Tuesday, 20 September 2022

MASAK MEE TELUR UNTUK BEKAL HARI INI

 

Hari ni bekal Mee Telur Goreng

Bekal anak bujang pagi tadi...depa mana nak bawa dalam tuppeware..

Kadang saya tapaw dalam lunch box ni.

Kadang guna bekas yang nasi campur tu.

Kadang guna kertas coklat yang bungkus nasi lemak tu.Kalau benda berkuah baru isi dlam bekas plastik dan kuah isi dalam plastik lauk tu.



Goreng berencah daging rebus,sayur carrot dan daun bawang saja..


Saya guna mee telur ni.
Mee Telur Cap 3 Ayam..
Mee ni dari Indonesia katanya..Selalu nampak saudara nusantara rajin beli mee ni kat pasaraya..
Bila dah selalu makan,eh sedap pula..hihihKat shopee pun banyak jual..tapi ni saya beli kat pasaraya dekat rumah ni..
Pic dari old post.

Rebus juga telur sebagai pelengkap.



Resipi pun edit dari old post.Saya hanya menggunakan sebungkus sahaja mee telur ni kerana hanya berdua beranak sahaja dengan anak bujang tu.


MEE TELUR GORENG

2 paket mee telur 

200gm (+-1 cawan daging - rebus & hiris

1 pokok daun bawang

1 batang carrot- potong jejari

2 sudu cili blend + bawang blend

2 bawang putih

1 kiub bilis

4 sudu minyak

kicap lemak manis.

1. Jerang air dalam periuk untuk celur mee.

2. Sesambil tu panaskan minyak dalam kuali & tumis bawang putih cincang.

3. Masukkan carrot dan masak sekejap.

4. Tambah cili + bawang blend & masak hingga naik minyak.Tambah kiub bilis.Garam hanya masuk jika perlu.

5. Celur mee dalam air mendidih lebih kurang 2 minit & bila nampak sudah lerai,terus cedok & masukkan dalam tumisan.

6. Gaul rata sambil renjis kicap supaya merata.

7. Masukkan daun bawang hiris & sesuaikan rasa.





10 comments:

  1. Ni antara fav sy tapi jarang nak masak utk sarapan sbb depa ni lagi suka makan roti. Kan best jika kita berjiran, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..mai la berjiran..
      Makan roti lagi sihat kot...

      Delete
  2. kene racun lagi..haritu diracun dengan mee oat..ni mee telur pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤣🤣
      Racun organic takpa lagi..jangan kena racun roundap ja..lalang pun mati🤣

      Delete
  3. Alaaa....macam nk kena racun lagi je ni...mana nak cari ni kak..Shopee??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopee ada..
      Ni pun antara yg boleh buat stok sbb mee kering.hihihi

      Delete
  4. Saya pun bawa bekal telur rebus, nasi putih dengan sambal ikan beli di warung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal ikan...teringat nasi kuning la pula..
      Lama dah tak buat nasi kuning sambal ikan tongkol...hihihi

      Delete
  5. Sy pun goreng mee hari ni MC, bekal anak2 ke sekolah.

    ReplyDelete