Esok paginya baru saya jadikan sup pedas masam ni..Menggelak dengan aroma sup ketika fajar menjelang..
Saya buat sup simple sahaja..Cuma ada imbangan rasa pedas,masam,masin dan sekelumit manis.
SUP GEAR BOX PEDAS MASAM.
1 batang gear box + daging
1 biji bawang Holland
5 bawang putih.
1 ketul halia.
1 kulit kayu manis.
2 biji tomato merah.
1 limau nipis.
5 cili padi merah-ketuk
Daun bawang & daun sup
Sikit minyak,garam,perasa dan secubit gula.
1. Rebus gear box dan daging bersama halia hingga urat keting menjadi jernih dan lembut.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang bawangan hingga layu dan harum.
3. Masukkan rebusan bersama airnya dan buah tomato yang dibelah-belah,cili padi ketuk,garam dan perasa.
4. Biar mendidih hingga tomato agak hancur.Perah jus limau dan sesuaikan rasa.
5. Tabur daun sup & daun bawang.
Suka sup yang pedas² masam camni..sedap 🤤. Kembali meriah la kak, semua anak ada depan mata. Kirim salam pada semua 😉.
ReplyDeleteHihihi
DeleteAlhamdulillah...semua dah berkumpul...keluarga kecik jaðŸ¤
Ya ampun!
ReplyDeleteSangat sangat sangat sedap!
Tumpang hirup 3 sudu...sluurrppp..sluurppp...slurrrrpppp!
Hihihi...
DeleteTeringat zaman kanak-kanak main pondok-pondok...hirup minuman macam tu..indahnya zaman kanak-kanak🥰
Haaa.. ramai org tak guna periuk noxxa sebab takut, hehehe.
ReplyDeleteSedapnya sup siam.
hihihi....rugi kan...dah ada tapi takut nak guna
DeleteSemalam SA baru ckp dengan Pak Zain..lama x makan sup gearbox...lepas ni bleh la beli gearbox atau tunjang lembu...nak buat sup jugak....
ReplyDeleteSedap kan tunjang tu kalau dah empuk..liat2 kenyal
DeleteKecur air liur nii
ReplyDeleteKalau tengok time hujan & perut tengah lapar pulak...hihihi
Delete