Dah dua tahun Raya Aidil Fitri dalam PKP.Nasib baik Raya Haji tahun lepas dapat sambut dalam PKPP.Sekurang- kurangnya boleh rentas negeri & jalani ibadah qurban walaupun kena patuh SOP.
Hari tu bila dengar PKP sampai 2 minggu lepas raya,hati sedikit berbunga dengan harapan boleh rentas negeri ketika masih dalam bulan Syawal.Siap pakat plan kena habiskan puasa 6 awal agar semua dapat sambut Raya 6 sama-sama.Sudah plan nak buat ketupat, rendang,lontong sama-sama untuk feel raya yang tak dapat bersama tu.Belum sempat hati nak berbunga,diumumkan total lockdown untuk seluruh negara bermula 1- 14 Jun.Itu fasa pertama.Fasa berikutnya tak tahu sampai bila.
Isi air hingga tenggelam ketupat.Rebuslah hingga kering airnya.
Suruh dia ikut sahaja rendang Adabi dari old post.Tapi ini sebagai panduan sahaja.Untuk rendang yang hari ni guna 1½kg daging & 2 bungkus rempah Adabi.Kerisik pun Adah kata terlebih masuk.
RENDANG DAGING ADABI.....
1 kg daging lembu -
1 paket rempah rendang Adabi
1 kotak santan
1 asam keping
1 sudu besar kerisik
1 daun kunyit
1 sudu garam
1 sudu besar gula melaka(1/2 ketul)
½ cawan minyak
Bahan Blend:
20 cili kering
3 batang serai- kecik
1 ketul lengkuas - besar ibu jari
1 ketul kunyit - saiz ibu jari
1 bawang besar
5 bawang putih
1. Daging dipotong 4 dan rebus empuk, baru dihiris- hiris.( rebus dulu baru potong supaya lebih manis & berjus).Tetapi jika hendak dimasak terus dalam kuah,hiris dahulu,tetapi perlu masak lebih lama hingga empuk.
2. Panaskan minyak & tumis bahan blend + rempah rendang hingga naik minyak
( perlu tumis kerana guna santan kotak.Jika guna santan segar ,tidak perlu tumis,hanya terus masukkan bahan blend bersama dagng hiris dan masak hingga pekat kerana santan akan mengeluarkan minyak bila dimasak lama.
3. Bila naik.minyak masukkan daging rebus hiris dan air rebusan daging
4. Tambah garam,gula melaka,asam keping dan masak hingga agak kering baru masukkan sangan kotak.
5. Masukkan kerisik dan masak dengan api kecil sambil dikacau sesekali supaya tidak berkerak
6. Masak api perlahan supaya naik minyak cantik dan sesuaikan rasanya..
7. Tabur daun kunyit