Wednesday, 28 May 2025

BURUNG SINTAR

 

Tengok dalam group komuniti kampung....depa post sekarang tengah musim memburu burung sintar..

Wah....sangat noatalgia..!

Dah lama tak makan burung sintar....Harapnya balik kampung raya haji nanti ada la orang jual...


Tuesday, 27 May 2025

NASI IKAN GORENG DENGAN KICAP JER...

 

Ikan Goreng saja...



Nasi Putih

Ikan Goreng

Renjis Kicap 

Ada Sup Daging frozen.Panaskan hingga mendidih & bungkus semula.Cella taknak tapi suruh juga bawa.Bagilah sapa-sapa nak makan nasi berkuah.

Ada nanas dalam peti ais..bagikan sekali sebab nanas tu manis & tak lidas.

Tu je bekal Cella bawa balik kolej hari Ahad...

Sabtu pagi dia balik rumah nak sarapan...Pastu kata nak balik kolej.Memang dia balik..Tapi balik amik laptop & balik semula ke rumah..hihihi

Ahad lepas zohor baru balik semula kolej.Saya pulak malas naw nak masak lauk bagai.Sebabnya dok keluarkan segala khazanah dalam peti ais.Ada yang dah expired.sayur bagai ada yang dah kecut mecut..Kelapa ada swbungkus dah tengik..Santan ada 3 pack tapi dah mula bau peti ais.Daging rebus ada 2 bekas..Ceker ayam ada 10 pcs..Makananya terkumpul 5 kali beli ayam la tu kan...hihihi

Santan tu ada sya buat sesuatu...Nantikan next posting ...hihihi



Ada 3 keping ikan salmon.Tapi ikan salmon ni yang baru beli hari Sabtu masa keluar breakfast ngan Cella Beli kat Giant,Spectrum Mall,Ampang.
Lama dah tak beli salmon ni.Dulu zaman Cella masih sekolah menengah selalu beli buat bekal dia sebab masa tu harga masih mesra poket.Masa tu juga kalau hari minggu saya suka gi Hero awal awal masa pekerja tengah slices salmon.Boleh beli kepala salmon dapat bawah RM10.Kalau perasan masa tu memang banyak posting pasal kari kepala salmon.
Naw sejak aBangla dah ramai kerja situ...kepala salmon semua depa punya...Masa dok slices ikan tu depa dah simpan siap-siap.Tak merasa dah kepala salmon sekarang...



Ni pun jumpa kat Giant..(actually dah lama tak jumpa  pasaraya Giant ๐Ÿคญ) Dulu sikit-sikit Giant.Peti ais sekangkang tupai kat rumag ni pun dulu beli kat Giant Taman Connought tahun 2006..Tahun depan ulang tahun ke 20 peti ais tu๐Ÿคฃ.Pasaraya tu pun dah jadi car wash dah..




Bekal Cella ..
Nasi putih 
Ikan Salmon Goreng
Renjis kicap sikit
Sebab lidah Melayu nak juga pedas...tabur jer sambal bilis kering yang Achik bagi masa raya hari tu


Cella bawa 2 box nasi + ikan goreng.Takkan nak bawa 1 je kan..
Cella bawa apapun selalunya minta extra untuk kawan..Katanya box dia...dia nak makan puas-puas tak nak share...hihihi

Monday, 26 May 2025

PENGAT UBI KELADI PENANGAN KOMEN KAK LIN

 

Pengat Ubi Keladi...

Tapi tajuknya Pengat Ubi Keladi Komen Penangan Kak Lin..hihihi


Sebabnya masa posting PENGAT LABU TAK KUPAS KULIT Kak Lin dari Putrajaya ada komen beliau masak pengat keladi...Terima kasih Kak Lin,walau hanya kenal di alam maya tapi selalu tinggalkan jejak.

Tetiba terbayang betapa sedapnya pengat keladi yang kenyal dan berkanji ubinya tu ..

Tak boleh jadi ni....Esoknya balik kerja singgan Checkers & cari ubi keladi...hihihi


Maka semalam hari Ahad...dah nak malam pun gigih memasak pengat keladi ni...

Patutnya masak awal sikit boleh la Cella bawa balik kolej..
Tapi masa awal tu macam malas nak masak sebab dok kemas peti ais keluarkan mana makanan dan barang yang dah expired bagai.....Cella balik kolej pun just masak nasi putih & ikan goreng + sup campur -campur ja..

Tapi dah nak maghrib..eh,tekak ni dah tak boleh tahan teringin nak makan pengat keladi...hihihi

Video penyediaan  pengat ubi keladi ni ada saya kongsikan  kat SEROJA PUTIH


Untuk video  " PENGAT UBI KELADI" ni  boleh klick :
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Friday, 23 May 2025

KERABU SARDIN + PUCUK PUTAT

Semalam petang masa jalan jalan keliling tempat kerja bersama Kak Izzah nampak pokok putat banyak berpucuk...

Terus petik & dalam hati dah berkira-kira nak buat kerabu dengan sardin


Alhamdulillah....
Jadilah Kerabu Sardin+Pucuk Putat sebagai lauk dinner.

Seawal pukul 6 petang dah dinner dek tak menyabar nak makan lauk ni..
Sampai rumah terus tanak nasi dulu baru mandi & solat asar.Kalau ikut hati sambil tanak nasi nak buat kerabu & nasi masak boleh terus makan.Tapi sebab nak makan tenang -tenang sambil layan youtube..maka kita mandi dulu la kan...hihihi


Hanya satu lauk ini bersama nasi putih sambil terbayang dulu zaman kanak-kanak mak selalu buat kerabu sardin ni + pucuk janggus.
Kalau musim pucuk janggus.Biasanya dalam bulan Disember hingga Februari musim kemarau kebanyakan daun pokok gugur.Bendang,parit juga mengering menjadi medan cari ikan haruan,keli,bagai.Menjelang bulan Mac pokok pokok mula berpucuk.Masa ni la musim buat laksa kebok kerana pucuk kayu banyak termasuk pucut janggus,putat bendang,pucuk samak bagai.Ikan darat menjadi bahan kuah lemak utara.Ikan haruan keli bagai lebih enak dijadikan kuah lemak utara macam saya selalu post pasal laksa kuah lemak tu.

Cara paling biasa menikmati pucuk pucuk kayu tentulah diulam cicah cabai tumbuk atau cabai picit.Kalau rajin sikit jadilah kerabu.Biasa mak akan buat kerabu pucuk ulam berencahkan udang bendang yang kecik-kecik tu.Udang tu dikerabukan mentah-mentah. dengan pucuk gajus atau pucuk putat.Hahaha...sadis kan.Kadang mak kerabukan dengan ikan keli panggang tawar.Selalu juga mak kerabukan ulam ulam tu dengan sardin.Dulu sardin apa tu cap crown tu jelah yang ada jual kat kedai kampung pun.Satu tin kecik tu harga 45 sen.Sekarang RM4.99..hihihi

Sambil mengkerabu sardin & pucuk putat ni sambil terbayang betapa nikmatnya makan dulu-dulu zaman kanak-kanak..Lauk ikan tamban kiat masin pun sedap.Masak megi sebungkus + sayur cekur manis banyak-banyak  dapat seperiuk...itu dah jadi lauk lazat.Dapat makan sardin sesekali nikmat tak terkata.Selagi ada lauk selagi tu rasa nak ulang makan nasi...

Alhamdulillah atas nikmat rezeki melimpah yang Allah kurniakan kepada kita semua...

Video penyediaan kerabu sardin + pucuk putat ada saya kongsikan  kat SEROJA PUTIH


Untuk video  "Kerabu Sardin + Pucuk Putat "     ni  boleh klick :
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Wednesday, 21 May 2025

NASI GORENG DAGING RUSA

 

Masak Nasi Goreng Daging Rusa
Untuk bekal Cella nak balik kolej weekend baru ni.

Dia balik sekejap ada barang nak ambil.Pastu kejap nak balik kolej..kejap tak jadi..kejap jadi..
Lastly dah nak maghrib dia kata kena balik.Siap request nak bawa bekal nasi goreng daging.
Mana nak cari daging dah nak maghrib kan...

Tapi kalau dah rezeki..Selongkar peti ais jumpa sebungkus daging seberat 1kg ..
Malah,daging rusa pulak tu
Bukan la selama ni tak nampak kerana peti ais besar.Peti ais sekangkang tupai jer tapinya sebab daging tu dlm tippuware ais krim...so tak nampak...
Bukan  anak anak ja awlalu tertipu dengan tippuware aiskrim..mak mak pun sama๐Ÿคฃ


Video nasi goreng daging rusa ni ada kongsikan  kat SEROJA PUTIH


Untuk video  "Manisan Red Ruby"     ni  boleh klick :
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡






Sunday, 18 May 2025

BUAT MANISAN RED RUBY

 Dulu zaman kanak-kanak ada satu permainan...Dua orang akan berdiri  mengadap dengan jarak sedepa sambil letak dua dua belah tangan atas bahu rakan dihadapan.

Yang lain akan beratur panjang membentuk keretapi dan berjalan melintasi tengah tengah jarak sedepa  dua orang tadi.Barisan panjang akan menyanyi:

๐ŸŽผAnggur delima...

๐ŸŽตDelima manis...

๐ŸŽถHendakkan saya membeli  belah..

Habis nyanyi ..nasib lah siap yang lalu tengah tu akan kena trap dan dia dikira mati..

Macam main music chair la lebih kurang tapi versi saja berbeza..

Yang membaca entah boleh bayangkan entah lagi pening nak bayang๐Ÿคฃ

Tak apalah ..saya just nak kaitkan dengan swjenis dessert yang berasal dari Thailand katanya....iaitu bubur delima merah.Dalam bahasa Thai kalau tak salah eja disebut.......... "thab thim krob"



Manisan ni kali pertama saya buat ketika muda belia dulu tahun 90-an.Masa tu buat berpandukan resipi dan gambar dari majalah. ...

 Seiring dengan masa bergerak..Sekarang banyak perkongsian cara masak dan street food dalam be tuk video memberi kita info lebih jelas dan baru tahu rupanya boleh campur macam macam lagi seeprti nangka,labu,buah kabung dan biji selasih.Campuran bahan lain memberi tekstur dan warna menarik.

Cuma yang saya buat ni tidak juga menambah banyak bahan lain kecuali hirisan labu yang dimasak bersama air gula.

Untuk video penyediaan manisan ni ada saya kongsikan  kat SEROJA PUTIH



Untuk video  "Manisan Red Ruby"     ni  boleh klick :
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡




Friday, 16 May 2025

MASAK PENGAT LABU TAK KUPAS KULIT

 

Masak Pengat Labu Tak Kupas Kulit...

Asalnya taktau nak letak tajuk apa..Sudahnya straight to the point๐Ÿคฃ

Ceritanya memang macam tu..Masak pengat labu ni tak kupas kulit iaitu ikut cara mak saya Mak saya kalau masak lemak putih labu & pengat labu memang mak tak kupas kulit.Cuma kalau saya masak untuk mak saya akan campur yang kupas kulit & tak kupas kulit.Mak akan cedok yang berkulit & kami akan pilih yang berkupas kulit๐Ÿคญ

Video masak pengat labu ni ada saya sharekan video kat SEROJA PUTIH



Untuk video  pengat labu tak kulas kulit   ni  boleh klick :
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡






Tuesday, 13 May 2025

LUNCH + BIRTHDAY

Anak jantan tu bagitau ada dua orang rakannya dari Kuching datang KL...

Kebetulan Sabtu kita long weekend berkembar dwngan wesak day...rasa macam punya masa untuk tenang-tenang...saya pelawa untuk ajak mereka lunch kat rumah pada hari Sabtu tu..

Masak seadanya sahaja...Tak pi pasar pun..just masak apa yang ada..Alhamdulillah...



Kari Ikan Kacang + Bendi


Sayur Kacang Panjang + carrot & Tempe


Ayam Masak Kicap...



Ikan Pekasam Goreng Cili Bawang

Air Oren Sunquick....Syrup Granedine dah habis stok๐Ÿคญ



Sambal Belacan....laku keras
Mula rasa macam banyak..½ blender jar tu rasa macam banyak naw...tapi rupanya laku keras


Ulam...
Selom...timun...terung siam...carrot...tomato & lobak putih rebus..
Baru tau rupanya orang Kuching panggil ulam selom ni "daun cantik manis"

Laksa Sardin.....tak de pulak pic kuah sardin tu
Kuah sardin kan senang nak masak...takyah siang ikan๐Ÿคญ


condiment laksa


Limau  & Anggur


Rasberry Jelly....
Memang sentiasa simpan stok kat rumah...hihihi
Ni saya guna 2 kotak jelly Nona perisa rasberry

Terlanjur lunch reramai...Cella kata elok jer dia pi beli kek birthday abangnya ...potong kek awal dua hari..Lagipun malam tu Cella kata dah nak balik kolej...Abangnya pun nanti pada tarikh birthdaynya  12Mei nanti kena kerja..

Ada saya sharekan video kat SEROJA PUTIH


Untuk video  menu lunch  ni  boleh klick :
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡









Monday, 12 May 2025

HARI NI BIRTHDAY ANAK JANTAN NAN SORANG TU..

Anak jantan nan sorang tu hari lahirnya jatuh pada 12 Mei..Kalau ikut kalendar Hijrah masa tu...lahirnya dia pada 13 Zulhijjah..tatapi 
12 Mei 2025 jatuhnya cuti Hari Wesak la pulak ..3 minggu lagi nak raya Haji๐Ÿคญ
Kalender masihi & kalender hijrah memang akan ada selisih kerana. kalender Hijrah ikut pusingan  bulan...Manakala kalender masihi ikut putaran matahari.



Cella belanja kek birthday abangnya.Tapi bukan hari ini..sebaliknya semalam punya semalam...10 Mei 2025
Memandangkan hari ini 12 Mei,Cella tak balik rumah sebab depa ada group assignment kat bengkel.... abangnya pulak  kerja..
Maka sambutan diawalkan pada hari Sabtu sebab Sabtu semua ada kecuali Adah la .๐Ÿคญ


Kek Oreo katanya ..
Sebelum tu dah ada 2 Mita Kek ..
Semalam kek SR
Uish...sepanjang minggu ni asyik makan kek nih....
Alhamdulillah...semoga kek kek yang masuk perut tu jadi penawar dan ubat untuk slimkan badan๐Ÿคญ๐Ÿคฃ



Selain kek ni ...ada la masak masak sikit hari Sabtu tu....
Nanti kita cerita next entri.....

MAK PESAN: "MAKAN DULU SEBELUM PERGI RUMAH ORANG"

 

Dinner untuk 3 beranak + sorang tetamu.Masak spaghetti sardin saja hidang bersama limau & air kosong



Kebetulan salah sorang kawan Cella...tumpang bermalam

Cella & Mimi dapat jemputan dari salah sorang kawan untuk makan-makan.Jamuan Raya katanya walaupun Syawal dah hampir ½ bulan berlalu.Jemputannya waktu malam bermula pukul 8++ malam katanya 

Sebelum mereka bergerak ke majlis makan makan tu saya sediakan makan malam ringkas berupa spaghetti sardin.

Sejak kanak-,kanak sudah jadi kebiasaan,sebelum pergi rumah orang sama ada menziarah waima hari raya atau untuk  makan kenduri sekalipun,mak pesan suruh makan dulu.

Kalau pagi raya,sudah jadi kebiasaan semua wajib makan dulu hidangan raya di rumah sebelum beraya ke rumah orang.Begitu juga kalau kenduri,mak akan suruh makan dulu di rumah.

Dulu tak tahu kenapa ada peraturan macam tu.Bila dah makin dewasa baru faham,mak buat macam tu supaya bila pergi rumah orang tidaklah "buruk lantak" kat rumah orang.Kita kanak-kanak bukannya faham ..Dapat makan lupa dunia Maklumlah,dulu-dulu bukan selalu dapat makan sedap..

Tapi bila dah makin tua,kadang budaya tu dah tidak selalu saya praktikkan.Kadang sengaja tak sarapan @ tidak makan dulu sebelum pergi kenduri kerana memang niat nak makankat kenduri & kadang sebab  nak selesakan perut biar tidaklah baju yang disarung menjadi guni beras @ sarung nangka..๐Ÿคญ๐Ÿคฃ

Kalau kita menjemput orang makan pun..kita mengharapkan tetamu menyukai makanan ya g kita hidangkan dan makan puas-puas..Kalau makanan kita hidang tak habis .jadi susah hati...tak sedapkah?...ada yang tak kena kah?



Cuma kali ini saya masakkan juga makan malam ni kerana Mimi adalah tetamu.Ditambah dengan katanya dia baru habis kuliah di Subang Jaya  & terus datang ke rumah kami by MRT.Pastinya tekak haus dan perut lapar. Kita pun pernah jadi student.Faham sangat situasi tu. Tu yang sambil depa bersiap nak gi jamuan,kita pun masak lah ringkas seadanya.
Betul la bagai disangka.Nampak berselera Mimi makan walau hanya spaghetti sardin.

Usai makan Cella & Mimi bergerak ke majlis rakan mereka  di Semenyih.Teruja betul mereka berdua nak jumpa rakan lama sesama diploma dulu.Dah dekat 3 tahun la tidak berjumpa.Hampir 1 jam bertolak Cella update depa dah sampai ke rumah kawan tersebut.Tak sampai ½  jam berikutnya dia update lagi depa bersama beberapa orang kawan lain sedang makan kat salah sebuah restoran mamak di Semenyih.
Aik.....kata pi jamuan...Sekejapan benar makannya...& kenapa pulak makan lagi kat mamak.Perut belon ke apa depa ni?๐Ÿคญ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ.
Agaknya lepak lepak orang muda sambil bersembang la kot..Saya pun biarkan anak jantan tu tunggu adiknya & Mimi balik,manakala saya hanyut diulit mimpi 




Esok pagi masa bersarapan mihun goreng & roti puri cicah kari daging
( tak ada pula snap pic sebab ralit bersembang) barulah Cella & Mimi buka cerita...
Katanya itu adalah rakan diploma dulu.Sekarang rakan tersebut menyambung degree di Trengganu.Cella & beberapa orang rakan lain yang dijemput tu menyambung degree di IPT sekitar Lembah Klang.Rumah kawannya tu terletak  disalah satu kawasan perumahan elit.Kata Cella segan macam kudung kepala rasa bila kehadiran hanya dipandang dengan ekor mata oleh ibu bapa rakannya tanpa mempelawa meraka makan.Tapi sebab dah masuk ke rumah rakannya tu terpaksa la juga bersalam dan duduk dalam keadaan serba tak kena .Rakannya si tuan rumah hanya  mengambil minuman untuk dirinya sendiri sambil berbual bercerita ramai tetamu rakan rakan ibu bapanya  adalah orang ada-ada &  dia hanya jemput beberapa orang rakan sahaja  termasuklah Cella & Mimi.
Kata Cella sampai ke sudah mereka tak dipelawa minum apatah lagi makan hinggalah mereka bergerak balik.Kata Cella juga bukan hanya mereka berdua sebaliknya beberapa orang lagi rakan lain yang tiba berasinganz menerima nasib yang sama & mereka mengambil keputusan tidak berlama dirumahnya kerana kekok asyik dipandang dengan ekor mata oleh ibu bapa rakannya.Mereka berkumpul di mamak & pakat meluahkan rasa...๐Ÿคญ

Saya bimbang manalah tahu dibelakang kita anak-anak menunjukkan perangai tidak sopan hingga membuatkan tuan rumah memberi sambutan dingin.Namun kata Cella tiada apa ya g tidak sopannya sebaliknya mereka semua mati kutu hanya mendengar tuan rumah dan tetamu elit berbual tidak berani bersuara &  tidak tahu nak buat apa.Masuk gate saja sudah dipandang sinis bila mereka hanya datang dengan kereta Axia dan Wira sedangkan tetamu lain berkereta mewah.

Maka di restoran mamak depa meluahkan rasa menyesal tidak sudah...kalau lah tahu akan dilayan begitu....Dah la haus dan lapar menempuh jem
Masing-masing serik & "bertaubat".
Nasib baik juga Cella & Mimi sudah makan 

Alhamdulillah...mereka dapat belajar sesuatu dari peristiwa tersebut.Perjalanan mereka masih jauh lagi untuk berhadapan asam garam kehidupan.Sekarang mereka adalah student..belum lagi intern...belum memasuki pasaran pekerjaan.Mereka semua perlu bersedia dengan jiwa dan mental yang kental untuk hidup dalam dunia yang makin keras.

Pelajaran yang lebih mahal adalah agar mereka menjadikan panduan seumur hidup.Sekurang-kurangnya mereka beringat jangan perlakukan tetamu begitu agar tetamu tidak terasa seperti apa yang mereka dah rasa tu.
Yang baik jadikan teladan..yang buruk jadikan sempadan...

Sejujurnya saya juga mendapat pelajaran dari apa yang mereka lalui.. takut...manalah tahu dalam ramai ramai tetamu yang pernah bertamu di rumah atau dimajlis mereka ada terasa hati atau berkecil hati dengan layanan kita.Kadang takut kita terlepas pandang..sedangkan mereka yang tersinggung terbawa-bawa hingga akhir hayat.

Semoga sahaja tiada yang berkecil hati.Jika ada pun harapnya mereka tidak menyimpan di hati..
Begitu juga saya...Jangan lah di uji dengan situasi begitu..Saya ni hati tisu..๐Ÿ˜ญ


Apapun moral of the story....pesanan emak ada baiknya...
"Makanlah dulu sebelum pergi rumah orang"

๐Ÿคญ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Sunday, 11 May 2025

MOTHER'S DAY 2025

 

Kiriman Adah dari Tawau...


Sekarang zaman IT kan...
Boleh beli hujung jari jer ..hihihi

Saya bukan lah jenis suka meraikannya tapi tetap menghargai  dengan titipan doa untuk anak-anak dan juga untuk mak & seluruh ahli keluarga.


Tapi kenapa ek...kek SR sekarang saiznya keciknya lahai...Yang tulisan pink tu macadamia tapi takda sebiji pun macadamianya ..Bukan mencela makanan.Makanan tu tak salah pun.. tapi lebih kepada luahan kerana tidak mencapai expactation...sedangkan ia jenama besar yang sudah lama bertahan kerana sokongan pembeli..Sedangkan jenama seteguh Tupperware pun siapa sangka akan bungkus akhirnya kan...

Sejujurnya ini pun Cella dah "terbeli" ..Padahal kami dah lama beralih daripada SR kepada Nasken kalau nak makan kek sebab kek kat Nasken  lebih berbaloi..

Peminat SR jangan marah...ini pandapat peribadi saya..Yang minat SR teruskan ...



Cella bagi perfume...
Dia kata pilih satu jer...๐Ÿคญ


Pastu dia call suruh masuk bilik dia ..ada card atas meje solek...



Dia suruh baca....


          kredit pic kepada empunya


Allah jentik hati kebanyakan rakyat Malaysia dengan peristiwa yang belaku pada Hari Ibu...


Wednesday, 7 May 2025

MAKAN BUAH TARAP

 

Buah Tarap..

Buah khas dari Borneo..
Dah lama teringin nak makan.
Beberapa kali ke Sarawak ada jumpa buah ni dijual di tepi jalan tapi tak rasa nak beli
Tak rasa nak rasa...

Ada call Adah tanyakan kat Tawau ada tak...katanya sedang musim sekarang...Tapi Adah kata dia tak perasan pun buah ni.

Saya suruh Adah cari & makan la sebab kat semananjung payah nak jumpa..Tapi Adah kata dia akan beli kalau saya pi sana.Sebab Adah & suaminya bukan jenis yang mudah menerima sebarang makanan.Lain la saya ni...batu & kayu pun kalau boleh makan saya makan....hihihi


Tapi seminggu dua yang  lepas  tertengok kat Tik Tok stok buah tarap ni baru sampai & tengah live.
Hati meronta nak beli tapi tak reti nak beli kat TT๐Ÿ™ˆ

Akhirnya anak jantan sorang tu dapat cari dan belikan sebiji untuk saya.
Boleh tahan juga harganya RM30/kg.
Yang anak jantan saya beli ni harganya RM50.
Tapi padan la kan...buah bawa terbang dari Borneo kot...
Tak tau la kat Malaya ni ada orang tanam  ke tak...
Saya tak pernah jumpa orang jual tapi seingat saya arwah ayah saya pernah tanam pokok tarap..
Cuma kami tak panggil tarap sebaliknya panggil terap...pokok terap...Daun dan pokoknya seakan daun pokok buah sukun.
Cuma pokok yang arwah ayah tanam tu turut menjadi arwah sebelum sempat berbuah.
Kalau ikutkan pun ada ja nama tempat kat Kedah...Salah satu daerah kat Kedah....Padang Terap...
Mungkin juga sempena nama pokok terap ni...


 
Putih mulus ulasa ulas comel buah tarap ni..


Ada saya sharekan video kat SEROJA PUTIH


Untuk video  MAKAN BUAH TARAP  ni  boleh klick :
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
https://youtube.com/shorts/-Dp3-hCuFe0?si=QwfEJDRiVhUtSLTF



Monday, 5 May 2025

BUAT MAKAN-MAKAN CUTI HARI PEKERJA

 1 Mei 2025 Khamis..cuti Hari Pekerja..memenuhi permintaan kawan-kawan Cella untuk makan-makan.Walaupun Syawal dah habis..kita penuhi juga permintaan depa..Tak jamuan raya,kita buat la sikit makan-makan Hari Pekerja...



Takda la masak apa sangat..

Hanya masak:
NASI BIRYANI
AYAM MASAK MERAH
KARI DAGING
ACAR JELANTAH
PAPADOM

LAKSA KUAH LEMAK UTARA

ANEKA KEK LAPIS SARAWAK

JELI RASBERRY
BUAH OREN & ANGGUR 
MINUMAN GRANEDINE

Masak sekuali besar Ayam Masak Merah..70 pcs ++ Ulang - ulang topup biar depa makan puas-puas.

Masak juga Nasi Impit

Laksa..Asalnya rebus 3 paket rasa macam dah banyak...Sudahnya petang kena rebus lagi...kira sedap la tu kan๐Ÿคฃ


Kari Daging + Kentang.
Masak 3kg daging + 2kg kentang



Kuah Laksa Lemak Utara


Nasi Biryani.. Masak dalam Noxxa tu boleh muat 2kg beras.Masak jugak la 2round

Rasberry Jelly


Condiment untuk laksa


Buah oren

Minuman Granedine
Cuaca panas memang laku keras.
Ulang ulang topup entah berapa kali.Habis juga la 2 beg ais๐Ÿคญ


Papadom
Mamadom tak da๐Ÿคฃ

Rebus telur 15 biji sahaja...
Awal habis...kita rebus lagi
Nasib baik rebus guna rice cooker alas tisu dapur yg dibasahkan memang cepat dan sangat praktikel..
10 minit camtu dah masak cantik terus boleh kupas

Kek Lapis Sarawak juga laku keras.Nasib baik kawan anak bujang tu si Haziq ada bawa cheese cake & chocolate cake...Pun sekejapan sahaja licin.

Maklumlah tetamunya student yang memang tinggal kat kolej.Hari cuti pulak..Rezeki depa Allah dah tulis..

Ada saya sharekan video kat SEROJA PUTIH


Untuk video  MAKAN-MAKAN HARI PEKERJA  ni  boleh klick :
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡