Wednesday, 31 January 2018

NASI GORENG NANAS ALA THAI



Nasi Goreng Nanas Ala Thai...
Haa....dah 2 hari masakan mak aku bertemakan nanas...
Semalam nyer dinner Nanas Tumis Ayam..
Hari ni Nasi Goreng Nanas Ala Thai...
Mmmm....esok tema apa la plak...
Sebab esok cuti Hari Wilayah


Aku suka Nasi Goreng Nanas ni
Sebab semua rasa ada..
Haaa...ada rasa ayam...ada rasa pedas sikit..
masin..& sikit manis bila tergigit nanas..



Daun ketumbar ni pun aku dah suka..
Makan ngan Nasi Goreng Namas ni lak..
Memang rasa ngam jer..
Rasa tomyam + rasa dau  ketumbar ni memang bau Thailand la...



Untuk aku jer mak aku serve dalam bekas buah nanas ni...heeeee
Sebab bekas ni ada 1 jer pun...

Abang nyet dalam bekas ni
Sebab abang nak bawa bekal
Tak sempat nak makan



Mak aku makan dalam pinggan jer
Nampak mak akubsiapnpatah2kan cili padi makan ngan Nasi Goreng Nanas ni

NASI GORENG NANAS ALA THAI..
versi mak aku
4 cawan nasi( masak guna 2 cawan beras)
1/2 biji nanas
1 dada ayam
1 sudu besar tempah kari ikan
1 sudu besar pes tomyam
1/2 bawang besar kuning
3 bawang putih
1 pokok ketumbar
5 cili kering - potong
5 cili padi - ketuk jika nak extra pedas
1 sudu teh garam
1sudu marjerin + 2 sudu minyak

1. Ayam dipotong kecil dan gaul bersama gara. dan serbuk kari
2. Nanas diambil isinya dan dipotong- potong
3. Panaskan minyak dan goreng ayam yang digaul serbuk kari.
3. Bila ayam masak masukkan cili kering potong
4. tambah bawang cincang dan bawang putih
5. Masukkan juga pes tomyam dan masak hingga sebati
6. Masukkan nasi putih yang sudah dileraikan dan gaul rata.Masak bwberapa minit sambil digaul hingga naik wap
7. Sesuaikan rasa dan taburkan cilinpadi serta daun ketumbar


Nanas ..1/2 biji baki yang sudah dimasak Nanas Tumis Ayam semalam


Mak aku cakap ni cara mak aku kuarkan isi nanas


Cara nak keluarkan isi nanas supaya kulitnya dapat digunakan untuk menghidang nasi @ sebagai bekas untuk salad buah..
Isi buah nanas agak berserat untuk dikeluarkan.
Toreh ditengah2 buah nanas dengan pisau tetapi jangan sampai menembusi kulitnya..agak2 la
Juga jangan sampai hujung kepala dan pangkalnya..tinggalkan agak- agak 2 cm dikepala dan pangkalnya
Toreh lagi manjadi 6 bahagian.
Guna pisau dan sudu untuk keluarkan isi nanas sebahagian demi sebahagian.
Pastikan jangan sampai menembusi kulitnya


Keluarkan semua isinya


Potong2kan isi nanas..sederhana besar dan tebalnya supaya bila makan nanti terasananasnya


Isi ayam digaul remoah kari ikan bersama garam


Selain warna yang cantik untuk isi ayam..rasanya juga lebih sedap bila diperap dengan rempah kari ikan..Jika guna rempah kari ayam..baunya agak kuat dan warnanya sedikit gelap



Pes Tomyum...Ini yang beli kat Padang Besar hari tu..Boleh sahaja guna pes tomyam brand lain


Bawang kuning cincang..bawang putih dadunkasar dan cili kering digunting


Panas minyak + marjerin


Tumis isi ayam rempah kari tadi


Bila ayam mula garing ta.bah cili kering,bawang putih,bawang cincang dan kacau rata


Masukkan pes tomyum dan kacau rata


Masukkan pula isi nanas

Masak beberpa minit hingga nanas nampak layu dan lembut


Masukkan nasi yang sudaj dilerai dan dibiarkan sejuk sedikit


Gaul sebati dan masak lagi beberapa minit hingga naik wap sambil dikacau .


Haaa...ni bezanya Daun Sup dan Daun Ketumbar...Hampir serupa tapi bau nya berbeza


Daun ketumbar lebih lembut dan lebih cerah warnya...
Akarnya kurang serabut..baunya seperti bau tomyum dan menyengat hidung..
Menyengat tu apa..?
Ha...menyengat hidung tu macam bau yang kuat sehingga bila cium baunya rasa sedikit pedih hidung ..


Daun Sup daunnya lebih kasar dan warna hijau lebih gelap..
Baunya lebih lembut...


Nasi Goreng Nanas ni sesuai guna Daun Ketumbar..
Sebab bau dan rasanya lebih ngan dengan perencah tomtum serta nanas


Siap...
Haa...kalau kat hotel...order ala kart @ order untuk hantar kat bilik dah dekat rm30
Hari tu masa kakak konvo tu memang tengik kat menu dia memang harga macam tu..
Abang pun cakap masa abang kerja kat hotel di Kedah pun memang harga Nasi Goreng Nanas ni camtu..
Haaa...so,hari ni kira aku dah makan makanan mewah juga la ni..
Tapi versi mak aku la yang masak..
Hihihihi...

NANAS TUMIS AYAM

Nanas Tumis Ayam..
Haaa...macam ayam plak yang masak nanas..
Tapi mak yang cakap lauk ni namanya Nanas Tumis Ayam...


Nanas Tumis Ayam..
Mula aku ingatkan rasa dia pelik
Sebab buah nanas dijadikan lauk
Tapi bila makan xde la pelik
Sedap & kena jer rasa dia
Ada rasa manis sikit tapi bukan la macam jem nanas..hahahaha
Mak aku cakap xde pelik pun sebab nanas memang biasa dimasak sebagai lauk..


Dah beberapa hari nak aku cakap nak beli nanas..
Asalnya nak beli nanas madu yang memang ada jual dengan lori kat BTS tu..
Sevelum ni setiap hari ada jer lori Hilux tu jual nanas madu yang kecik2 tu..4 biji rm10
Haaa...aku tahunla harga dia sebab memang dia tulis besar2 kat banner tu..
Tapi biasa la...time nak beli ...xde la plak lori tu..
Makanya petang semalam mak aku ajak singgah Pasar Segar beli nanas x madu ni..
Hahaha...ada ka nanas x madu../
Mak aku cakap nanas biasa ni dupanggil Nanas Morris..
Mmm...dah nak macam nama mak aku jer..!
Haaaaa....jangan ingat nenek Smith jer ada Epal Granny Smith...
Mak aku pun ada Nanas Morris
Hihihihi...


Nanas Goreng Hati Jantung dan Pedal Ayam..
Ini lah nama asal Nanas Tumis Ayam ni.
Ni pic AFC 703 -Comfort Food Recipes
Malam apa ntah sambil aku siapkan homework depan TV...mak aku layan Astro AFC tu..
Aku pun terlayan la juga ...hahaha
Comfort Food Recipes ni pasal masakan tradisional...nostalgia sempena Chineese New Year( CNY)
bulan February ni..



Mak aku siap snap pic sebab nak amik resipi ni..
Makbaku cakap nampak macam sedap..
Kat situ dia tulis masakan ni dihidangkan pada musim keraian seperti CNY dan majlis perkahwinan.



Lauk Nanas Goreng Hati,Jantung dan Hrmpedal Ayam  ini menjadi salah satu makanan nostalgia hos dia..
Mak aku selalu la tengok rancangan2 macam ni..
Aku sesekali jer tetperangkap untuk tengok sebab sambil buat homework..
Kalau memang aku yang pegang remote control tu...xdenyer aku nak tengok sangat..
Kecuali kalau Bake With Anna Alson..haaa yang tu aku suka tengok Anna Alsin tu deco cake..pastry bagai


Dalam Comfort Food Recipes tu ..
Anak2 @ cucu akan memasak makanan nostalgia yang pernah dimakan semasa kecik dulu dan nenek2 akan memerhati sambil memeberikan tips serta menceritakan kenangan dan peristiwa yang ada kaitan dengan makanan tersebut..
Mmmm....macam mak aku jerrr...!
Haaa...sebab mak aku kalau masak & makan mesti citer pasal kenangan dan nostalgia makanan tersebut..
Yang kena tadah telinga opkos la haku..!!
Kakak xde dia nak dengarnya...
Selamat la telinga kakak ngan abang..
Hihihi...



Ni la nenek yang ajar resipi Goreng Hati Jantung dan Pedal Ayam tu...
Nenek tu cakap hidangan nanas membawa tuah Itu ikut kepercayaan orang Cina la..
Sebab tu kalau CNY dorang bukan sahaja hidangkan limau manis tetapi juga digantung tanglung buah nanas.
Naper limau & nanas..?
Haaa...yang ni dia x citer dalam Food Comfort tu..
Tapi mak aku cakap limau dan nanas dipilih sebab orang Cina percaya limau dan nanas akan membawa tuah dan kekayaan kerana warnanya seperti warna emas...
Ooo...camtu..
Mmm...kalau mak aku yang cakap aku akan kalah la...sebab mak aku rajin membaca..hihihi

Ok...jom tengok mak aku masak Nanas Tumis Ayam
Mak aku cakap  hati jantung dan pedal ayam tu mak aku gantiman dengan isi ayam.
Sebabnya aku ..kakak...abang memang x makan hati pedal bagai..
Kalau mak aku masak hati pedal bagai..
Makan la sorang...
Aku..?
Mmm...not my tàste

NANAS TUMIS AYAM
1/2 biji nanas
1 keping dada ayam
2 sudu minyak
3 bawang putih
1/2 bawang kuning holland
sikit garam
1 sudu teh tepung ubi + ¼ cawan air
5 cili kering(sendiri tambah)
1 tangkai daun ketumbar( sendiri tambah)

1. Isi ayam dipotong kiub dan gaul garam dan serbuk kunyit
(resipi asal guna hati,jantung dan pedal ayam direbus terlebih dahulu untuk mengurangkan bau hanyir)
2. Nanas dikupas buang matanya dan dihiris sederhana tebal
3. Panaskan minyak dan goreng isi ayam
4. Masukkan cili potong dan nanas potong
5. Masukkan bawang putih kiub fan bawang kuning
6. Goreng dan masak hingga nanas layu
7. Sesuaikan rasa dan masukkan tepung ubi yang dibancuh dengan air untuk pekatkan kuahnya.Tabur daun ketumbar


Ni la Nanas Moris yang aku cakap tu
Mak aku cakap nanas ni x la semanis nanas madu.Kalau suka lebih manis guna nanas masak

Mak aku cakap nak masak separuh nanas jer
Sebab untuk dinner jer pun
Yang nak makan pun aku ngan mak aku jer..
Penat dan lapar sebab baru sampai rumah..
Kakak dah 3 hari bercuti di Melaka dengan kawan2 dia lepas final axam..
Abang off..tapi biasa la abang kalau off mesti kuar juga...
Dengar tadi abang cakap ngan mak aku abang kata nak gi Mines ngan kawan dia
Mmm...untung la...
Aku juga dok kat umah jer..
Huhuhu


Nanas ni mak aku cakapnkena buang matanya sebab keras dan kalau x buang nanti kalau makan gatal lidah
Tapi aku x panggil mata..
Aku panggil bulu hidung..
Wakaka...bapak geli siot..!!
Aku suka tengok mak aku buang bulu hidung nanas tu..
Tapi aku x reti nak buat
So..biarlah mak aku jer buat..!!
Hahaha.. boik nyer alasan kan....


Nanas tu dibelah 4 dan dipotong macam nak buat rojak buah tu


Isi ayam digaul garam dan kunyit.
Kalau resipi asal yang guna hati jantung pedal tu mak aku cakap dorang just rebus x campur apa2 pun

Bawang Kuning..Bawang Putih Kiub,Cili Kering Potong dan Daun Ketumbar..
Mak aku cakap cili dan daun ketumbar tu tambah sendiri


Panaakan minyak



Goreng isi ayam.hingga masak


Tambah cili kering potong


Masukkan nanas


Bila nanas dah lembut dan layu baru masukkan bawang putih dab bawang besar


Masak beberpa minit supaya sebati.
Sesuaikan rasa dan tabur daun ketumbar.
Dolu aku x suka dau  ketumbar sebab bau dia pelik..tapi sebab dah mak aku selalu guna aku dah jadi suka.Walaypun rupa dia hampir sama dengan daun sup tapi aku dah boleh bezakan sebab bau dia memang x sama dengan bau daun sup..Haaa...sebab aku kan PA mak aku..mana mak aku pergi aku yang escot..even gi pasar pun aku yang tukang tolak trolly @ bawa bakul macam mokcik2..
Bila citer kat kawan2 aku..memang kena bahan la..dorang mana pernah gi pasar...dorang gi mall jer..


Ok...jom makan....
Esok Cuti Thaipusam..
Lusa Cuti Hari Wilayah .
Jumaat sekolah...
Huwaaaaaaaaaa....!!!

Tuesday, 30 January 2018

BEKAL ROTI GULUNG CHEESE

Roti Gulung Cheese..
Haaa...yang ni barulah Bekal Hari ni
Bekal Sekolah dan bekal abang juga..
Bekas merah tu abang nyer
Bekas hijau tu Bekal aku
Yang dalam plastik tu nak makan panas2 dalam kereta untuk sarapan



Minggu lepas pun mak aku dah buatkan bekal yang hampir sama juga
Cuma berbeza cheese jer
Minggu lepasnya toaster cheese yang warna oren tu cantik dan legi sedap...
Ada bau smoke cheese..
Hari ni mak aku cakap dah xde stok smoke cheese tu..
Haaa...sebab sedap cepat la habis kan....




Mak aku cakap x boleh selalu buat sebab cheeze mahal..
Hahahaa...
Ini pun mak aku cakapnbeli cheese sebab nak buat bender lain
Tapi dah terguna buat bekal sebab mak aku cakap buat bekal ni cepat
x banyak songeh macam nak buat Mee ke bagai
Nak kena siapkan banyak bahan
Bekal Roti Gulung Cheese ni just guna roti & cheese
Senang nak makan masa rehat...
& Yang penting...SEDAPPP..!!


Hari ni mak aku cakap guna cheese putih jer..
Sebab cheese oren xde
Cheese ni tebal tapi kurang melting
Sebab masa aku makan cheese roll yang maknaku buat minggu lepas cheese dia memang meleleh baq ang
Yang ni cheese dia memang banyak .
Tapi cheese tu just moist...x meleleh sangat walaupun masa panas..



Haaa....yang ni sedap..
Spread cheese ni
Yang ni dah lama beli..
Untuk aku spread jer kat roti..
Haaa...itulah sarapan aku pagi2 .
Sebab kalau mak aku masak mee @ Nasi Goreng susah nak makan dalam kereta..
Takut tumpah & berminyak..
Lagipun aku x suka nak makan makanan yang bau kiat macam mee or nasi goreng dalam kereta
Sebab kalau makan dalam aircond ..tingkap tutuo
Nanti sampai sekolah...
Kuarvjer dari kereta..
Aku rasa macam seluruh baju semua pun dah bau makanan...
Hahahaha...
Kalau bauacam bau scone ker xper juga sebab bau dia harum ....
Kalau bau sosej....?..
Mmm....makan sedap..tapi bau dia kuat


Mak aku cakap idea buat Cheese Roll
Sebab tengok kat kotak cheese ni la..
Tapi yang ni versi spread cheese..
Kena spread kat roti satu- satu
Kalau guna slice cheese mak aku cakap lagi cepat dan senang
Step by step nak buat Roti Gulung Cheese ni sama la macam nak buat
CHEESE ROLL MELELEH kat sini....


Mak aku cakap boleh jer buat sesiap waktu malam..
Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais.
Esok pagi bangun goreng jer
Tapi semua tu mak aku yang buat
Aku cuma tolong part yang last tu..
M.A.K.A.N....hahahaa..

Begitulah ceritanya bekal hari ni...