Monday, 24 May 2021

ROTI CANAI BERLUBANG & BERBURUK SANGKA

 Beberapa hari lepas,sesubuh buta minta tolong anak bujang pergi belikan roti canai untuk sarapan pagi.


Balik dari beli roti canai ,dia terus masuk bilik sambung tidur.Saya selongkar bungkusan tu.

Ada kuah dal.Ni mesti dia beli kat gerai yang dulu buka depan kuaters tu.Dulu zaman Cella baru darjah 1,setiap pagi minggu kami berdua akan gi sarapan kat gerai tu sebab kuah dal dia sedap sangat.Bukan dal semata ,tapi penuh kentang,keledek,terung carrot, kacang panjang & rasa kuahnya sedikit manis dari campuran sayur tu.Biasanya seawal 6.30 pagi kami dua beranak sudah sampai gerai tu.Lepas makan roti tampal kuah dal & teh tarik,kami akan bungkus 4 keping untuk Adah & abangnya yang memang tak nak ikut kami sebab depa sayang nak tinggal bantal kalau weekend.Tapi sejak ada penyusunan semula gerai makan oleh DBKL,semua peniaga tepi jalan sudah dipindahkan ke foodcourt tidak jauh dari  situ.Cuma kami dua beranak tidak lagi ke sana.Kalau nak makan,pesan anak bujang suruh dia gi belikan


Ada kuah kari

Ada sambal kosong juga 


Saya membuka bungkusan roti canai.Nak sarapan dulu sementara tunggu Adah mandi sebab ajak dia temankan saya ke tempat kerja.Banyak kerja belum siap.Takut juga nak duduk sengsorang atas kayangan.
Saya menyelak selapis demi selapis sambil mengira jumlah roti canai yang masih panas.
Ada 10 keping semuanya.

Saya menarik lapisan yang paling bawah.Lapisan ke 10 la.
Ish,rotinya nipis & berlubang macam ni.Nipis sungguh rotinya.Berlubang  pulak tu.Saya tarik pula lapisan ke-9.

Pun sama.Sangat nipis & berlubang.Inilah 2 keping lapisan 9&10 tu.Yang lain elok rotinya..Dalam hati saya berkata..Sampai hati betul penjual ni jual 2 keping roti yang sangat nipis berlubang ni.Patutlah diletak dilapisan bawah sekali.Nasib baik saya selak sekeping demi sekeping.Tak baik betul penjual ni!

Dua keping roti canai nipis berlubang tu ,saya susun & saya renyukkan bersama.Memang bersamaan nilai sekeping sahaja la.Tak apalah,saya makan yang berlubang ni.Lagi 8 keping untuk anak-anak semut 3 orang tu.Hihihi...

Petang,masa balik saya pun ceritakan lah kepada anak bujang tu tentang 2 keping roti canai berlubang tu.Saya cakap lapisan 9&10 tu rotinya sangat nipis  berlubang tu.Sekali anak bujang tu boleh pula tanya..Macamana ada lapisan 9&10 sebab dia hanya beli 8 keping sahaja.
Whattttt???????
Terdiam sekejap!
Kata anak bujang saya,mungkin yang nipis berlubang tu penjual tu sengaja bagi extra sebab takkan nak jual yang nipis berlubang tu!
Aduh,saya sudah berburuk sangka!
Ingatkan penjual tu tak jujur sebab jual 2 keping roti nipis berlubang tu & siap sorok kat bawah sekali.Rupanya 2 keping nipis berlubang yang saya makan tu adalah "pemberian" percuma yang Allah dah catat pahala sedekah  untuk penjual tu! 
Astaghfirullah.......!
Ya,Allah ampunkanlah dosaku!

6 comments:

  1. Dulu mcm ni jugak, tapi sangka baik je lah dulu takut2 rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul,mungkin ini teguran Allah untuk saya baiki diri.Berbaik sangka

      Delete
  2. Ooo aalllooo.... kadang-kadang kita pun tak sengaja tersangka buruk. Free rupanya! Tapi memang nampak sedap betullah siap ada sambal kosongnya sekali. Teringat kalau balik kampung, Encik Suami suka beli roti canai di warung, kuah rasa manis sikit dan ada sambal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cikgu.Sudah tanamkan dalam hati nak selalu berbaik sangka.Kadang tewas tanpa disedari.
      Sekarang kat semenanjung pun dah tak boleh feel nak makan roti canai @ lainnya kat warung.Sepanjang tahun 2021 ni sekejapan sahaja boleh makan di luar.Selebihnya PKP & SOP nya hanya bokeh bungkus.
      Semoga peniaga2 semua dilimpahkan rezeki

      Delete
  3. Replies
    1. Benarlah kata-kata..
      "Sesuatu yang dimulakan dengan marah,akan berakhir dengan malu"
      Terkena setepek pada saya

      Delete