang balik kampung makan kenduri..



Tiap kali ke Pasar Kemboja Pendang ni tiap kali tu lah saya akan singgah sini dulu sebelum meronda.. Kalau mai Pasar Kemboja jangan lupa menu rare gerai ni yer..!!
Saler dia memang peramah dan tak kedekut bagi rasa makanan jualan depa...Tak minta pun depa bagi..


Beli juga emping padi pulut


Beli Ubi Kayu Rebus Kelapa..
Ubi dia sedap sangat rasa kenyal kenyal gitu..
Rupanya...menurut penjual ni...ubi-ubi kayu ni bukan ubi local tapi memang diimport khas dari Indonesia kerana katanya ubi kayu Indonesia lebih sedap dan kenyal..
Oooo...patut la..
Tak tau pula rupanya ubi kayu Indonesia lebih sedap.


Beli juga Ketupat Daun Buluh ni...
Ketupat ni dijual RM1/sebiji

Serondeng Ayam tu pula satu bekas kecil tu RM3.
Yang ni pun bukan orang Kemboja yang jual tapi orang tempatan.Orang Kemboja jual kain baju.


Saya memang penggemar ketupat daun buluh ni.
Bagi yang tak tau ketupat ni saya banyak kali share dalam blog ni..Antaranya KETUPAT DAUN BULUH...kat sini


Adah beli beberapa cucuk sata ikan dan  otak -otak..
Saya sambar juga 2 pasang baju kurung buat semangat pakai naik tahun baharu 2024 minggu depan.
Juga Achik belanja blouse bila dia tengok badan kakak dia ni dah macam dipam pam sejak dua menjak ni....adoiii..bila la nak kurus kalau asyik jumpa makanan sedap...hihihi

In shaa Allah cuti CNY ni kalau sempat nak juga balik pi Pasar Kemboja cari baju raya pulak..Tak lama dah nak puasa kan..Lebih kurang 2½ bulan ja lagi...


BALIK KEDAH DENGAN ADAH

Last balik Kedah bulan November,balik hantar mak lepas balik dari Kuching.Itupun balik hantar by bus..Plannya bulan Disember pun nak balik juga sekejap...bulan Disember kan bulan kenduri kendara rumah saudara mara..hihihi

Tapi takdirnya hari Adah balik.Terus on ja la plan nak balik Kedah tu

Patutnya Ahad dah boleh balik Kedah..Sengaja pilih Isnin sebab nak elak weekend yang confirm2 jem kan..Plan nak bertolak pukul 4 pagi .Tapi sudahnya 7.30 pagi baru masuk kereta..


Maka,redho la tempuh juga jem walau weekday.Sekarang ni tak kira hari kan..
Tapi syukur juga bukan sepanjang jalan jem..Hanya tempat tertentu sahaja disebabkan construction.Tujuh jam juga la falam kereta..Kebas bontot..


Saya risau bibit pokok avocado & pokok serai kayu ni layu ja..Nasib baik elok depa segar dalam kereta Ni kali ke 4 ..mak Nurul kasi bibit avocado..dah 3x mak tanam tapi pendek umur.Kali ni saya nak minta mak tanam kat rumah Achik pula tepi tali air tu kot mau dia membesar dan berbuah lebat.


Sepanjang jalan berkali-kali mak call saya takut saya mengantuk drive sengsorang 
Achik,Pakcik & nenek semua tak tau Adah balik sebab Adah pesan jangan bagitau..Nak surprisekan depa...hihihi
Saya minta Adah terus ke rumah Achik sebab Achik dah call suruh lunch kat rumah dia..
Sekali....haaa buka pintu kereta semua terkezut nampak Adah yang keluar ....riuh rendah la.
Nasib baik Achik memang masak banyak..Kata Achik dia dah upload lauk pauk tu dalam family group tapi dah delete sebab kesian takit Adah kat Tawau terliur pulak..So takda la pic...hihihi



Seperti biasa kalau lunch kat rumah Achik,geram tengok ikan dalam tali air tepi rumah Achik tu..terus pi beli cengkerik buat umpan.Joran memang sedia ada.
Rezeki Adah....hulur pancing sekejapan sahaja,dah disambar ikan haruan...



Achik pun dapat sekor ikan haruan...



Saya hanya dapat ikan puyu...Tapi besar-besar ikannya


Ni kalau rajin dah dapat digulai dah ni...


Selasa balik makan kat kampung...
Adah kata dia terliur nak makan atas daun pisang macam MAKAN NASI ALAS DAUN PISANG....macam ni.Masa kami makan yang ni Adah tal ikut balik kampung...
Ni dia baca kat blog ni...dah teringin la pulak...
Maka neneknya pun layan la.



Ni isi mentarang bakar dalam daun pisang.



Beli mentarang 2kg kat Pekan Nat Kota Sarang Semut sebelum balik kampung.RM10/kg..


Mentarang tu berselut payah nak cuci sebab cengkerangnya rapuh dan mudah pecah..Maka,neneknya kopek ambil isi sahaja.Bungkus daun pisang & bakar atas bara api..manis isinya!


Apam balik juga antara fav Adah jugak..Beli 10 tapi dimakannya sekeping sahaja.




Lauk sempoi saja..
Jeruk Maman
Ikan Gerut-gerut Bakar
Ikan Ketuka(anak ikan pari) Bakar
Mentarang Bakar
Kicap Cili Padi
Petai Bakar
Ulam pucuk gajus,pucuk ulam raja,terung siam dan timun mini.


Lauk simple,tapi habis nasi seperiuk.
Tapi sebab hanya saya,Adah dan mak saja yang balik kampung..
Maka esoknya kami bakar ikan lagi..


Juadah lunch hari Rabu...
Ikan Cencaru Bakar -3 ekor (1.5kg) 
Ikan Ketuka  Bakar 4 ekor
Daging Lembu Bakar -+ 1kg
Sambal Kicap Tomato
Petai Bakar 4 papan
Ulam Raja
Sambal Sotong
Sup Ayam
Sambal Tempe by Achik



Bakar guna arang kat porch belakang rumah...
Buka banquet table...


Makan open air sambil ditemani hembusan bayu dari sawah..
Nikmat yang jangan didustakan.

Adah request nak makan ketupat palas cicah gulai daging pulak...
Bersambung pulak nanti kita masak ketupat dan gulai macam raya

Thursday, 28 December 2023

ADAH BALIK MALAYA

Pejam  celik pejam celik dah dekat 4 bulan Adah di Tawau..Tak sedar masa berlalu.

Hampir setiap hari dia video call.Kadang kita lambat jawab pun dia boleh merajuk kata dah lupa kat dia..Benarlah kata orang anak perempuan sebelum kahwin call mak hanya seminit.Dah kahwin sekali call makan masa 2 jam!

Hihihi


Tetiba call bagitau dia balik Malaya..Home sick katanya..
Balik Malaya?
Apa Sabah itu bukan Malaysia?
Katanya depa sana memang sebut Semenanjung Malaysia ni sebagai Malaya.....hihihi
Disebabkan suaminya tak dapat cuti,dia fly sengsorang balik KL menghabiskan cuti tahunannya.
(memang save nama dia "adik" sebab dia memang bahasakan diri dia "adik" sejak kecil hingga dah dewasa ni...walaupun hakikatnya dia kakak Cella...hihihi)


Teknologi sekarang..banyak membantu.Boleh tengok flight kat mana.Kita pun boleh ikuti penerbangan FLIGHTRADAR 24 dan boleh nampak pergerakan penerbangan sebagai rujukan dan perancangan

Sepatutnya flight Adah 9.35 malam tapi hingga 9.45 malam saya belum nampak kelibat AK 5741 terbang..
Hati dah tak keruan ni..

Oh,rupanya 9.51 baru berlepas dari Tawau dan dijangka tiba 12.20 pagi



Saya hanya mengikuti hingga AK5741 memasuki ruang udara Brunai..
Dipendekkan cerita,dalam pukul 1.45 pagi sampai rumah KL



Jom,kita unboxing lugage Adah.
Tudiaaaa...penuh ikan bilis....hihihi


Lepas dah kumpulkan jadikan beberapa set yang mengandungi :
Bilis belah
Bilis penuh
Bilis mata biru
Bilis tembaga kering
Amplang

Satu set untuk sendiri
Satu set untuk nenek
Satu set untuk mentua Adah
Satu set untuk Achik
Satu set untuk Nurul



Buka pulak beg kecik ni nak tengok ada apa..
Laaaa....beg make up..!
Hihihihi


Ada juga terselit amplang dalam beg mak up...hihihi
lNasib baik takda bau ikan..



Sebenarnya pagi hari sebelum fly,Adah ada VC bagitau dia kat Pasar Tawau..Dia tanya nak lobster frozen ka apa ke untuk dia bawa bakik...
Saya pesan tak payah beli apa-apa...
Katanya takkan lah balik tak beli apa-apa...
Akhirnya dia beli ikan aneka ikan bilis....Katanya dia tak reti nak pilih mana bilis yang bagus...Main beli ja..


Bajunya bawa balik sehelai saja untuk seminggu ni...
Alasan nak beli baju baru lagi la tu....hihihi


LADIES IN WHITE/BROWN @ IMPIANA HOTEL

 Tenggelam timbul je dah nak berblog sekarang ni..bz memanjang lagi-lagi dah hujung tahun...hihihi

Weekend kali ni join geng ofis berhitea @ Tonka Bean,Impiana Hotel KLCC


Mak mak juga kan perlukan leisure time & masa bersama kawan kawan 


Sebenarnya bulan Jun hari tu kami semua dalam group ni bercuti ke Cameroon Higland 2H1M....tapi entri asyik tertunda..takdan nak simpan dalam blog ni..Baru karang swparuh jalan....hihihi


Penutup tahun 2023  kali ni Ladies  In White /Brown pula..
 Pun masih 11 orang yang sama...


Hitea mula pukul 12.30...Sementara menanti pukul 12.30...kita minum la air kosong dulu..Kerana booking berkumpulan,kami ditempatkan di meja besar tepi tangga berhadapan kitchen
Kami bercarpool ja ke Impiana & elok-elok sampai pukul 12.15...
Parking RM7 untuk 1 jam pertama & RM4 untuk jam berikutnya..


Minum la air kosong dulu





Seperti biasa,Dilla yang comel tu la master mind kami...hihihi


Awal tahun hari tu pembukaan tahun baru 2023 LADIES IN PINK @ IDEAS HOTEL... pink.


Sebenarnya pertengahan tahun iatu hujung Jun,kami semua bercuti  
2h1m @ Cameron Higland..Tapi,masa tu saya tengah bz nak buat majlis pernikahan Adah...takdan dan lupa terus nak update...hihihi


Datang  musim Krismas...
Dah macam gi open house Krismas la pulak...


Sana sini deco Krismas


Tak apalah...kita abaikan deco depa...
Kita fokus kat menu jap.

Ops..sebelum tu kit jenguk kat pintu masuk jap.


View KLCC

 
Tonka Bean Cafe Deli 
Hotel KLCC.
(Saya kalau dengar nama pelik pelik yang saya taktau  saya suka search...rupanya tonka bean tu sejenis bijian untuk hasilkan minuman macam kopi la)

Gambar tak tersusun

Raw oyster & udang memang jadi rebutan.




Baryani Ayam


Jom, makan...


Patutnya mulakan dengan buah kan...


Antara dessert yang ada .
Pulut taitai aka pulut bunga telang menjadi pilihan saya..



Salami/peperoni


Seafood


Tapi saya tetap lah memilih kambing...hihihi


Paling sedang dan saya masih terkenang lazatnya hingga hari ini...
Seafood Curry dia...Campuran kepah,udang,ketam dan aneka seafood yang segar dan sangat sedap.Kari dia pekat tapi terasa light pada lidah dan manis seafood dia memang sedap sungguh.

Layan video pulak.


Kalau video baru nampak hidup kan...hihihi


Sudut lain..


Semua pun sedap

Selalunya kalau hitea saya suka mulakan dengan salad dan dessert.Tapi kali ni lapar agaknya...saya terus mula dengan baryani,seafood curry & lamb..


Ni ikan apa entah ..Isinya putih,di grill dengan sos cream dan makan dengan sos lada hitam...Ya ampun sedapnya lemak-lemak cukup rasa.



Macam biasa ,sambil makan....Aisyah teruskan dengan sesi bertukar hadiah.Caranya kita cabut undi,dapat nama sapa,kita bagi hadiah kat nama tu

Seperti biasa juga kita mulakan dengan yang paling senior...Puan Rock...hihihi
Nama yang naik...Kak Reen


Jom teruskan lagi


Mastermind...Dilla cabut undi dapat nama Mimi.



Pn Ela pula cabut nama dapat Jue


Rose cabut dapat Pn Rock






Giliran Aisyah pula cabut undi..
Yeyyyy....saya!!



TQ Aisyah....
Saya dapat Tupperware




Giliran saya mencabut undi...naik nama Puan Ela..



Hadiah sederhana daripada saya kepada Puan Ela  berupa set telekung & sejadah.


Dilla happy  dapat extra hadiah daripada Pn Rock sebagai menghargai penat lelah Dilla menguruskan aktiviti hari ini 


Saya juga dapat extra....dapat sehelai note RM daripada Pn Rock...puas menolak,namun tetap dipaksa Pn Rock untuk saya terima.Katanya dia memang dah niat nak bagi masa kenduri kahwin Adah tapi ada aral melintang,menyebabkan beliau tak dapat hadir.Alhamdulillah,rezeki daripada Allah melalui pelbagai ...


Shifa cabut dapat nama Pn Isma...


Dipendekkan cerita...
Dilla bagi lagi hadiah merah tu sorang 1...
Merah tu kebetulan warnanya takda kaitan dengan Krismas ..
Kata dia ada baki duit kutipan hitea lalu dia belikan hadiah extra...
Hitea ni kalau tak silap RM109 sorang tapi hari tu Dilla kutip sorang RM120 sebab takut ada perubahan harga...


Ni la hadiah extra tu...bekas kaca bertutup..cantik!


Semua happy bila perut kenyang dan balik bawa hadiah.




Yang duduk kiri sebelah saya tu anak Puan Rock,Iqa....Iqa tak join kami pun,tapi ni dia datang nak pick up emak kesayangannya..terus bergambar bersama.
Seronok bila dapat bersama di luar waktu kerja macam ni..
Planning Dilla lepas ni katanya Januari @ Februari nanti nak ke selatan pulak..Kita tunggu tengok apa plan Dilla seterusnya

Dah jom balik.....