Saturday, 30 December 2023

KETUPAT PALAS GULAI DAGING & RENDANG AYAM

 Balik Kedah 5 hari ..Isnin hingga Jumaat tapi sebenarnya 4 hari ½ ja kot sebab hari Isnin tu ½ hari ja kat Kedah..½ hari lagi kat hiway....hihihi

Bunyi macam lama jugak baliknya tapi sup sap sup sap ...eh dah kena balik KL

Hari Jumaat balik dari Pasar Kemboja ngan Achik & Cella singgah beli pulut dan santan.Mak balik kampung amik daun palas


Saya masak Kari Daging Kerisik.
Request Adah nak makan dengan ketupat palas buatan nenek & cicah kari daging pekat macam hari raya...


Oleh kerana mak tak makan daging...masak la juga rendang ayam sekor.


Masak Kari Daging Kerisik cara orang kampung dulu-dulu  memang lain sikit ..

Daging yang siap dipotong digaul terus bersama rempah kari,bawang-bawang,halia mayang dan kerisik.

Kemudian baru panaskan minyak dan tumis  lagi bawangan bersama rempah 4 sekawan(kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga)

Dah harum dan perang,terus masukkan daging bergaul rempahan tadi..Masak hingga naik minyak,baru masukkan santan dan garam.

Masak hingga mendidi dan tips yang selalu saya kongsikan ialah lepas mendidih kecilkan api dan biar merenih hingga naik minyak.




Hasilnya gulai kari ni pekat berminyak dan sedap sangat.
Gulai daging kerisik untuk cicah ketupat ni kena pekat dan kena pecah minyak macam rendang baru namanya gulai cicah ketupat.Takda tambah cili blend atau bawang blend bagai..Saya hanya guna bahan tumis,rempah kari daging,bawang dan rempah tumis..santan dan bahan wajibnya kerisik..In shaa Allah sedap...hehehe...angkat bakul


Rendang ayam ni kurang lawo sebab bahan ya saya blend halus naw...
Tak nampak serat serai lengkuasnya..Tapi rasa tetap wow..(sekali lagi angkat bakul)





Sebelah dapur merendang ayam...Sebelah lagi dapur menggulai daging...Tak banyak pun masak..Seekor ayam dan sekilo++ daging.Daging tu sebab nampak banyak stok dalam freezer mak.Sehari sebelum tu dah cilok dalam sekilo buat daging bakar.Ni saya habiskan bakinya buat kari daging kerisik untuk cicah ketupat palas..
Kat Pendang daging segar local sekilo RM38...Kat tempat lain saya tak tau harganya..


Ni untuk hantar rumah Achik..
Kari daging dan rendang ayam


Ketupat pula hanya pic ni yang ada...hihihi
Mak masak 2kg beras pulut yang menghasilkan lebih kurang 4kg ketupat palas yang dah siap.Makan lah puas-puas.Baki dalam 15 biji ketupat tu saya feozenkan & Adah bawa balik Tawau.Bukan sahaja ketupat tapi 1 lugage tu penuh makanan fozen yang dimasak dan dibekukan ..Ada yang saya masak,ada yang mak mentuanya masak & ada yang beli .

Hmmm...hari ni rasa macam nak masak ketupat palas lagi la...daun palas & pulut semua ada ja tu...hihihi

5 comments:

  1. ketupat dah siap bagitau kak...jap lagi saya sampai hahaha
    tertelan2 ayaqliur kita tengok gulai daging pekat melikat

    ReplyDelete
  2. kari kerisik tu bau sampai sini lah!

    ReplyDelete
  3. Sedapnya ketupat palas makan dengan rendang 🤤

    Done follow sini. By the way jemput join Cie ada buat segment giveaway 😊

    ReplyDelete
  4. fuh... sedap... mmg ngam makan dgn ketupat tu

    ReplyDelete
  5. arwah mama ammi pun kalau masa kari ayam dia gaul ayam dengan rempah semua...takdelah dia tumis rempah sampai pecah minyak dulu mcm yg kita selalu buat ni

    ReplyDelete