Sunday, 25 September 2022

PISANG REBUS CICAH KELAPA

Back to nostalgic food...

Pisang Rebus Cicah Kelapa...
Dah seminggu dok up masakan dan makanan yang "sedikit rajin"....
Hari ni kita balik sekejap kepada Makanan Nostalgia....
Pisang Rebus Cicah Kelapa....


Pisang Nipah...
Walau rupa sama tapi saya tak pasti pisang nipah ni adalah pisang yang sama dengan pisang kepuk...pisang sabak dan pisang abu.

Beli pisang ni tengahari semalam.Plan asal nak pi Pasr Tani Permaisuri....tak kesampaian kerana semalam pagi ada meeting AJK Forum Perdana yang dijangka hujung bulan depan.Mulanya dah berpakat dengan Jas tak mau pi..tapi lepas tu pakat berubah fikiran mengenangkan ini adalah meeting pertama untuk program mencari dana untuk naik taraf surau..
Ratusan ribu juga nak dapatkan dana..Semoga Allah mudahkan urusan...

Balik meeting terus gi mandikan kereta.Dah berbulan kereta tak mandi.Asyik mandi air hujan saja..hihihi.
Sesambil tunggu kereta siap dicuci tu la,saya jalan kaki ke pasar...Niat nak beli pisang untuk goreng dan pisang untuk dessert.Sayangnya dah tengahari,pasar dah nak tutup.Dapat pisang pun tak berapa cantik.Pisang belum masak dan tak cukup tua..empulur tengahnya lagi besar dari isi putihnya.

Tapi sebab dah teringin sangat...Rebus jugak la 5 biji untuk tekak sendiri.

Isi pisang pun sebesar ibu jari kaki sahaja .

Gandingkan dengan kelapa parut putih + sukit garam dan gula kerana pisangnya belum masak dan tidak manis kan...
Alhamdulillah.. mengomel dalam hati pun,pisang ni habis juga🤭


17 comments:

  1. Sedap pisang ni kalau direbus kan Mama Cella. Pernah sekali makan pisang nipah yang ditumbuk dengan kelapa parut. Jiran di kampung Encik Suami yang bagi. Memang sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam menarik pisang tumbuk dengan kelapa tu..Macam getuk agaknya

      Delete
  2. Pisang Nipah ni S goreng semalam..pas tu nak buat sambal kicap x menjadi plak...last makan je la pisang gorng tu..ni dah tau dah cane nak buat sambal kicap yg sedap..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa...sekarang dah tahu buat sambal kicap ye..ehem...ehem

      Delete
  3. Sy cadangkan Mak Ngah buat Pempek Pisang (tak silap) namanya yang Kak Amie pernah tunjuk tu, makan ngan sambal tomato. Pisang rebus ni, kalau cukup masak baru sedap, kan.. kena kasi lembik sikit, sedap tekan dalam kelapa tu, hihi.

    TTK dapat sambung mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cari pempek pisang tak jumpa...adakah yang SA maksudkan tu pisang penyet?

      Alhamdulillah result UPU dah keluar hari i...Ada rezeki TTK...
      Kita tanya Iman dulu dapat mana?
      Nanti kita sama2 bagitau...😁
      TTK takda kat rumah ni

      Delete
    2. Mau pecah perut kita ketawa. SK hahahaaaa... bukan pampek pisang tapi sanggar pappek. Ada ni saya kongsikan link:
      https://salamisimon1.blogspot.com/2015/04/minum-petang-dengan-sanggar-pappek-peppe.html

      Delete
    3. Memang ketawa tak henti-henti rasa namatey ni... yang sau sebut pempek pisang, yang satu sangka pisang penyet.

      Delete
  4. wah festime tgk ni rebus pisang cicah kelapa. ilmu baru hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni antara pilihan makanan orang kampung dulu-dulu sebagai sarapan dan kudapan..Boleh guna pisang mengkal dan boleh juga pisang masak direbus dengan sikit garam.Kalau pisang yang dah masak dah manis,maka kelapa hanya + garam.Kalau pisang yang belum masak..biasanya bila rebus isinya lemak-lemak macam ubi ..kelapanya tambah garam dan gula agar seimbang dengam pisang yang tak manis.

      Delete
  5. first time dengar. Selalu ubi kayu rebus cicah kelapa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kira sedara dengan ubi kayu rebus juga...cuba la untuk tahu rasanya...hihihi

      Delete
  6. pernah nampak pisang bakar, x tau plak boleh rebus jugak yer..emmmm

    ReplyDelete
  7. Ni antara bfst yg pantang nmpk.. ruginya kat rmh ni xde yg pandai menikmati.. kalau kita bfst sama, msti berebut2 kita berdua.. 🤣

    ReplyDelete