Jemput minum secangkir teh O panas bersama beberapa potong Kek Bunga Rampai yang menawan ini..!
Walau tiada bauan hirisan daun pandan dan bungaan,tapi aroma mentega mengecurkan sungguh..!
Macam baru keluar oven .
Tapi sebenarnya baru buka parcel ni...
Kiriman bloger
JAJA AHMAD...a.k.a mami Ahnaff & Sofea dari Puncak Alam..Kuala Selangor..
Jaja selalu juga meninggalkan komen dalam post blog ni.Mungkin sebab Jaja pernah bergelar siswa di UUM negeri kelahiran saya.Saya pun rasanya dah lama juga mengikuti blog Jaja sejak Ahnaff anak tunggal hinggalah sekarang dah ada adik Sofea yang comel.
Dua minggu lepas Jaja ada tinggal komen KAT SINI.....Katanya dia ada hantar email.Tapi tak ada dengar notification masuk pun..saya semak email saya tak ada pun.Rupanya Jaja emailkan ke email adress tuan tanah kedaung..🤭.Patut takda notification pun kat handphone saya...hehehe.Sib baik Jaja mantion kat komen tu..Kalau tidak....
sampai hari ni pun tak tau🙏
Semalam Isnin..4 Julai 2022 dalam pukul 2.00 petang dapat call dari runner bgtau nak hantar parcel.Saya pesan suruh tinggalkan kat pondok jaga perumahan saya & ni la pic dikongsikan runner tu bgtau dia dah letak kan pondok jaga.Maasa balik kerja terus pick up..
Syyyyy...cuba cari dimanakah security guard tu..??? hihihi nampak tak???
Tak sabar nak buka ni..
Kek Bunga Rampai kiriman Jaja..
Semerbak haruman butter bila dibuka.Walau sudah beberapa hari Jaja pos tapi keadaan kek sempurna dan lembab berminyak membuatkan saya tidak sabar untuk merasa.
Terus gigit sambil pejam- pejam mata.Seingat saya
Kek Bunga Rampai ni antara kek klasik yang sudah terkenal sejak tahun 80-an lagi..
Secara peribadi,kek ini ada kenangan dalam hidup saya yang saya belum lupa hingga sekarang.
Ceritanya begini...
Pada tahun 1986.Abang saya, abang D baru habis latihan dan ditempatkan di Perbadanan Niaga Felda(PNF) Felda Belara,Trengganu.Masa tu abang baru berumur 19 tahun.Emak sangat rindu dan risaukan abang dirantau orang.Maklumlah masa tahun 80-an jarang ada orang kampung saya bekerja di luar.Hanya beberapa orang yang ke Singapura sebagai buruh kontrak.Itupun mereka pergi beramai-ramai.Sedangkan abang D seorang diri di Trengganu.Bukan ada handphone macam sekarang.Telefon rumah pun kami tak ada
Emak nekad untuk pergi melihat sendiri Felda Belara tempat abang D diposting itu.Emak ke Trengganu menaiki bas ekspress bersama kaka emak iaitu Long Tesah.
Bila pulang ..emak bercerita betapa baiknya warga Felda Belara dan mereka semua sangat meraikan kedatangan emak dan kakak emak.Para peneroka di situ memanggil abang D sebagai "Budi".
Mereka berjanji untuk tengok-tengokkan Budi.Kata mak depan kedai PNF tu ada public phone.Dulu-dulu public phone boleh buat panggilan dan boleh menerima panggilan.
Sesekali mak kalau keluar pekan yang ada public phone,kami akan guna public phone untuk calll call no public phone lain termasuk call abang D guna nombor public phone depan kedai PNF tu. No public phone tu sampai sekarang mak dan kami semua masih ingat nombornya
09-664047.( Wahai warga Felda Belara,betulkah apa yang saya catat ini? ) hihihi
Saya cuba mencari maklumat nombor ni di Google..Macam salah satu nombor kat UMT.
Beberapa hari sebelum Raya Aidilfitri 1986 tu abang D balik kampung.Kata abang D ..isteri pengurus felda tu kirim kek...Tapi sebelum sampai rumah mak,abang D singgah di rumah salah seorang saudara dan kek kek tu abang D dah bagi kepada mereka.
Nak dijadikan cerita,pada hari raya saya telah pergi ke rumah saudara tu dan antara juadah raya yang dihidangkan adalah sejenis kek yang saya rasa cukup cantik dan sedap.Keknya berwarna warni dibahagian dalam dan baunya harum serta rasanya sedap.Menurut anak kepada saudara tu ..itu adalah kek yang abang D bawa balik dari Trengganu.
Saya berasa sangat terkilan kerana abang D tidak membawa balik kek itu ke rumah.Saya balik rumah dan menceritakan tentang kek tersebut.Emak diam tidak menjawab.Tetapi saya sangat tidak berpuas hati kerana kek itu cantik dan sedap.Dah la dulu susah nak dapat makan kek.Saya seakan terbayang ..kalaulah abang D bawa balik kek tu untuk emak,pasti kami dapat makan puas-puas.Lagipun kek tu memang dikirim untuk emak.Tapi apakan daya,bukan rezeki kami.
Dari pencarian saya dalam majalah ,tahulah saya kek itu namanya Kek Bunga Rampai.Pernah jumpa resipinya dalam majalah,tapi macam tak pernah saya buat.Namun setiap kali tengok Kek Bunga Rampai ni pasti teringat Kek Bunga Rampai 1986 tu.Masa raya puasa baru ni saya ada buka semula cerita ni kat mak & Achik...tapi mereka seakan dah tak ingat cerita tu.Mungkin hanya saya yang masih simpan kenangan yang bukan best pun..Tapi saya belum boleh move on.....hihihi...
Beberapa tahun lepas,saya ke Kelantan bersama anak-anak.Kami ikut Trengganu sebab saya tak berani nak lalu ikut Gua Musang.Dari Trenggganu nak ke Kelantan kami ada lalu Felda Belara.Masa tu saya memang teringat kek bunga rampai dan kisah no public phone depan kedai PNF yang saya masih boleh ingat sampai kini.
Katika menikmati sepotong Kek Bunga Rampai kiriman Jaja ni semalam...Saya masih ingat dengan jelas rupa Kek Bunga Rampai kiriman isteri pengurus Felda Belara pada tahun 1986 itu.Saya masih ingat perasaan hampa dan kecewa itu bila tahu sepatutnya kek itu abang D bawa balik untuk kami.
Terima kasih Jaja atas kiriman kek ini.Semoga Allah mengganjarkan pahala dan rezeki melimpah untukmu dan keluarga...
Jom la sama-sama kita kunjungi TERATAK JAJA AHMAD.
nak kena tuntut dengan Jaja ni.
ReplyDeleteLaiii laiii.. meh sini alamat kakkkk. Hihihi
DeleteHahaha ...pi em tepi SK🤣
DeleteAlhamdulillah. Terharu saya akak sudi merasa kek kampung ni 😊. Sedih kenangan akak pasal kek rampai tu.
ReplyDeleteSaya juga sangat terharu + teruja mendapat kiriman Jaja ni🥰
DeleteBertahun2 ooo dia punya sedih pasal kek tu..Sejak dah tua baru belajar menerima konsep rezeki, dan redho.Hasilnya Allah "kirimkan" rezeki yang tak disangka melalui hambaNya yang lain..Terima kasih daun keladi Jaja..🌹🌹🌹
geramnya nengok kek ini...dana pun pernah makan masa kecik2 dulu
ReplyDeleteAlaaa....kalau dekat- dekat boleh ajak dana minum petang sama2 makan kek ni sambil kita bercerita kenangan zaman kecik-kecik.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete