Sunday, 18 September 2022

PERCUBAAN BUAT TAUHU TELUR

 

Sayur broccoli tumis bersama tauhu telur..
Masak untuk lunch tadi.

Saya cuba buat tauhu telur homemade..
Timbul rasa keinginan nak homemade tauhu telur a.k.a tauhu jepun ni selepas malam tadi terbaca cara buat sendiri tauhu jepun ni kat Google.Macam mudah..
Katanya hanya perlu air soya dan telur sahaja bersama secubit garam.Lets try...

Kebetulan saya ada soya beans powder ni.Hari tu try bancuh..tak sedap(jujur) pada tekak saya.Kalau soya beans drink ni yang kat pasar malam saja sedap sebab fresh dan saya suka air soya  panas.
Kalau yang segera saya pernah cuba yang dalam botol kaca tu..apa brand dia ..V-soy multi grain tu..sedap minuman tu kalau minum sejuk-sejuk.Tapi yang dalam botol kaca tu ja yang saya rasa sedap...pekat berlemak..
Memandangkan serbuk soya ada...
Maka saya pun cuba buat tauhu telur ni..
Bahannya :
250ml air susu soya
5 biji telur
secubit garam
*plastik ais krim malaysia

1. Kacau telur dengan susu soya hingga sebati.Tapis.

2. Isi dalam plastik aiskrim malaysia atau dalam loyang.

3. Kukus 15 minit.Biar sejuk baru potong.

* kalau guna plastik ais krim malaysia tu..boleh pilih nak kukus atau rebus.Saya tengok kat Google..resipi ni dapat 4 plastik askrim tu..tapi tak penuh la.

Saya takda plastik ais krim malaysia.Saya guna loyang dan kukus.

Tak sempat betul-betul sejuk saya dah terbalikkan.

Kesannya ada yang terlekat pada dasar loyang Mungkin lain kali kena sapu minyak kot..
Atau paling bagus gunakan plastik aiskrim malaysia tu kan..

Keadaan isinya cantik licin tapi sebab saya potong tak berapa sejuk lagi agaknya..potongan tak kemas.

Bila goreng ada yang cantik


Ada yang agak hangus.Saya rasa mungkin sebab serbuk soya tu sedikit manis kot.Masa bancuh jadi minuman macam tak manis.Tapi ni rasa macam little sweet pula..

* Lain kali saya nak cuba beli air soya pasar malam & minta yang kosong tak campur air gula.Kan kalau penjual air soya memang depa tak campur gula kan.Bila kita nak beli baru dia cedok air gula kan..So,nanti boleh la kita minta soya taknak air gula..hihihi
Dulu saya selalu fikir kenapa penjual minuman pasar malam kebanyakan tak campur gula siap-siap dalam minuman.Orang nak beli baru cedok air gula dan tuangkan minuman bancuh yang ada dalam balang besar tu.Macam kena buat dua kerja pula..Rupanya depa lagi  bijak la..Kalau jualan tak habis depa cuma buang air berperisa yang tawar tu saja..tak da la nak bazir gula..
Ka ada sebab lain yang saya tak tau?

Saya masak tauhu telur yang dah siap goreng ni dengan sayur broccoli dan carrot 


Broccoli san carrot tu saya celur dulu supaya bila masak hijau dia cantik dan tak la kecut...


8 comments:

  1. wah...menarik ni...ni kalau SA yang buat x tau la jadi apa ni..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi
      ni pun bukan la jadi sangat..
      5/10 je kot🤭

      Delete
  2. Wah, try and error!
    Mama Cella memang berani mencuba! Bagai saya ini satu kejayaan. Orang kata, pertama adalah mencuba, kedua akan bertambah baik dan seterusnya akan lebih sempurna.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Kalau saya malas turun ke bumi biasanya saya rajin mencuba.
      Tapi kalau rajin turun ke bumi alamat laaaa asyik nak beli ready to eat🤭

      Delete
  4. kok mudah banget caranya... bolehlah ammi pun cuba sbb kat rumah semua hantu tauhu telur ni. kalau beli 3 tubes tu berlumba pulak masing-masing makan. kene guna plastik aiskrim yg gemuk pendek tu kan..baru mcm best sikit

    ReplyDelete
  5. Owh....ada plastik jenis gemuk pendek yer...
    Agaknya yang saya tengok kat google tu depa guna plastik tu.
    Baru tau..ingatkan plastik ais krim tu sepesen saja🤭

    ReplyDelete