Malas ka rajin ka,perut akan tetap minta diisi.Kepala kena ligat fikir nak beli apa atau nak masak apa.
Ok,masak tomyam kuah pekat.Budak-budak tu suka la kalau lauk berkuah.Dapat tomyam sorang semangkuk memang slrupppp la depa.
Saya kurang sikit kalau lauk berkuah jenis sup.Kalau kuah bersantan @ lauk kering-kering ,itu sesuai dengan selera saya.
Untuk anak dara bongsu yang tengah break untuk lunch.Pagi nak breakfast takdan,punya bz mengalah kan PM....hihihihi...Nasib baik jugak la anak-anak sepakat nak pasang wifi sebelum PKP tahun lepas.Depa suruh terminate ASTRO gantikan dengan wifi.Puncanya adalah sejarah tak manis dengan ASTRO.Akhirnya bercerai talak 3 dengan
ISTRI ASTRO.Hihihi..
Lagipun bukan sapa sangat tengok TV kecuali tengok Berita pukul 8 malam & sesekali saya layan 550,703 & 707.
Nasib baik juga termakan pujukan depa.Kalau tidak sampai la ni tak ada wifi & bayangkan sejak PKP yang semuanya kena online.Jenuh jugak la..
Tomyam pekat sorang semangkuk depa layan.Saya rasa macam pernah buat pes tomyam sendiri.Tapi cari dalam oldpost tak jumpa.Taktau la tuan tanah dulu tak post @ keyword saya tak betul.
Tomyam yang saya masak ni guna pes segera sahaja.Tapi tambah bahan lain juga untuk dapat tomyam pekat.
TOMYAM KUAH PEKAT
1 mangkuk isi ayam @ 1 mangkuk campuran seafoods.
2 sudu besar pes tomyam segera.
¼ cawan cili blend (mesti blend halus)
1 mangkuk sayur(carrot,bunga kobis,putik jagung etc)
1 bawang Holland
2 batang serai-ketuk
2 hiris lengkuas-ketuk
1 biji limau nipis
¼ susu cair/santan pekat
Daun limau purut,daun ketumbar ,cili padi,minyak & garam
1. Panaskan anggaran 4 sudu minyak.Tumis serai & lengkuas
2. Masukkan cili blend & masak hingga garing naik minyak.
3. Masukkan pes tomyam & 3 cawan air.Masak hingga mendidih.
4. Tambah isi ikan/ seafoods,daun limau purut dan cili padi ketuk.
5. Bila ayam masak,tambah sayuran & perahan limau nipis
6. Sesuaikan rasa.Tambah susu biar mendidih sekejap sahaja & matikan api.Tabur daun ketumbar.
Telur dadar sorang sebiji
Ok.Ini lauk saya.Ikan selayang lengat.Kemudian goreng garing + bawang putih rangup & cili potong.Nak makan gaul nasi dengan sikit minyak bekas goreng ikan & sikit kicap.Aduh,nikmatnya mengunyaj sambil mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak.Makan nasi gaul minyak bekas goreng ikan adalah kebiasaan jika hanya ada lauk ikan gorang sahaja.Kicap pun jarang ada.Yang wajib ada selain ikan goreng ialah sambal belacan & ulaman yang dipetik keliling rumah.Tiga lauk itu memang tidak boleh tidak.Kalau ada gulai atau sambal ,itu kira bonus la.Ayam & daging sama macam kebanyakan orang lain juga hanya musim raya atau kenduri.
Tapi kadang-kadang ada musim mewah makan ayam hampir setiap hari.Musim ayam kena penyakit "hawar"..Kalau sekor ayam dah kena,alamat yang lain juga jarang terselamat.Macam related pula penyakit hawar ayam dan Covid sekarang.Akan berturut-turut la yang lain.Kadang boleh habis 1 reban ,waima satu kampung juga.Ayam yang terkena penyakit hawar akan bergejala.Antarany, murung,lemah,berak cair & najisnya putih macam kapur ( kan ada perumpamaan macam ayam berak kapur).Dirawat pun macam tak jalan.Kadang ayam tu jalan pun terhoyong hayang sampai terlanggar pokok,terjatuh dalam parit bagai.Biasanya akan berakhir dengan ayam mati bergelimpangan.Bangkai ayam yang terkena penyakit hawar ni kena tanam jauh-jauh. Nak tak nak bila nampak ayam dah kemurungan melampau,tuanpunya ayam akan sembelih & jadikan lauk saja la.Itulah nikmat bagi kami dapat makan ayam tanpa dicatu...hihihihi..Agaknya itulah yang dikatakan dalam musibah ada hikmah.
Kadang sampai pupus ayam kampung.Bila keadaan penyakit dah reda,orang kampung akan beli semula benih anak ayam yang dijual dipekan sehari @ dapatkan induk ayam & ayam jantan dari saudara mara lain untuk dibiakkan semula.