Ada yang sebut kunafa.Ada yang kata sebutan dia knafeh..Tak tau la yang mana sebab ni makanan Timur Tengah katanya.
Yang halus-halus rangup tu saya rasa dah macam kuih karas yang famous kat Kedah tu..Tapi versi bercheese la🤭🤣
Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Ada yang sebut kunafa.Ada yang kata sebutan dia knafeh..Tak tau la yang mana sebab ni makanan Timur Tengah katanya.
Subuh- subuh tadi dah mengisi perut depan TV sambil mendengar alunan Surah Yassin dan disambung dengan Tanyalah Ustaz @ TV3.
(jenjarang dapat tengok TV pagi2 kan🤭)
MEE OATS GORENG BERDAGING
1 pack mee oats (kering)
1 ketul daging (+-300gm)
( rebus dan hiris nipis)
2 pokok sayur bak choy
1 pokok daun bawang
3 bawang putih - ketuk
2 sudu cili kisar +1 sudu bawang kisar.
minyak,kicap manis & garam
1. Jerang air untuk rebus mee.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
3. Tambah cili blend + bawang.
4. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya
5. Rebus mee 5 minit dan terus masukkan dalam tumisan.
6. Tambah sayur dan renjiskan kicap manis secukupnya
7. Sesuaikan rasa.
Dah beberapa hari Cella minta buatkan donut.
Katanya dia teringin nak makan donut susu.Saya tanya donut susu tu lagu mana?
Kata dia donut sama ja macam dok buat sebelum ni,cuma gula kat luar tu dicampur susu tepung.Kata dia tengan viral tu donut susu.
Oooo...tak tau la pulak saya pasal donut susu viral tu.
Tapi selama ni dok buat donut memang saya akan guna susu tepung sebagai salah satu bahan adunan.Sejak dulu kalau nak mendonut memang saya akan cari susu tepung.Masa anak-anak masih minum susu botol,kadang susu anak pun jadi ..untuk campur dalam adunan donut..🤭🤣
Cuma sekarang dapat lagi satu ilmu baharu...campur pula susu tepung dengan gula untuk sadur kuih donut yang dah digoreng....Terima kasihlah siapa yang punya idea ni..Walaupun benda simple ja tapi saya tak pernah terfikir pun selama ni untuk campur gula saduran tu dengan susu tepung...hihihi
KUIH DONUT SUSU
1kg tepung gandum
2 1/4 cawan air suam
4sudu gula
4 sudu susu tepung
4 sudu margerine
1/2 sudu teh garam
1 bungkus (11gm) yis mauripan
Minyak untuk goreng
Gula kastor +susu tepung untuk sadur kuih
1. Dalam mangkuk besar...campurkan air suam,yis,garam,gula,susu & margerine...
2. Ramas hingga bercampur rata..Margerin memang xkan larut ..Kacau je..
3. Masukkan tepung sikit demi sikit sambil di uli .Jika dah cukup lembutnya tidak perlu habiskan tepung.
4. Uli hingga lembut & licin..
5. Bahagi 4 bahagian supaya senang nak canai.Terap dengan acuan donut & susun dalam dulang yang ditabur tepung.
**Kali ni saya hanya bulatkan macam bebola dan lubangkan dengan copstick.
6. Biarkan lebih kurang 20 minit supaya kuih kembang.
7. Panaskan minyak yang banyak dan goreng kuih dengan api perlahan hingga keemasan.
8. Biar kuih sejuk sebelum disadur dengan gula icing+susu tepung.
Salam Maal Hijrah...
Lama juga tak buat cekodok..
Ni pun buat cekodok sebab ada Pisang alAwak yang dah terlalu ranum.CEKODOK PISANG TEPUNG BERAS
10biji pisang masak
2 cawan tepung beras
Secubit garam
Minyak untuk goreng
1. Lenyek pisang hingga halus & campur sikit garam
2.Tambah tepung beras & gaul rata.
3. Jika agak keras tambahkan sikit air.
4.Panas minyak yang banyak & jemputkan adunan atau sudukan sesudu demi sesudu ke dalam minyak panas lalu digoreng hingga garing..
Esok paginya baru saya jadikan sup pedas masam ni..Menggelak dengan aroma sup ketika fajar menjelang..
Saya buat sup simple sahaja..Cuma ada imbangan rasa pedas,masam,masin dan sekelumit manis.
SUP GEAR BOX PEDAS MASAM.
1 batang gear box + daging
1 biji bawang Holland
5 bawang putih.
1 ketul halia.
1 kulit kayu manis.
2 biji tomato merah.
1 limau nipis.
5 cili padi merah-ketuk
Daun bawang & daun sup
Sikit minyak,garam,perasa dan secubit gula.
1. Rebus gear box dan daging bersama halia hingga urat keting menjadi jernih dan lembut.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang bawangan hingga layu dan harum.
3. Masukkan rebusan bersama airnya dan buah tomato yang dibelah-belah,cili padi ketuk,garam dan perasa.
4. Biar mendidih hingga tomato agak hancur.Perah jus limau dan sesuaikan rasa.
5. Tabur daun sup & daun bawang.
Haaa..last dah catatan ke Trengganu .Lepas ni tunggu Cella konvo la pulak untuk ke sana lagi..in sha Allah...
Dulu zaman sekolah rendah hanya kenal Trengganu dalam buku teks..Dalam buku teks Bahasa Melayu ada kisah Penyu di Rantau Abang...Kebetulan Cikgu Shuib iaitu guru kelas masa darjah 6 pernah mengajar di Trengganu.Cikgu Shuib pernah cerita dia pergi ke rumah muridnya.Punyalah emak murid tu nak cuba ambil hati Cikgu Shuib dengan cuba bercakap dalam dialek Kedah..lalu dipelawa " Cikgu,minum la Ayaq Kopiaq tu..."
🤣🤣🤣🤣Sampai la ni saya ingat cerita Cikgu Shuib tu..Dengarnya Cikgu Shuib pun dah pencen beberapa tahun lepas.Ya la ni ex anak muridnya pun dah tua takkan la cikgu tu belum pencen...hihihi..
Dalam buku Ilmu Alam ada topik nelayan di Trengganu..ada pasal nama-nama pukat ikan..pukat lepas,pukat tarik,pukat tunda dan juga pasal unjam.
Masa Cella darjah 1 kot pernah ke Kelantan melalui Trengganu sebab saya tak berani nak drive ikut Gua Musang.Masa tu LPT belum ada..lalu jalan lama....memang lama sungguh nak sampai 🤣🤣🤣Cella sampai berkali tidur,berkali terjaga berkali juga tanya dah sampai mana? Tanya sekali masih kat Tremgganu...tanya lagi masih Trengganu..Kata Cella kenapa la Trengganu ni panjang sangat... hihihi
Lepas ambil Cella kat kolej hari Sabtu tu,Cella kata dia lapar sebab belum makan apa-apa sejak malam.Last makan adalah kat Medan Ikan Bakar Kuala Ibai petang hari Jumaat.Dia kata nak makan nasi @ D'baung.Katanya dia pernah makan kat situ dan lauk-lauknya sedap.
Maka berpandu waze,Adah drive ke D'baung..Masa sampai dah dekat pukul 2 petang tapi Alhamdulillah masih ada lauknya.Sejak kali pertama makan NASI DAGANG ATAS TOL....kat sini memang saya jatuh cinta dengan rasa gulai ikan aye yang pada tekak saya sangat sedap.
Walaupun banyak kali makan nasi dagang dan pernah juga masak sendiri tapi pada saya Nasi Dagang Atas Tol ni sangat kena dengan selera saya.
Begitu juga Adah...Cuma masih ralat belum berkesempatan bawa mak makan Nasi Dagang Atas Tol ni..In sha Allah nanti kalau ada rezeki masa konvo Cella nanti,nak bawa mak.
Masa kat KL lagi Adah dah cakap nanti nak gi makan sotong celup tepung kat Bawah Jambatan Kuala Ibai.