Panjang tajuk dia...
Selalu makanan yang dalam tajuk entri tu banyak ditemui di rumah Sariyusa.... Tapi pelik pulak hari ni kat rumah dia sarapan western ..Rumah saya pula berbau kari...hihihi
Minum pulak chai
Cella makan tosei ,kuah dal,kambing & kuah kacang apa entah satu lagi tu..Kurang kick sebab tiada cutney kelapa.Maklumlah sarapan ni ala mamak tapi belinya bukan kat mamak.Beli kat restoran apa dah lupa namanya.Makanan ala mamak restoran.Pernah sekali dulu makan kat situ,nasi lemak dia sedap sungguh.Masa tu Adah siap makan nasi lemak,tosei & order lagi mee goreng....bukan papan kayu ditarah....bukan makan...tak mau sambung sebab bunyi dia tak senonoh..hihihi
Buah pelaga...
Halia...
Bunga cengkih...
Bunga lawang...
Lada hitam..
Lada putih...
Rebus semua tu bersama serbuk teh.Tambah gula perang & susu.Saya hanya guna susu pekat & skip gula perang sebab susu dah manis.Patutnya guna susu kerbau baru sedap lemak berkrim.Kalau guna susu kerbau,bila susu kerbau dah suam,akan jadi satu lapisan selaput krim susu atas permukaan cawan..Minuman susu kerbau/ susu lembu panas tu diajar minum sepupu saya sikit masa dulu...Sedap rupanya..
Wow! Meriah sarapan ala mamak pagi td.. megi goreng je xde.. haha
ReplyDeleteHihihihi...
DeleteSini belum boleh dine in..
Tosei dan pindah tempat dari Johor ke KL pulak. Aroma kari itu akan bertebaran ke segenap penjuru alam hihihiii.
ReplyDeleteTu la..Bau kari tu melekat kat tangan...Sabun pun dok melekat bau lagi...hihihi
DeleteIni betul2 dah buka kedai mamak dalam rumah.. eh eh... adah, banyaknya makan.. mesti sedap teruk restoran tu.
ReplyDeleteAh, rasa rugi pulak tak makan tosei hari tu