Thursday, 27 May 2021

MASAK LAKSA JOHOR

 Semalam petang masak laksa Johor untuk iftar puasa 6.Dah lama plan nak masak laksa Johor tapi asyik tertangguh.Laksa Johor ni kan renyah sikit nak menyediakan.Renyah tu dialek kami maksudnya macam banyak step atau banyak kerja la.


Laksa yang pernah jadi viral & kotroversi dalam "Perang Laksa" seminggu dua yang lepas.Hihihi

Orang kata laksa Johor kena makan ngan tangan baru ori.Betoi ka?

Lagi 1 kuah dia kena guna ikan tertentu sahaja + isi udang & ikan masin tertentu juga bagi menjaga kualiti.Cara masak kena pandai main dengan api & pekat cair kuah tu supaya naik minyak.Hihihi

Laksa Johor dimakan  dengan spaghetti.Spaghetti tu plak kena "chap" kan kemas-kemas.Saya memang boleh buat "chap" tu ,tapi sekadar boleh sahajalah..tak kemas & tak sama saiz.Tak mau la ngaku tak pandai kan...Hihihi
Kalau zaman kanak-kanak dulu selalu tengok mak-mak buat "chap" ni ada 2 perkara.Satunya buah "chap" laksa kebok.Kebok tu acuan tembaga untuk buat laksa beras beramai-ramai lepas musim menuai.Laksa yang siap dipulas dengan kebok & direbus dalam kawah akan dibasuh beberapa kali & di"chap" macam sanggul lintang.Selalunya aktiviti ni dibuat dekat telaga sebab nak pakai banyak air.Kuahnya pula kuah lemak utara guna ikan haruan,keli yang ditangkap dari sawah yang kering selepas musim menuai.
Satu lagi "chap" dalam dialek Kedah ialah semai (anak padi) yang dicabut dari tapak semaian  & diikat lebih kurang secekak- secekak untuk di bawa kesawa sebelum ditanam.Ikatan kecik secekak tu dipanggil"chap".Kalau ikatan anak padi tu besar dalam 1 pemeluk dipanggil "unting".
Ops ada 1 lagi chap iaitu Chap Goh Mei.Hahahaa...


Ni ulam saya versi Jebat Derhaka ...hihihi
Ulam laksa Johor pun depa kalau ori ,timun tu kena peeling nipis-nipis mengikut bulatan timun & baru dihiris.Tu yang macam hirisan bawang Holland tu timun la tu.Saya boleh buat potongan tu,tapi macam biasalah,kerja saya memang tak kemas.Hihihi.
Ulam lain tu kena ada lobak masin,bawang besar,cili,tauge & sambal belacan.Saya takdak tauge,guna kobis sahaja.Takdak limau kasturi,ganti lemon.Ops,kalau ikutkan kena ada ulam daun selasihku sayang baru ngam.

Ni cenuai dia.Sambel terasi aka sambal belacan.Cenuai tu kalau belah utara maksudnya  minyak pengasih @ pemikat  la.Hahaha.Ada yang panggil minyak senyonyong.Ada panggil cenuai.Tapi nak gerun lagi dipanggil minyak dagu(serem kejadian minyak dagu)  tu..hihihi


Ni pokok selasih mak saya.Sayangnya itu nun jauh di utara 

Ni adik beradik selasih juga.Daun dia cerah sikit & bau dia lebih kuat.Nama dia pokok kemangi.Sedap masukkan dalam masak lemak kuning ikan haruan.

Jom sambung pasal laksa Johor yang saya  masak semalam


Kuah laksa ni kena bagi pecah minyak .Masa dok tunggu nak tangkap pageview kat blog Amie's Little Kitchen tu,saya dok masak kuah ni la.Mana boleh tinggal.Nasib baik baik Adah take over tangkap page view tu.Hehehehe


2 pinggan saya makan masa berbuka puasa.Hihihi.
Rasanya kali terakhir masak laksa Johor ni dah berbelas tahun dah kot.
Adik saya Achik selalu menyebut2 kesedapan laksa Johor yang saya masak dulu tu.Saya tau,dia mesti mengharapkan saya masak lagi.Tapi tu la,saya jadi takut tak sesedap yang saya masak dulu tu kang,rosaknya kredibiliti..!Hahahaha

Malam tadi saya post dalam Family group laksa Johor ni.Nanti lah kalau boleh rentas negeri,kita masakkan untuk Achik.Daun selasih banyak kat rumah mak!


Eh,Achik pun tengah iftar.Dia masak Lontong sambal udang la....Patutlah lepas tu  mak call cakap Haikal datang hantar lontong & speghetti untuk iftar puasa 6.
Eh,kami ni orang Kutub Utara ka orang Kutub Selatan?
Hahahaha
Jangan jadi orang terkutuk sudah!
Hihihihi...


Tapi saya tak tau la laksa Johor saya ni melepasi piawaian ka dak.
Hihihi ...Sebab tu saya  takut juga nak share resipi.Tambahan pula ada sikit-sikit  unsur Jebat Derhaka dalam penyediaan laksa Johor saya ni.Hihihihi
Sebaiknya rujuk dengan pakar baru betul-betul ori.Salah sorang Johorean yang boleh dirujuk ..AZLITA AZIZ...
Tapi saya dok tunggu juga lagi sorang Johorean SERI KANDI DI TANAH JAUHAR  ni up laksa Johor dalam bulan Syawal ni.Hihihihi

6 comments:

  1. Tercabar betul kita dibuatnya bila Kedahan masak Laksa Johor ni.. bak kata sorang kawan kita, kena sembah ratu dulu 🤣

    Sejujurnya bab buat kuah laksa Johor tu, kita tak pernah buat, sebab mak atau kakak punya department 😅 tapi kalau chap spaghetti dan aksesori tu, bolehlah. Memang renyah buat LJ ni, apa2 makanan klu nama laksa memang renyah. Yg senang Asam Laksa Maggi jer 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha,Asam Laksa Maggi betul tak renyah

      Tak rasa nak tukar ke department kuah LJ ke SK?
      Ambil lanilmu dari mak & kakak tu.Nanti boleh share ngan kitorang

      Delete
  2. sedapnya laksa johor...tgh isu hot perang laksa kan aritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...Laksa Johor memang sedap
      Tapi tu la,nak mencari kerajinan tu yang susah tu..hehehe

      Delete
  3. Lupa dah rasa laksa Johor sebab lama sangat tak jumpa. Nak buat belum sampai seru hihiiiii. Pokok selasih dan kemangi tu subur betul. Saya banyak kali tanam tapi banyak kali mati. Nanti nak tanam lagi dan nak beri kasih sayang sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa Johor ni bagi saya dia agak "heavy" berbanding laksa asam.

      Pokok selasih tu mak saya cakap.. kalau semai biji selasih yang kita buat minuman tu pun,in sha Allah tumbuh cikgu..

      Delete