Subuh- subuh tadi dah mengisi perut depan TV sambil mendengar alunan Surah Yassin dan disambung dengan Tanyalah Ustaz @ TV3.
(jenjarang dapat tengok TV pagi2 kanðŸ¤)
Sepiring mee oats bersama secawan kopi 0 panas.Kalau 10-20 tahun dulu ,pagi minggu macam ni wajib saya mencari surat khabar Mingguan Malaysia...Nak baca Pancaindera pasal retis & diCelah-celah KehidupanðŸ¤.. Berita Minggu buat peneman sambil bersarapan.
Dulu juga zaman anak-anak masih sekolah,selalu juga weekend macam ni pepagi anak-anak dah mandi dan bersiap nak jenjalan ke Zoo Negara,Muzium Negara,Taman Tasik,Putrajaya atau ke mana-mana sekitar KL yang tak tiket murah atau lagi baik yang percuma.Kadang lajak hingga Port Dickson atau bermalam kat Melaka.Bukan tidur kat hotel tapi sekadar kat chalet bajet sahaja.Janji depa dapat main pasir pantai.
Paling tidak pun,Cella akan merengek ajak sarapan roti tampal kat warung tepi padang depan kuaters tu.Kemudian,terus bawa dia ke pasar beli ikan,ayam,sayur dan barang dapur.Masa tu dialah assistant yang setia.Becok bertanya nama-nama ikan,nama sayur dan ulaman kat pasar.Menjadi tukang tolak trolly ketika belanja barang dapur dan mengepaw ais krim dan jajan.
Sejajar dengan pergerakan masa...maka semua itu hanya tinggal kenangan manis yang dirindu..
Pepagi tadi saya menyuap mee oats bertemen TV.Selesai sarapan,sambil blogwalking,saya meninjau ke luar tingkap.Masih berbalam-balam kerana pagi masih muda..
Mee oats ini juga menjadi bekalan anak bujang tu yang bekerja hari ini.
Sebenarnya semalam masa merayau ke blog Suria Amanda nampa dia masak mee daging.Terliur,maka hari ni saya pula masak tapi saya guna mee oats.Kebetulan ada stok daging yang dah siap saya rebus dan frozenkan bersma air rebusannya.
Lancar la kerja mengemee goreng...hihihi
MEE OATS GORENG BERDAGING
1 pack mee oats (kering)
1 ketul daging (+-300gm)
( rebus dan hiris nipis)
2 pokok sayur bak choy
1 pokok daun bawang
3 bawang putih - ketuk
2 sudu cili kisar +1 sudu bawang kisar.
minyak,kicap manis & garam
1. Jerang air untuk rebus mee.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
3. Tambah cili blend + bawang.
4. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya
5. Rebus mee 5 minit dan terus masukkan dalam tumisan.
6. Tambah sayur dan renjiskan kicap manis secukupnya
7. Sesuaikan rasa.
Resipi c&p daripada old post ..cuma hari ni tiada stok sayuran.Hanya taburan daun sup dan daun bawang.
Rebus telur pun takdan nak keras..jadilah telur 1/2 masak..Bersama secawan kopi 0 panas.
Sedapnya Mee goreng letak daging 😋
ReplyDeleteAwal MC bersarapan. PH kalau hari minggu lewat sikit sarapan sbb hari-hari biasa sebelum Subuh bersilat di dapur utk sarapan anak2 sekolah :)
Kadang lambat ja juga PH..hari ni dah kebetulan masak awal pagi untuk anak bujang tu...
DeleteEsok dah weekday...ramai la mak2 bersilat awal pagi...lagi2 zaman inflasi ni kan...elok lah kita pakat bawa bekal
Pagi tadi belanja barang dapur tiba-tiba terpandang mee labu, sebelahnya mee oats...eeehh teringat Mama Cella punya menu. Terus rembat dua-duanya. Ada lagi satu tak ingat mee apa. Kita ingat yang Mama Cella selalu masak, mee oats dengan mee labu.
ReplyDeleteBenarlah bila disebut atau yang terlintas dihati menjadi doaðŸ¤
DeleteSaya lebih suka mee oats berbanding mee labu..Apa yang satu lagi tu?
Kalau jumpa nanti update...boleh try
Dulu2 wak pun suka baca DCKK kat mingguan Malaysia
ReplyDeleteDulu2 DCKK memang ramai peminatnya sebelum wujudnya surat khabar online
DeleteBerkhasiat ni
ReplyDelete..Mengaharapkan kebaikan sebab ada campuran oats..hihihi
DeleteAnk dara kak lin sorg je.. bff kak lin tu.. kak lin pun mcm umi cella, rajin bw dia kenalkan pd ikan dan sayur..
ReplyDeleteBetul ckp umi cella.. sdp mee oats ni.. mmg xcukup goreng sebungkus.. 🤣
Biasa akan ada sorang yg rapat dengan mak kan k.lin...
DeleteMee oats ni sedap kan...
Eh EH....cantik kejadiannya mee oats tu la..SA nak buat nanti weekend
ReplyDeleteJom...jom...
Deletemee oats ni lebih kenyal nal banding mee kuning biasa..rasa pun lebih sedap
ammi memang gemar kalau letak daging kat dalam mee goreng ataupun mee sup....rasa juice air daging tu perghhhh.
ReplyDeleteKan...sedap dia lain kan...
DeleteManis jus daging tu..