Friday, 26 August 2022

REZEKI HARI JUMAAT

Hari ni masuk kerja lambat sikit kerana ada urusan di Bangi.Dah whatsApp big bos petang semalam minta kebenaran masuk lambat.Kalau urusan selesai cepat,saya akan segera balik.Kalau sebaliknya  saya maklumkan saya akan isi cuti..

Alhamdulillah,tak lama urusannya kerana tidak ramai orang.


Selesai urusan,singgah pekena Roti Canai D'Bukit yang sentiasa penuh dengan pelanggan tu.Dah terlanjur lalu situ kan...Bukan senang nak dapat peluang ke situ.Manusia punya la ramai,parking melimpah kat lereng bukit yang sempit tu.Akhirnya parking tepi jalan dan menapak menonggek la naik bukit...hihihi


Makan roti kosong kari daging.Minta kari kambing tapi dah habis walaupun baru pukul 8.45 pagi.Sudahnya saya minta daging tapi letak dalam kuah kambing.Sedap bertul walaupun bukan kambing kerana menggunakan daging tetel yang berlemak tu.
Makan cepat-cepat kerana perlu segera kembali ke tempat kerja.
Alhamdulillah..pukul 9.30 tepat sampai di gate..terus call ofis minta Kak Saba tolong punch card sebab dah sampai.


Sampai di tempat kerja,baca dalam group whatsApp suruh setiap orang ambil sekotak bingkisan tajaan Ekin.

Oh,rupanya Ekin akan terbang untuk  mengerjakan umrah pada 31 Ogos ni.


Menarik isinya...
Tiga keping lempeng bersama sebekas sambal tumis bilis...dua biji karipap dan sebekas koktel buah.
Nampaknya makan lempeng lagi la...
Hihihi
Semoga Allah mudahkan urusan Ekin dan keluarganya meyempurnakan ibadah umrah dan dikurniakan umrah yang maqbul..


Ketika singgah di bilik Ekin dan Zura..mereka hadiahkan pula swissroll cake ni dan sekotak coklat.


Bungkusan Nasi Berlauk Kerutuk Daging ni saya beli sendiri.Kira rezeki Jumaat juga la kan sebab kebetulan masa beli tu betul-betul ada 3 bungkua ini sahaja.Eloklah untuk jadikan dinner budak-budak tiga beradik tu.Tapi Adah dan Cella makan sebelum maghrib lagi..


Cella cakap dagingnya sedap dan lembut.


Ni pula Ti & Ruby tolong belikan..Laksa Johor.Juga baru sahaja habis menjadi hidangan makan malam saya. Sambil,tu tadi sesambil nak solat Asar saya sempat rebus kacang hijau dalam rice cooker.Sebelum maghrib siap juga bubur kacang tiga suku periuk.Esok la pula cerita bubur kacang.

Eh,tadi singgah kat dapur Cikgu Amie nun di Sabah..pun meriah dengan REZEKI DI PAGI JUMAAT
Saya pasti,rakan-rakan lain juga dilimpahi rezeki Jumaat ini dalam pelbagai bentuk...
Alhamdulillah,syukur kehadrat Ilahi...🤲🤲🤲



6 comments:

  1. Menarik pulak bingkisan tu. Tengah fikir bingkisan kesyukuran utk diberikan kepada kengkawan opis ni. Meriah rezeki pagi Jumaatnya. Kita belum masuk dapur LD lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....saya pun tak pernah terfikir nak sedekah lempeng bagai macam ni..selalu hanya fikir pulut kuning saja....
      LD tak dan Tanah Jauhar tak pernah tak meriah hidangan ya.Semua bikin ngences

      Delete
  2. SEdapnya tu makan daging tetel masuk kuah kambing. Kita suka daging tetal, ada lelemak ...hiks! Eh, nampak lempeng lahi ...alamak teringin nak melempenglah pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...daging tetel memang sedap kalau kena lemak kuning yang tak cair tu kan..Kalau kena lemak putih yang membeku bila sejuk tu..adoi,tak suka...hihihi

      Delete