Lauk bermusim ni.Setiap tahun,kalau musim durian dengan tempoyaknya...petai dengan jeruk petainya.Musim cempedak juga istimewa dengan lauk jeruk madai goreng ni.
Tengah menaip ni pun ngences...! Kata orang Jerman la...hihihi
Tapi ni lauk beberapa hari lepas.Masa bebudak tu makan ketam nipah tu,saya pulun jeruk mandai ni sorang-sorang..Berpeluh mengahabiskan sepinggan nasi...hihihi
Kulit buat jeruk.Setiap tahun,musim cempedak,ni la dianya pembuka selera.Ni 1 balang ni hasil sebiji kulit .Saya buat rendam dalam air garam.Hanya itu sahaja bahan..Kulit cempedak kupas buang durinya.Potong agak-agak selebar tapak tangan.Basuh & sumbat dalam balang.Tuang air masak agak-agak tenggelam kulit cempedak & masukkan garam.Dulu saya bancuh dulu air garamnya.Sekarang saya masukkan dulu kulit cempedak,isi air & tabur dalam 2 sudu besar garam kat permuakaan.Tutup..Nanti garam larut dia akan turun ke bawah.Dah nama jeruk,kena la peram dulu.Biar dalam seminggu baru rasa jeruknya..Ada orang buat jeruk mandai ni tak pakai air.Hanya tabur garam kasar & peram.
Tak pernah try lagi buat tanpa air tu.
Setelah lebih seminggu dijeruk.Ambil dala 2,3 keping perah airnya hingga kering & hiris.Saya suka siat nipis supaya bila goreng jadi garing.
Panaskan minyak macam nak goreng ikan.Goreng dulu ikan bilis,ketepikan.Goreng pula mandai hingga garing.Tambah bawang hiris & cili potong.Pastu masukkan semula bilis goreng tadi.Gaul rata...Siap la lauk untuk taste booster ..hihihi..
Ok nak sambung kerja..Sejuk,cuaca pun dah tiga hari ni memang mendung berselang hujan sahaja.
Tu suasana tengah Bandaraya KL pukul 7 pagi tadi.Langit mendung..Jalan pun masih lengang walaupun dah banyak sektor dibuka,untuk yang dah lengkap 2 dose.
Plan nak cuci kereta pun belum terlaksana lagi.Kesian kereta tu dah ngalahkan kereta kat Arab...🤣🤣🤣
Saya biasa buat tanpa air. Pernah juga buat dengan air. Tapi lebih suka tanpa air, sebab itu ilmu memandai pertama kali saya dapat hihihii.
ReplyDeleteNanti boleh cuba...
DeletePernah tengok kat Bukit Tinggi dorang guna kulit nangka juga..
Tak pernah buat atau makan mandai ni
ReplyDeleteBiasanya kulit cempedak buang aje
Lembu suka kulit cempedak wak..
DeleteBoleh bagi kat anak lembu wak Cobik & Biden
SA x pernah buat dan x perna makan..nampak sedap tu...rasa nak try plak..hehhehe
ReplyDeleteKalau tekak saya memang kata sedap la ..Rasa mac daging asin pun ada la juga..hihihi
DeleteAkk pun baru buat mandai .. kiriman cempedak dari kampung hasil keringar Almarhum emak & ayah.. dapat 2 balang besar.. Pernah buat guna kulit nangka tp x sedap.. x pandai buat.. Mcm2 jeruk ada.. limau kasturi.. lemon.. setoi.. belimbing buluh.. Dok mereka lepaih ni masak apa..
ReplyDeleteNak ikut resepi mak Cella nii.. 💕
Rasa macam pernah tengok ad blog share. Ke blog akak entah. Ada orang share baru tahu. Tak membazir macam ni isi dan kulit boleh makan.
ReplyDeleteRamai orang share..
DeleteDalam blog ni pun ada dlam oldpost..hihihi
Dulu masa kanak-kanak arwah tok tiri orang belah laut ajar jeruk kulit cempedak,depa memang kreatif menggunakan sumber makanan yang terhad.Tidak akan dibazirkan...
Mak saya tak pernah buat.Tapi semalam dia post pic kat family group..mak buat jeruk mandai ni...hihihi
Ooooo...kulit nangka tak sedap ye...saya belum pernah cuba..
ReplyDeleteLimau kasturi ngan lemon tu sedap buat acar..
Boleh taip namakucella-acar ikan talang
Cara & bahan sama ja kecuali ikan talang ganti dengan jeruk limau @,lemon..ish kecur pulak