Friday, 13 August 2021

MEE TELUR vs CARA REBUS TELUR GUNA RICE COOKER

Salam Jumaat penghulu segala hari...


Balik dari hantar Adah cadang nak singgah pasar cari ulam & sarapan,tapi masa pusing tu nampak ramai pula orang.Malas nak bersesak,balik rumah masak mee...Hihihi

Dengan telur  itik rebus.
Yang putih tu telur itik.Yang coklat tu pastinya telur ayam.Tapi kalau guna telur ayam omega,kuning telurnya cantik macam telur itik.Saya suka.makan mee,mihun atau nasi goreng dengan telur rebus.Kalau dapat telur itik lagi la suka.Telur itik lagi sedap berlemak.Saya & Cella berkongsi citarasa suka telur itik rebus.Adah bagi telur rebus ke,telur goreng ke,dia hanya makan putih sahaja.Anak bujang tu pula selalunya jadi tukang perabis telur kuning tu la..hihihi

MEE TELUR  vs TELUR ITIK  REBUS

2 bungkus mee telur-6 keping
(hari ni guna 4 keping shj)
1 keping dada ayam
(hiris & gaul sikit garam)
1 sudu cili blend
1 sudu bawang blend.
1 kiub ikan bilis
1pokok daun bawang
1 batang carrot - hiris halus
1 cili merah
Kicap  lemak manis
3 sudu minyak

1. Jerang seperiuk air hingga mendidih 

2. Panaskan minyak. Tumis isi ayam hingga masak.

3. Tambah bawang blend & cili blend & masak  hingga naik minyak.Masukkan juga kiub bilis

4. Sementara itu,celur mee & bila mula lerai,terus cedok & terus masukkan dalam tumisan.Tak perlu tapis.

5. Gaul rata sambil renjis kicap.

6. Tambah daun bawang & gaul rata.Sesuaikan rasa.

Hari ni masak mee telur lagi.Suka pula mee ni sebab lebih kenyal & urat dia panjang.Hari ni masak 4 keping sahaja.1 pack tu ada 3 keping.Tambah lagi sekeping  baki yang dah goreng sebelum ni.


Jerang air dulu sebelum menumis.Sambil menumis sempat la air mendidih.Mee ni cepat sahaja lerai dalam air panas.Kalau suka mee panjang-panjang celur sekeping2 tanpa patahkan.Kalau suka mee pendek-pendek ,patahkan la dulu sebelum celur.Saya suka terus celur tanpa patahkan.

Bila mee mula lerai,terus sepit & masukkan dalam kuali tumisan.Tak perlu tapis lagi senang nak gaul ketika mee masih basah

Kacau gaul rata sambil renjis kicap.Kalau taknak mee putus-putus,janganlah ditekan mata sudip tu pada mee.


In sha Allah mee elok tak putus

Siap untuk dihidangkan panas-panas


Makan bersama telur itik rebus & teh panas


Ni pagi tadi untuk anak dara bongsu tu makan sebelum pergi vaksin.
Mulutnya muncong boleh sangkut baldi.Sebabnya saya suruh pergi awal.Appointment dia pukul 5.00 tapi petang ni  saya ada online workshop.Hangin dia kena pi awai..🤣

Ni pun tengah mengantuk berbengkel,update blog sat...hihihi
Dah off camera dah...hahaha

Bekal

Nak tunjuk cara saya rebus telur.Dulu saya fobia nak rebus telur sebab selalu hangus..hahaha rebus telur pun hangus..

Lepas dah cuci telur..

Basahkan dalam 2 helai tisu dapur..Tisu muka pun boleh..dalam 5 helai.Tapi saya suka guna tisu dapur..
Kalau wet tissu tak sesesuai kot sbb meterial dia lain.

Letak telur atas tisu basah tu.Tutuplah rice cooker tu macam kita tanak nasi


On plug & tekan button cook


Bila button tu dah naik warm boleh off kan plug & biar bertutup dalam 5 minit jangan buka.Pastu In sha Allah telur tu masak penuh elok.
Kalau terlupa nak off plug pun tak lah risau.Tapi jangan la lupa terus takut jahanam pula rice cooker tu.Macam tanak nasi juga la...tak la kita lupa selamanya kan..hihihi

Hasilnya memang telur elok masak,tak pecah & periuk pun tak jadi gegelang hitam 

In sha Allah untuk nak rebus dalam 10 biji pun masih releven.Kalau banyak tak tau la tak pernah try..
Tips ni pun bukan dari idea saya sejak lahir🤭.
Saya pernah terbaca kat mana ntah beberapa tahun yang lepas & sampai hari ni saya gunakan cara ini.Terima kasih kepada tuan badan yang pernah share & semoga pahala berterusan mengalir kepada yang berkongsi itu..


9 comments:

  1. Menarik pula cara rebus dalam rce cooker. Tak terfikir ada cara begini. Tq for sharing ya Mama Cella.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah makan telur itik rebus. Kalau telur itik masin tu memang pernah la. Teringat arwah mak mertua suka goreng mee kering yang macam ni, mee telur eh namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka telir itik..sedap..
      Kalau kat Kedah sana biasanya guna mee sanggoi namanya...Acer rujuk PI tengok apa katanya...hihihi

      Delete
  3. Anak2 sy pn suka mee tu diorg kata mee sedap..hehehe.. tq share cara rebus telor guna rice cooker tu kak.. br tau cara ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak lebih suka mee dari mihun kan...
      Cuba la Mim,kalau rwbus cara ni lebih berkesan boleh teruskan.Jika tidak ....back to normal😁

      Delete
  4. Wah.. dpt lg input yg rare.. tak pernah rebus telur mcm ni.. telur rebus mmg laku kat rmh ni.. tq so much mak cella.. 😀

    ReplyDelete