Terj3bak juga...hihihi
Rakan-rakanaya boleh menonton perkongsian video di channel youtube : (Seroja Putih) https://youtube.com/@seroja-ec8bc?si=chaLO0VjAJ6Iy5OE. 💕
Sunday, 15 February 2026
Saturday, 14 February 2026
MAKAN-MAKAN JUMAAT TERAKHIR SEBELUM PUASA
Kat mana-mana pun biasanya kalau hari Jumaat akan melimpah rezeki.Ramai yang akan berkongsi rezeki kan..
Kami pun semalam sempena Jumaat terakhir bulan Sya'ban...tour menuju Ramadhan....pakat-pakat buat makan-makan.Plan tergwmpar jer pun..
Asalnya sesaja nak meraikan Bayu yang baru habis puasa ganti pada hari Khamis. Sebagai sokongan la sebab jarang kita dengar lelaki puasa ganti kan....Kata Bayu dia puasa ganti 6 hari sebab masa puasa tahun lepas dia wardedd.Bagusnya. Bayu ni walau dia puasa ganti 6 hari tapi tetap sediakan teh panas untuk kami setiap pagi tanpa gagal.Event ada 2 hari tu masalah air terputus,dia tetap bancuh darinrumah dan bawa dalam termos.Sebab tu bila dia habis puasa,ramai pakat sokong nak sambut "raya" untuk Bayu.
Bayu janji nak masak kari kambing.Asalnya nak makan dengan nasi impit je.Tapi sudahnya Manan masak nasi beriayani dan nasi putih...ASP masak ay merah dengan Ta..Saya just gorwng papadom & acar jelarah timun dan nanas Bila pagi Jumaat leaps baca yassin,tengok tengok kat pantry....berderet makanan
Bergambar tepi tingkap yang terbuka luas berlatarkan pokok kelapa macam kat kampung je kan....Dapat kurma ajwa daripada Anas sorang sebekas..
an.Saya plan dekat nak raya nanti nak deco tepi tingkap ni ala ala raya tahun 80-an..
Sunday, 8 February 2026
PETIK KANGKUNG DI KEBUN LALU BERYONG TAUFU
Tuesday, 27 January 2026
TERINGIN PULUT CEMPEDAK
Teringin nak makan Pulut Cempedak...walaupun sekarang musim durian...hihihi
Sangat menggamit nostalgia
Wednesday, 21 January 2026
SARAPAN @ ABANG STRAWBERRY DUA HARI BERTURUT-TURUT
Sarapan kami 8 beranak...
Wednesday, 14 January 2026
CAMERON HIGLAND PENUTUP 2025: DAY 1
Budak tecik ni tak nak balik...dapat pegang streng buggy sambil nyanyk "Wheel on thebus...round & round"...
Banyak ja steamboat kat CH ni....Kami pilih Hijjaz sebab dwkat dengan homestay...lebih lurang 7 minit perjalanan...Selepas makan pusing-pusing kejap terus gerak balik homestay ..Parkir kereta kat homestay & jalan kaki gi Pasar Malam Berinchang...lebih kurang 300m sahaja dari homestay...Pasar Malam Berinchang ni beroperasi Jumaat,Sabtu & Ahad ..Tapi musim cuti sekolah dibuka setiap malam...So,walaupun kami pi Isnin,Selasa Rabu ..pasar malam open...
Friday, 9 January 2026
KENDURIAN @ TEMPAT KERJA
Thursday, 8 January 2026
KAT PENDANG KALAU ORDER MINUMAN PANAS DI KEDAI MESTI DEPA LETAK AIS DALAM PIRING
Balik Kedah cuti Krismas hari tu...Empat hari
Tiga hari berturut-turut kami empat beranak keluar sarapan kat warung kopi .Tapi lain lain warung la..
Asal nak makan roti canai sini...tapi sold out..So pilih pulut kelapa ikan masin & kuih muih sikit..
Pulut nyoq ikan tamban kiat...RM3







































