Friday, 30 September 2022

AL- FATIHAH UNTUK AIMAN KAWAN CELLA

Semalam petang hampir maghrib ,Cella beritahu rakan sekelas @ UniSZA iaitu Aiman baru kemalangan dan kritikal di HKL.
Tengahmalam dapat khabar,rakannya itu telah kembali ke Rahmatullah..


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah Ya Tuhanku..  Ampunilah dia, kasihilah dia.. rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya...

AlFatihah

    

   . بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

 ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱ

لضَّاۤلِّينَ۞امين

Rezeki Cella untuk dapat menziari jenazah kerana semalam bergerak balik dari Kedah ke KL..

Sekarang ketika hampir maghrib ni Cella update Cella masih kat Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah bersama rakan-rakan mengiringi perjalanan terakhir rakan sekelas.Rakan-rakan dari Trengganu juga katanya ramai yang terus bertolak dari Trengganu malam tadi sebaik sahaja mendapat berita dan sempat tiba sebelum jenazah dikebumikan selepas asar tadi.Kalau ikut perancangan awal,lagi 30 hari mereka semua akan sama-sama menaiki pentas graduasi @ UniSZA setelah berjaya menyelesaikan pengjian peringkat diploma pada bulan lepas.

Nampaknya mereka akan kekurangan seorang calon kerana Allah lebih menyayanginya.Perginya di malam Jumaat akibat kemalangan ketika sedang bekerja part time sebaik habis diploma tempoh hari(sepatutnya hari ini hari terakhir ya bekerja kerana akan menyambung pengajian peringkat ijazah dalam masa terdekat)

Perginya di hari malam Jumaat penuh rahmat .Sepanjang hari ini mendung tanpa hujan seakan mengiringi pemergian Aiman,salah seorang  anak soleh bekas pelajar tahfiz.Kata Cella tadi masa jenazah sampai diperkuburan beberapa kumpulan burung terbang seakan membuat formasi sambil mengiring jenazah...entah dari mana datangnya burung yang banyak itu.Mungkin dari persekitaran atau belukar berdekatan...

Wallahu'alam 


REZEKI JUMAAT

Salam Jumaat penuh barokah..



Pagi ni sarapan roti wholemeal bakar disapu mentega dan dua biji telur rebus...Juga secawan kopi O panas.



Baca dalam group whatsApp...Ekin pelawa suruh ambil  cenderahati dan jamah oleh-oleh buahan kering dari Tanah Suci Mekah.. 
Ekin pergi umrah awal bulan baru ni..
Ekin la yang kongsi rezeki LEMPENG DALAM KOTAK ... hari tu.Menarik perkongsian rezeki Ekin masa tu ada lempeng dan sambal serta dessert.

Semua dapat sorang satu naskhah surah yassin dan seutas tasbih biru..
Terima kasih Ekin..
(ala...Ekin bukan baca blog ni..takda sesapa pun rakan-rakan saya yang tau blog ni kecuali norimah dan hasuzana kot..🤭)


Baru je dapat lagi rezeki Jumaat...
Alma datang bagi box ni..Katanya hari ni birthday dia...
Laaaa....tak tau pun,takda la beli apa-apa..
Bukan ke selalunya orang yang bagi hadiah kat birthday boy/girl..ni dah terbalik...hihihi
Jom,buka...

Ada  Hershey's Kisses Chocolate dan sehelai tuala tangan digubah seperti mini bear.Cantik tuala buat macam tu..comel!
Kata-kata pada kad pun menarik dan positif 
"Bersama Menuju Kejayaan"
Kenapa saya sangat lah mengantuk niiii...
Baru pukul 11.30 pagi..tapi mengantuk yang amat...
Tengah mengadap pc ni entah apa-apa yang saya taip penuh typo... rasa nak ja letak kepala atas meja & zzzzzz...!

Thursday, 29 September 2022

SERAWA PISANG KEGEMARAN SAYA

Satu lagi makanan nostalgia saya ....ni haaa


Saya masak serawa pisang..
Asyik masak lawannya asyik makan la jawabnya..hihihi


Saya suka semua jenis serawa.Biasa saya masak serawa pisang,keledek,ubi kayu,ubi keladi,nangka,durian dan sukun..
Kalau jagung,kacang bagai tu tak panggil serawa tapi panggil bubur kan...

Serawa ni ada orang panggil pengat dan ada yang panggil kolak kalau tak silap.

Kalau kat kampung saya,serawa biasanya dimakan bersama pulut.Caranya letak sesenduk pulut kukus atau pulut tanak dalam mangkuk dan siram serawa macam kuah banjir..Makan la..
Kalau bubur kacang pun makan macam tu jugak..+ pulut kuah banjir.
Boleh makan panas-panas atau sejuk.
Kalau dulu-dulu..jangan pelik kalau kami jadikan pulut serawa atau pulut dengan bubur kacang sebagai sarapan pagi...terutama musim hujan..bangun pagi perut minta diisi saja...bukan kira boleh menoreh ke tak..hihihi
Jadi apa yang ada akan dimasak untuk mengalas perut.
Sekarang rasanya dah takda la kot..Kebanyakan kalau tak ada apa sangat  budak-budak la ni lebih suka makan roti kot.

Serawa pisang ni sedap sedap sebab lemak manis.Tapi saya lagi suka kalau makan dengan biskut cream creaker..
Cuma kali ni takdak stok cream creaker...
So..makan serawa pisang saja la sambil minum teh 0 kosong tanpa gula.
Kalau makan serawa pisang atau bubur manis lebih feel gandingkan dengan teh 0 tawar.Kalau gagah buat air manis pun...bukannya terasa kan.. sebab bubur dah manis..Jadi trick sikit lidah kita...Dia bukan tau kita tak boh gula dalam teh 0 tu ..🤣


Saya masak tak banyak pun.Hanya guna 5 biji pisang nipah yang beli tak manis hari tu..hihihi.Isi pisang pun  besar sikit saja daripada ibu jari tangan..

PENGAT PISANG 

6 biji pisang

½ kotak santan 

1keping gula nisan Kelantan

½ sudu teh garam

3 sudu sagu - basuh & rendam 10 minit

1 helai pandan

1. Kupas pisang & potong serong sederhana tebal.

2. Masukkan pisang dalam periuk bersama 3-4 cawan air & masak hingga mendidih.

3. Masukkan sagu & kacau sesekali hingga nampak sagu jernih,baru masukkan gula,garam dan pandan.

4. Tambah santan dan kacau sesekali hingga mendidih.Kecilkan api supaya mendidih perlahan & santan tidak pecah.Sesuaikan rasa


6  biji tu cukuplah dapat 2 mangkuk untuk kami dua beranak...saya dan anak bujang tu...
Tapi akhirnya dia tak makan...saya yang selesaikan🤣


CEKODOK UBI KAYU REBUS NOSTALGIA YANA

Hari ni nak share salah satu makanan nostalgia.Tapi bukan nostalgia saya.Sebaliknya tu haaa...seperti tajuknya..


Cekodok Ubi Kayu Rebus.Kisahnya bermula...


Bila Ita bagi seketul ubi kayu yang besar kepada saya..Saya rebus.
Alhamdulillah empuk walaupun ubinya besar dan nampak dah tua.Tapi saya rasa macam ada pahit-pahit sikit la.Ita dah pesan ubi ni sesuai parut masak kuih saja.Kalau rebus takut tak sedap sebab ada sikit rasa pahit.Saya ajak Yana makan bersama tapi dalam masa sama saya bagitau ubi ni sikit pahit..Yana makan dengan penuh nikmat.Katanya dah lama dia tak makan ubi kayu rebus.

Walau dah makan tapi bakinya masih ada.Saya taknak bawa balik sebab dah tau takda sapa nak makan sebab anak bujang tu kalau takda sambal tumis dia tak makannya ubi rebus cicah gula dan kelapa ni.Nak buat sambal saya malas..hihihi.
Kata Yana....kalau dulu emaknya akan buat cekodok ubi rebus ni.Ini antara makanan yang menjadi kenangan Yana ketika berkumpul di rumahnya..
Wah,macam menarik,Saya pun tanya resipi.Yana tak la bagi resipi detail..Sekadar menyebut...
-Lenyek ubi
-Tambah telur,garam dan gula.
- Tambah tepung gandum dan gaul rata 
- Sudukan dan goreng la..
"Sedap kak..." kata Yana dengan mata berkaca..

Yana merupakan student ipta yang sedang menjalani ujian amali di tempat saya.




Saya hanya buat berdasarkan cakap mulut yang dikongsikan Yana..
Tiada sukatan pun.Cuma saya guna gula perang sebab saya memang guna gula perang untuk bancuh air atau masak.Gula putih dah lama tak beli.

Ni la rupa bila semua dah bercampur rata..

Dah siap goreng.

Ada macam rupa cekodok pisang kan...

Pada saya rasa cekodok ni ala-ala macam getuk la juga tapi versi lebih lembut.

Berbalik kaitan kuih ni dengan Yana...
Berbual dengan Yana,saya mengambil kesempatan bertanya negeri asal dan keluarganya...
Kata Yana ibunya baru berumur 44 tahun..Oh,masih muda. Yana juga baru 21 tahun,pangkat anak dengan saya tapi kalau ditempat kerja tak boleh la nak panggil saya 
"makcik" kan..hihihi.
Tapi kata Yana mak dan ayahnya sudah bercerai..
Owh.....!!!!
Mereka dibesarkan oleh emaknya ibu tunggal.
Mak dia pula baru meninggal tahun lepas..
Allahu....
Innalillah....
Saya semakin ingin tahu..
Kata Yana dia hanya dua beradik....Yana anak sulong.Adiknya lelaki sebaya umur dengannya..
Sebaya,kembarkah?
Bukan..kata Yana dia lahir awal tahun manakala adiknya lahir hujung tahun dalam tahun yang sama..
Habis sekarang Yana tinggal dengan siapa?
Menurut Yana mereka memang tinggal berdua beradik..kalau masa belajar tinggal kat kolej kediaman la..

Siapa yang menanggung mereka?
Kata Yana adiknya yang menanggung makan minum dan segala perbelanjaan pengajiannya.Adiknya yang berumur 21 tahun itulah satu-satunya dahan tempat bergantung kerana Yana berketurunan Orang Asli dan dikampungnya di kampungnya hanya beberapa keluarga beragama Islam termasuk Yana..
Adiknya bekerja sebagai penarik kayu balak.Katanya,adiknya memilih kerja menarik kayu balak kerana hanya itu boleh memberi pendapatan yang agak lebih bagi menyara mereka dua beradik.
Saya  bukan menonton  drama/telefilem,tapi saya sedang mendengar realiti kehidupan yang sedang dilalui seorang gadis bernama Yana....yang umurnya hanya setahun senior dari anak bongsu saya...

Allahu...😭
Lebih setengah jam berbual dengan Yana...banyak yang menjentik hati saya....
Cekodok ini pastinya sangat mengusik hati Yana...

Jika kita rasa ujian untuk kita besar....pernahkah kita tahu ujian orang lain?Pasti lagi banyak ceritera tentang Yana yang saya belum tahu..
Jika ada kesempatan ingin saya berbual lagi dengan Yana.

Ya Allah...Mudahkanlah urusan Yana dan adiknya.Kurniakanlah limpah rahmatmu kepada mereka berdua dan kami semua..🤲

Saya berkongsi sebahagian cerita ini ..tiada niat yang tidak baik,melainkan sebagai renungan untuk diri saya dan juga untuk kita semua..


Wednesday, 28 September 2022

SUP DAGING +UBI KELEDEK YANG SEDAP

Untuk makanan nostalgia saya kali ni...


Saya masak Sup Daging +Ubi Keledek.
Dulu zaman kanak-kanak hingga remaja,kami jarang makan kentang.Kedai kat kampung tiada yang jual kentang.Kat pekan nat pun jarang jumpa kentang.
Kalau masak sup atau kari, tidak kira untuk juadah sendiri atau kenduri kendara...ubi keledek itulah "kentang" kami.Agaknya sebab tu omputih panggil sweet potato...🤭🤣
Kalau kari ayam + keledek...kari daging +keledek..kari ikan + keledek adalah lauk kebiasaan waktu kenduri kesyukuran dan juga kenduri kahwin.

Sup Daging + Ubi Keledek.
Daging segar pemberian Pakcik masa balik kampung dua minggu lepas.Asal balik kampung,Pakcik pasti akan beli sekilo dua daging lembu segar atau daging kerbau untuk kami bawa balik KL..
Kali ni dapat 2kg🤭
Achik dah beli sekilo..Pakcik tambah lagi sekilo..Sikit saya dah masak kicap kat sana dan bakinya bawa balik KL..

Seketul daging saya dah jadikan sup + ubi keledek.Saya masak tak banyak sebab makan dua beranak saja dengan anak bujang tu..

SUP DAGING + UBI KELEDEK
¼kg daging- hiris
1 ketul.keledek oren
1 sudu rempah soto
( boleh ganti serbuk rempah sup)
1 bawang Holland
5 bawang putih
1 ketul halia
5 cili padi
daun bawang+ daun sup dan limau nipis
sikit minyak

1. Panaskan minyak dan tumis daging hingga berubah warna.

2. Masukkan air anggaran 4 cawan dan renih bersama bawang holland,bawang putih dan halia hingga daging empuk.Masukkan rempah soto/rempah sup.

3. Tambah keledek dan terus masak hingga keledek empuk.Masukkan juga cili padi ketuk

4. Perisakan dengan  garam dan dan perahan jus limau nipis.

5. Sesuaikan rasa


Sup daging + Ubi Keledek adalah masakan yang biasa dimasak orang kampung saya dan beberapa kampung sekitar terutama ketika Raya Qurban.Ada sup jenis tumis dan ada yang menyediakan sup versi rebus bersama hirisan bawang,serai,lengkus dan halia sahaja tanpa rempahan lain dan tanpa tumis.Sup jenis rebus tanpa tumis itu biasanya dihidangkan dengan air asam kerisik atau air asam tomato.Daging lembu segar bersama tulang lembu dimasak bersama ubi keledek untuk memberi rasa kuah yang sedikit manis dan berperisa tanpa menggunakan serbuk perasa.Biasanya keledek oren digunakan.Saya tak pasti kenapa keledek oren menjadi pilihan sama ada kemanisannya atau warnanya yang menarik.Yang pasti menghirup sup daging dan makan keledek tu sudah cukup mengenyangkan..


Tuesday, 27 September 2022

BUAT KUIH TEPUNG BUNGKUS

 Kembali lagi dengan tema makanan nostalgia....Nostalgia bagi diri saya la...hihihi

Saya masak Kuih Tepung Bungkus...
Kuih yang dulu mak selalu masak setiap kali tiba bulan puasa atau setiap kali mak tumbuk beras buat tepung.
Mak saya masak kuih tak pernah sukat,sebaliknya hanya berpandukan "rasa" pada tangan ketika membancuh atau mengadun.Emak saya juga dulu dia tak suka saya kacai kalau mak tengah buat kuih atau masak.Tapi kerana minat saya akan curi-curi tengok dan biasanya kalau mak takda kat rumah saya akn curi-curi buat kuih.Kalau tak menjadi ,saya buang senyap-senyap dalam hutan lalang belakang rumah.Peralatan saya cuci dan simpan tanpa meninggalkan kesan...Macam la mak tak tahu tengok bahan kat dapur dah berkurangan,,,hihihi.Namun  ketika tingkatan dua,musim tanam padi jatuhnya dalam bulan puasa.Saya tak ingat bulan berapa tapi saya belum duduk asrama.Dah nak hujung tahun masa tingkatan dua baru saya duduk asrama hingglah uppersix. Masa tu mak ambil upah menanam padi sepanjang bulan puasa untuk cari duit raya.Awal pagi lepas sahur mak dan beberapa orang kampung akan berkumpul naik lori untuk ke tempat  mengambil upah tanam padi tu..Saya  pun tak tahu dimana.Hampir waktu berbuka puasa baru lori hantar pekerja tu sampai ke kampung. Seronoknya selama sebulan penuh mak bagi kepercayaan kepada saya untuk masak juadah berbuka.Bukan tak pernah massak,malah sejak sekolah rendah mak dah tugaskan tanak nasi dan masak lauk yang mudah seperti ikan goreng dan sayur tumis.Cuma bab kuih muih belum lah lagi.Sebelum bulan puasa mak dah siap tumbuk beras biasa dan beras pulut jadikan  stok tepung.Begitu juga dengan kelapa.
Setiap hari balik dari sekolah,walau penat jauh berbasikal tapi kerana minat memasak,saya happy melakukannya.Setiap hari mak dah tetapkan hanya buat dua jenis kuih.Pepandai saya la nak buat kuih apa.Antara kuih yang saya buat...pastilah tepung bungkus ni.Selain tu,kuih lompang,tepung talam,lepat pisang,lepat ubi,ketayap,buah melaka,apam betawi,lepat liat,kuih kacang sepat,agar-agar  dan beberapa kuih lagi. Kadang buat tepung talam kepalanya hanyut tu perkara biasa..hihihi..buat agar-agar lembik sampai kena cedok dengan sudu pun biasa...Saya juga dulu buat kuih terikut dengan mak ..tak sukat.Tapi sejak wujud blog ni...saya masak bersukat untuk dijadikan rujukan dan panduan.Semoga menjadi ilmu yang  bermanfaat.


Sudah lama tidak buat kuih kegemaran TTK ni..



Huh..hampir tak selera nak makan kuih ni pada mulanya...

Bila hati dah lega...berketul-ketul la kuih tepung bungkus ni masuk perut.
Masa tu baru betul-betul TTK pula meraung tak dapat makan  homemade kuih kegemarannya ni..hihihi

Saya edit saha resipi dari old post:

CARA BUAT KUIH TEPUNG BUNGKUS

Inti Kelapa:

 3 cawan kelapa parut

1/2 cawan gula merah( boleh ganti gula Melaka)

3 sudu  gula pasir

1sudu kecik garam

1/2 cawan air

2 daun pandan

2 sudu tepung gandum

i. Masak gula pasir,gula kelantan,garam,daun pandan & 1/2 cawan air hingga mendidih & agak pekat..

ii. Masukkan kelapa parut putih & gaul rata....

 iii. Kacau hingga agak kering..

iv. Taburkan sesudu tepung gandum & kacau rata..

v .Tambah lagi sesudu tepung gandum & kacau hingga tidak melekat pada kuali..

 

**** Ditabur tepung gandum supaya senang nak bentukkan inti & supaya rasa inti seperti dibuat dari kelapa yang tidak terklalu tua..

Inti yang sedap sepatutnya dibuat daripada kelapa yang kulitnya sabutnya masih basah & bukannya kelapa masak yang sabutnya sudah coklat dan kering...barulah hasilnya sedap..Tapi itu kalau kat kalau beli susah la nak dapat kelapa begitu.Sebab tu kena letak tepung supaya  intinya tidak lah nanti rasa berhampas bila dikunyah..

 

 

2. BEBOLA TEPUNG PULUT BERISI INTI KELAPA:

1 cawan tepung pulut putih

2 sudu tepung pulut hitam

 

i. Kalau nak buat anggaran 20 bebola gunakan 1 cawan tepung pulut dibancuh dengan sikit air & agak-agak la ,,uli hingga jadi nacam play dough....macam nak buat Buah Melaka tu...Kalau ada tepung pulut hitam campurkan je dalam 2 sudu,,nanti tepung tu jadi la colour purple...Kalau tiada boleh ganti pewarna hijau pandan agar bobola ni jadi hijau.

20 bebola tu = 10 biji Kuih Tepung Bungkus sebab sebungkus kuih menggunakan 2 biji bebola yang berinti

ii.  Bulat- bulatkan inti sebesar guli & balut dengan tepung pulut yang macam play dough tadi..

iii. Buat hingga habis....Pandai-pandai la agak sebab setiap kuih memerlukan 2 bebola berinti kelapa..

 

3. BAHAGIAN PUTIH LEMAK

1 cawan tepung beras

3 ½ cawan santan .Jika suka lagi lembut guna 4 cawan santan)

½ sudu teh garam

i.  Gunakan 1 cawan tepung beras dicampur bersama anggaran 3 1/2 cawan santan pekat & 1/2 camt garam...Kacau hingga tidak bergentel...

ii. Kacau atas api perlahan hingga mula pekat & nampak meletup-letup macam lumpur gunung berapi yang meletup-letup panas tu...

iii. Angkat dari dapur dan  masukkan bebola yang dah berisi inti kelapa..

 

4. BUNGKUS & KUKUS

i. Sebaiknya daun2 pisang bi sediakan awal2..Kalau daun fresh ,,layur sekejap atas api hingga nampak berminyak supaya tidak koyak..Koyakkan anggaran selebar tapak tangan orang dewasa..agak-agakla berapa helai nak guna.

 ii. Bebola yang berisi inti siap sedia untuk digunakan..

iii. Bentang kan sekeping daun pisang & cedukkan 2 biji bebela berinti kelapa yang berslut dadih tepung lemak masin.

** Tak perlu nak adjust2 bebola tu sebab bila bungkus bebola tu akan sendirinya  cantik terletak..

iv , Bungkus semuanya hingga selesai

v. Susun atas pengukus...

vi. Kukus anggaran 15-20 minit & biar sejuk sebelum makan...

Sambil menjerang air untuk sarapan pagi,saya buatkan inti kelapa ni


Oleh kerana saya nak buat dalam 8pcs kuih tepung bungkus,maka lebihan inti ni masih banyak.Kita simpan untuk next kuih..hihihihi


Saya buat memang plan nak buat sikit sahaja kerana hanya tinggal dua beranak dengan anak bujang tu saja.Dia bukan suka kuih lembik-lembik macam ni..hihihi
Kalau ada TTK..memang kena buat lebih...hihihi


Saya gentel 16 biji inti sebab memang nak buat 8 biji kuih sahaja.Daun pisang pun saya beli sehelai  kecil ( 70 sen) .Tu pun banyak yang koyak-koyak dah ..



Untuk 8 bungkus...saya gentel 16 biji bebola tepung pulut berisi inti ni kerana setiap kuih nak guna 2 biji.Siap gentel...saya sediakan pula dadih lemak masin...



Kena kacau biar betul-betul masak supaya nanti kuih lekang elok tak melakat pada  daun pisang..



Beginilah lebih kurang tekstur dadih lemak yang dah masak ni..



Campakkan bebola dalam dadih lemak masin ni...supaya senang nak salut.


Cedok dua biji bebola bersalut tepung lemak masin tu dan bungkuslah seperti lepat.
Buat hingga habis..


Susun dalam kukusan


Kukusan hendaklah dididihkan dulu airnya ..
Saya hanya guna kuali..Ikut cara mak saya masak dulu-dulu...


Penutup kuali ni dah tua usinaya....periuknya dan kukusannya sudah wassalamu..Tapi penutupnya masih berbakti.Maka abaikan lah rupanya yang dah tak semenggah...hihihi



Dah kukus 15 minit....jom buka penutup...
Semerbak harum daun pisang..



Tidak perlu kukus terlalu lama kerana adunan lemak masin dah masak.Cuma kita nak bagi bebola tepung pulut tu saja masak.


Seeloknya biar betul-betul sejuk dulu baru kuih lekang elok dari daun pisang dan rupa kuih cantik bila dibuka.Tapi berapa ramai yang boleh sabar?
Saya memang bukan penyabar orangnya.Kuih masak ja terus nak buka..hihihi


Jemput makan..



Menikmati Kuih Tepung Bungkus yang cukup nostalgia bagi saya..
Bukan saha kuih ni,tapi apa juga kuih yang guna daun pisang.Bau daun pisang tu auto tersa bau kampung halaman..


Monday, 26 September 2022

PISANG GORENG TAWAR CICAH SAMBAL KICAP

 

Buat pisang goreng...
Makan dengan sambal kicap.

Sebab kopi dah habis belum restok...buat teh O saja untuk temankan pisang goreng tu.

Pisang yang beli hari Sabtu.Masa beli hari Sabtu belum masak sangat.masih hijau dan sukit kuning.Saya ambil 5 biji buat pisang rebus cicah kelapa +garam dan gula.

Ni dah masak kuning..saya guna 4 bini buat pisang goreng.Buat 4 biji sahaja untuk makan sorang.Belah 2 dapat la 8 keping.



Pisang Goreng Rangup ni  serdak dia dah elok rangup..
Saya guna campuran
- tepung gandum cap rose + tepung beras sama banyak.

-Tambah sikit garam dan
 2 titis pewarna kuning serta secubit garam.

- Bancuh dengan sikit air kapur dan air biasa.Bancuhan hendaklah cair untuk dapatkan serdaknya.

Rasadah cukup sedap dah serdak tu ...
Sayangnya pisang ni walau dah masak tapi tawar dan  tak manis..
Sah la pisang ni dituai ketika belum cukup tua..Patut la masa rebus tu isinya hanya sebesar ibu jari kaki..
Nak kata apa kan...
Kadang pekebun terpaksa tuai sebelum cukup tua kerana bimbang dicuri.
Dulu pokok pakcik tanam belakang dapur pernah beberapa kali alami nasib begitu..Pisang nipah macam ni lah..Achik kata Pakchik punya la simpan nak tunggu saya balik baru nak tebang.Sekali beberapa hari sebelum saya balik,bila Pakcik nak tebang pokoknya ..memang tinggal pokok..
Buah dah hilang sama sekali...

Begitu juga nasib kawan mak.Kata mak,kawan mak cakap beberapa hari sebelum tu dia nampak ada seorang lelaki mencurigakan sedang meninjau pokok pisangnya.Bila ditanya,lelaki tersebut memberitahu dia mencari pisang untuk dibeli.Tuan pisang cakap tak nak jual sebab nak buat makan dengan keluarga.Esoknya memang tinggal pokok togel tanpa buah...
Aduhai la...


Sambal kicap dah jadi kemestian kalau makna pisang goreng.
Memang sentiasa ada stok dalam peti ais.Beberapa bulan lalu saya buat sebotol penuh dan hingga kini masih elok tidak rosak walupun baki hanya tinggal ¼ botol lagi
Kunci untuk tahan lama,saya gunakan cuka sebagai perasa dan pengawetnya.
Kerana dah berbulan usianya..sambal kicap makin kental.Saya hanya perlu cedok sesudu dan tambah sesudu kicap lemak manis untuk cairkan sebagai pencicah pisang goreng ni.


Beginilah pisang goreng  dengan serdaknya yang rangup tapi tawar pisangnya...hihihi.

Nasib baik sambal kicap memberi rasa yang lebih enak..maka tanpa sedar habis 8 keping pisang goreng saya kunyah dan telan...
hihihi


JERING REBUS CICAH KELAPA

 Kembali lagi bersama makanan nostalgia sepanjang minggu ni..in shaa Allah


Jering Rebus Cicah Kelapa
Hari tu nampak Cikgu Ami kat LD hidangkan menu ni..
Terliurnya..


Kali pertama makan jering rebus ni masa darjah empat kat rumah Teh Bariyah di kampung kami.Tapi bukan makan sebagai kudapan..sebaliknya sebagai ulam.Makan pun  sahaja tanpa cicah kelapa..Balik cerita kat mak suruh mak buat tapi mak tak buat...
Maknkata nanti air kumbahan bau hancing...hihihi
Ya la dulu rumah kampung,semua sisa makanan dan basuhan dilakukan di atas pelantar yang kami panggil jemoran.Sisa makanan dan air basuhan dialirkan bawah pelantar dan  menjadi tempat ayam itik berkais dan berkubang...
Masa tu tak ada rasa geli ke kotor ke sebab semua rumah kampung macam tu..
Kadang ayam itik mencuri masuk dalam rumah dan berak atas lantai...Jenuh la nak basuh.Ambil sabut "jemput" pula taik ayam itik,barulah dibasuh.Kalau kena taik ayam candu( yang hitam dan cair) dia punya bau......hoooooo boleh pengsan...hihihi.
Itu antara kenangan yang anak-anak sekarang tidak melaluinya dah..


Kali pertama tahu makan jering rebus cicah kelapa ni masa masih belajar kat KL ni la..Ada rakan dari Kelantan bawa ke kelas.
Mula pelik bila dia kata dia bawa jering rebus cicah kelapa.Dalam hati dok fikir ..ish,dia bawa jering datang kuliah?
Bila dia buka bungkusan surat khabar yang di alas plastik...Eh,tak da bau la .
Bila makan bercicah kelapa campur garam dan gula...ya ampun sedapnya.Saya rasa lebih sedap daripada ubi rebus..Sejak tu kalau kawan tu bakik Kelantan..memang kirim.Tapi tak la selalu..sesekali la.


Semalam saya melayan tekak menyediakan jering rebus cicah kelapa manis ni..Saya pernah beberapa kali dah buat jering rebus ni...
Hanya rebus jering yang sudah tua lebih kurang 1hingga 2 jam...ikut jumlah  banyak atau sikit  jering..
Kena jering tua tau..jering muda tak mau...jering cambah pun tak sedap dia tak empuk cantik..
Kalau dapat jering yang tua dah pecah kulit kat pokok tu lagi elok..
Dia empuk bukan la gebu macam ubi..tapi lebih kepada kenyal
Nak Cuma sekarang susah nak na


Sunday, 25 September 2022

SAYUR LEMAK PUCUK MENGKUDU HUTAN

Minggu ni agaknya tema makanan nostalgia dan makanan kampung kot..hihihi

Hari ni masak pucuk mengkudu hutan.
Mengkudu hutan ni jenis tumbuh liar dan daunnya lebih kecil serta lebih pahit.Sejenis lagi mengkudu yang berdaun lebar dan buahnya besar tu kurang sikit pahit.Ada lagi sejenis mengkudu yang daunnya hijau kuning tu namanya mengkudu Siam.Yang tu lagi sedap katanya ..Tapi saya selalu petik mengkudu hutan ni...sebab ni saja yang ada kannn..hihihi


Tapi pokok mengkudu hutan ni kat bandar tumbuhnya...hihihi..
Dah dua hari security guard tu pesan saya suruh petik pucuk mengkudu kat depan tu.Katanya pucuk tengah elok.Dia nak tolong petik hari Jumaat tu tapi saya cakap nanti dulu takut saya tak sempat nak masak.Nanti hari Sabtu saya akan datang petik.Depa tahu saya suka petik ulam mengkudu & ulam pucuk samak depan pondok jaga tu.Asal ada pucuk muda saya akan petik.Kadang guard @ clener petik  kantan,serai,pucuk ubi bagai dan depa letak saja atas bonet kereta saya.Alhamdulillah,rezeki saya tak tolak.Mungkin sebab tu depa suka bagi kat saya...

Ceritanya semalam terlibat meeting AJK Ceramah Perdana.Ros & Azizi juga terlibat dalam meeting tu.Masa nak balik,saya cakap saya nak petik pucuk mengkudu hutan tu.Depa pun join tolong kutip untuk saya.Ros siap berselfie lagi...saya & Azizi termasuk sekali sebab kami dua tak pandai nak ambil gambar selfie..tumpang orang ambil..boleh la...hihihi



Pucuk mengkudu hutan


Banyak jugak la...Muda-muda pucuknya sebab Pak Man gardener baru pangkas beberapa minggu lepas.

Hari ni untuk lunch,saya memang dah plan nak masak pucuk mengkudu tu.Zaman kanak-kanak tiada yang suka daun mengkudu kot rasanya..termasuk la saya..
Dah berumur ni suka pula sayur-sayur pahit..
Katanya mengkudu hutan banyak khasiat..
Walllahua'alam...



PUCUK MENGKUDU MASAK LEMAK PUTIH

2 cekak pucuk mengkudu

1 kotak santan

sejemput ikan bilis bersih

1/2 bawang besar - hiris

1 cili merah

1 sudu teh garam

 

1. Hiris kasar pucuk mengkudu & celur 5 minit.

2. Masukkan pucuk mengkudu bersama 1/2 santan & 1/2 cawan air,bilis,bawang,garam & cili.

3. Bila mendidih & pucuk mengkudu lembut lembut,tambahkan santan pekat & biar mendidih sekali sahaja.Sesuaikan rasa & siap


Gu dia...Ikan pekasam goreng dan tempe goreng..memang lauk mak-mak saja hari ni sebab lunch sengsorang..
Biasa la weekend kan...
Saya memang malas nak gerak ke mana-mana.Rasa nak menikmati weekend dengan makan dan tidur sahaja..hihihi
Tak lengkap masak lemak putih kalau takda ikan masin dan sambal belacan..Ikan pekasam kira ikan masin la kan...


Kerana malas nak menumbuk sambal belacan...saya cedok Sambal Nyet Berapi yang Adah beli beberapa minggu lepas..

- Nasi beras perang
- Sayur lemak putih pucuk mengkudu
- Ikan pekasam goreng
- Tempe goreng
- Sambal nyet berapi


Jangan lupa air kosong..Karang kepedasan..

Brrrrr...Alhamdulillah