Tuesday, 27 January 2026

TERINGIN PULUT CEMPEDAK

 

Teringin nak makan Pulut Cempedak...walaupun sekarang musim durian...hihihi




Beli sebiji cempedak ..isinya warna cream...Nak makan dengan pulut kena pilih yang betul betul masak ranum baru sedap...juicy & manis melekat...



Gandingkan dengan pulut lemak yang dikukus....

Sangat menggamit nostalgia 

Wednesday, 21 January 2026

SARAPAN @ ABANG STRAWBERRY DUA HARI BERTURUT-TURUT

 

3H 2M kat CH...sempatlah dua hari bersarapan @ Abang Strawberry  kat Kampung Sedia..Untuk peribadi ..ini kali ke 5 rasanya saya berpeluang sarapan kat Abang Strawbery..1st time sarapan sini recoment by Achik tahun 20019 sebelum covid tu...
Pastu bersama geng Memory Tercipta 2023...& latest 30 & 31 Disember 2025...hahaha lenutup 2025 ni..




Sarapan kami 8 beranak...
Nasi Lemak & aneka schone

Saya ,mak,Haikal & Adah makan nasi lemak sambal strawberry


Cheese acone yang menjadi pojaan tiap kali datang Abang Strawberry..
Biarpun dah makan scone beberapa tempat lain...scone Abang Strawberry juga menjadi ingatan...

Alaa...apa nama ni dah lupa....Aqil punya pemania mulut


Hot pancake untuk cucunda Sarah Miqayla

Hari ke-2 pun pakat makan menu sama ...Nasi lemak sambal strwberry...sclne & pancake

Gambar-gambar cantik ada kat Cella & Adah....ni ja yang ada kat saya ..share jalah untuk rujukan masa depan...hahaha



Tak cukup makan ...
siap talaw bawa balik...Sebab lastday dah nak balik ..Achik talaw untuk Pakcik..Adah tapaw untuk suami dia & saya juga tapaw untuk anak jantan kat rumah..Kiranya tapaw untuk ambil hati yang ditinggalkan la.....hihihi..

Asalnya hari ke-3 nak saralan @ Opah Strawberry .Kami datang awal & jadi orang ke-2 yang Q...Masa dah nak buka gate Opag Strwberry tu tetiba swmua deside nak juga makan kat Abang Strawberry  sebab dah tau sedap..

Setakat ni dah 5 kalo ke Abang Strawberry  @ Kampung Sedia tu ..Alhamdulillah dapat parkir dekat...
Tipsnya
1. Datang awal...seeloknya 7.30 dah sampai sini supaya dapat petak parkir dekat...( parkir berbayar ye...ada yang RM5 & ada yang RM10 per entry

*2. 5 kali datang sini...5 kali juga kami oilih parkir kat kawasan surau Kampung Sedia.memang dekat sangat dengan Abang Strawberry & Opah Strawberry tu..
Kadang orang tak perasan situ boleh parkir..
Dulu ada disediakan tabung untuk sumbangan ikhlas sesiap yang dah parkir dalam kawasan surau tu...Sekarang lebih terdusun kerana ada sorang AJK surau tu agaknya yang akan jaga dan kawal kenderaan keluar masuk sulaya pengunjung parkir ikut sususan dan bayaran juga dah ditetapkan EM5/entry...
Ok sangat kerana. dekat...Tapi apaun kuncinya datang awal & selebihnya doa banyak banyak agar masa kita sampai ada orang keluar & kita dapat parkir...Ada orang kata masa cari parkir kena baca doa makan...hahahha




Wednesday, 14 January 2026

CAMERON HIGLAND PENUTUP 2025: DAY 1

Bulan 11 Adah & Achik merancang percutian keluarga ke Cameron Highland. Kali terakhir percutian keluarga ke CAMERON HIGLAND 2019 lepas balik dari 3H2M @ VAGARI PULAU PANGKOR..Balik dari CH tu dalam dua bulan terus PKP Covid 19..

Tapi Achik ada beberapa kali ke CH lepas tu..Adah pun ada ke CH bersama suaminya & saya juga ada 2023  ke CH selama 3H2M bersama geng Memory Tercipta..Tapi dah lama takda family trip ke CH...Adah dah booked homesttay pada 19-21 Disember tapi cancel bila dengar kata jalan ke CH mengalami tamah runtuh Last minutes sebelum kami balik KL .Achik buat perancangan tergempar...Family trip 3D2N ke CH...
Walau berbelah bagi antara tanah runtuh dan jem yang tak berkeaudahan di CH....akhirnya Allah izinkan juga...


Akhirnya...menjelang pukul 1 pm dah jejak ke CH..Baru jejak ye...bukan dah boleh yak yal yey lagi...hihihi




Bukanlah CH kalau tak jem kan.....tanah runtuh tu memang ada tapi terkawal




Pukul 1 jejek CH....Pukul 4.30 masih merangkak dalam jem nak ke homwstay @ Berinchang..Tengok lah....untuk jarak tak sampai 1km mengambil masa berbelas minit.


Singgah The Sheep Sanctuary...  nak cuci mata & bagi alpaca makan..tapi sebab hujan lebat...tak dapat nak masuk dalam sanctuary tu....just bagi makan kat alpaca yang ada kat liar tu ja......cuci mata ja la sambil makan jagung & keledek kukus sebelum meneruskan perjalanan ke Berinchang untuk check in homestay...


Budak tecik ni tak nak balik...dapat pegang streng buggy sambil nyanyk "Wheel on thebus...round & round"...
Untuk rujukan ...banyak ruang parkir di bahagian belakang turun bukit jauh jugak...Berbayar guna T&G/ Bank card...Tapi ealau jauh,bagusnya ada buggy yang akan angkut naik ke Sanctuary tu..buggy tak payah bayar & kekerapan rasanya dalam 5 minit sahaja...so,tak da la tertunggu lama...Kami pi weekday...Kalau weekend mungkin agak sesak...

Sekitar pukul 6 kami dah gerak ke homestay...Patut check in pukul 3.00 pm...tapi kami masuk pukul 6++.


Sebelum maghrib kami dah gerak ke Hijjaz  Steamboat & Grill...Kami pilih pi sebelum waktu maghrib supaya tak sesak sangat & plan jamak waktu isya' nanti...




Banyak ja steamboat  kat CH ni....Kami pilih Hijjaz sebab dwkat dengan homestay...lebih lurang 7 minit perjalanan...Selepas makan pusing-pusing kejap terus gerak balik homestay ..Parkir kereta kat homestay & jalan kaki gi Pasar Malam Berinchang...lebih kurang 300m sahaja dari homestay...Pasar Malam Berinchang ni beroperasi Jumaat,Sabtu & Ahad ..Tapi musim cuti sekolah dibuka setiap malam...So,walaupun kami pi Isnin,Selasa Rabu  ..pasar malam open... 
Da




Perut dah kenyang tapi pi juga pasar malam nak cuci mata saja asalnya ..Depa pakat nak beli strawberry coklat ja ..
Mak ,Haikal,Aqil,Ada & Mikayla beli jaket tebal sebab kebetulan beberapa hari tu cucca
 sejuk 24°C ...waktu siang...
Achik beli lady winter warm yang macam selendang tu buat selimut..Cella & saya hanya beli stoking bulu ...Taktau kenapa malam pertama tidur CH saya langsung tak rasa sejuk..malah saya berguling atas tile kerana nak rasa sejuk tile lantai  tu...mungkin simpanan lemak agak banyak🤣🤣🤣

Day 2- to be continue

Friday, 9 January 2026

KENDURIAN @ TEMPAT KERJA


Bagi peminat durian & pengusaha dan penanam durian....tengok isi durian ni sahaja dah tau durian ni dari klon apa....
Saya ni pun peminat durian juga ..tapi saya hanya tahudurian kanpung...sebab saya peminat durian kampung...tu pun tahu sahaja tapi tak kenal apa nama sebenar..




Lunch durian ....Time orang lain pakat lunch nasi....saya dan beberapa yang lain memilih mulakan lunch dengan durian .
Beberapa hari sebelum tu nampak Bayu masuk dalam group ajak sapa nak topup sumbangan untuk beli durian...Katanya big bos akan belanja separuh harga durian..
Pakat topup sorang sikit dapat lah dekat RM2k juga katanya...
Pepagi ont gi kerja saya singgah pasar beli pulak 3kg santan untuk pulut durian...
Baru 6 bulan ditempat kerja baru dah 2x kendurian ni...
alhamdulillah...rezeki tak salah alamat🤭



Durian kampung


D 24



MK


Black torn




Depa pakat kerumun durian MK & black torn...
Tapi cinta saya pada dueian kampung sukar diganti..
bukan tak makan yang lain tapi tak sama durian kampung.Jamah juga seulas MK,seulas black torn dan 2 ulas D24...Tapi  tekak tetap memilih durian kampung.Mungkin sebab jarang dapat makan durian mahal..hanya dok makan durian kampung kot agaknya...hihihi
Tapi apapun tak boleh nak yakin sangat sebab  kita ni bersifat baharu...boleh berubah ubah mengikut waktu..🤭🤭🤭


Nasi pun makan juga...time orang lain riuh rendah makan durian saya pi makan nasi..Lunch break  sampai pukul 1.45 sahaja..kelam kabut makan nasi pulak..gulai ayam,sayur kobis,sambal belacan ulam timun...Brrrrrp...Alhamdulillah...sedar-sedar jadi orang terakhir menuju ke parkir kereta bersama Bav & Fatin..Eupanya dah pukul 5.45 petang...Perut dah lapar semula..🤣

Thursday, 8 January 2026

KAT PENDANG KALAU ORDER MINUMAN PANAS DI KEDAI MESTI DEPA LETAK AIS DALAM PIRING

 Balik Kedah cuti Krismas hari tu...Empat hari 

Tiga hari berturut-turut kami empat beranak keluar sarapan kat warung kopi .Tapi lain lain warung la..

Warung pertama hari Khamis...menguji kesanaran kerana pekerja mereka pendiam dan perahsia🤣
Duduk dah berakar kat kerusi tunggu depa mainamik order..Rasa dah nak angkat bontot dah tapi kena sabar.
Mereka pendiam,tak mau tanya tanya customer..Bila kita panggil pun dia buat isyarat tangan suruh tunggu sat..Nak kemas meja pun puas tunggu..
mereka betul-betul penyabar hingga membuatkan kita yang tidak sabar..hahaha
Dah la kami bukan tau gerai mana yang sedap .Maklumlah kami hanya pi 4 betanak..Saya ..Adah..Cella & Miqayla..
Semua orang Key El yang bukan familiar gerai mana sedap...hihihi

Itu selingan sahaja..nak ceritanya kalau kat Pendang almost gerai,warung,restoran  kalau kita order minuman panas dwpa akan letak beberapa kiub ais dalam piring tu
( Ni minuman Adah...milo panas kat warung pertama hari Khamis)


Hari Jumaat...pi sarapan kat Pekan Tanah Merah 


Saya order kopi O panas.....see ...juga ada ais dalam piring tu

nn


Asal nak makan roti canai sini...tapi sold out..So pilih pulut kelapa ikan masin & kuih muih sikit..
Pulut nyoq ikan tamban kiat...RM3


Kuih...seri muka...coq bDak 2 & seketoi coq kacang RM2..



Hari ke-3....minum kopi O panas juga...
Pun sama minta kopi O panas depa akan letak ais kiub dalam piring

Saya pula kalau nak minuman panas saya suka.
kalau minuman sejuk saya suka yang teul-,betul sejuk.Tapi paling suka ya g panas berasap baru mendidih... yang betul betul panas berasap.Kalau suhu bilik saya tak suka..

Kami 3 beranak berteka-teka kenapa semua gerai makan kalau minta minuman panas depa letak ais kat piring tu..kenapa ye?


Wednesday, 7 January 2026

SARAPAN LEMPENG KELAPA CICAH GULAI AYAM

 


Bukan sarapan hari ni tapi sarapan weekend baru ni...



Sebab ada kari ayam left over


Maka terjadilah lempeng kelapa ni..


Buat garing-garing kerana saya suka lempeng ya g garing..Gu kan bersama kopi O kampung....


Tuesday, 6 January 2026

MAKAN KENDURI @ MAKTEH HOMESTAY: DOOR GIFT RARE

Plan asal balik kampung cuti Krismas kali ni asalnya 2 hari sahaja tapi berpanjangan hingga beberapa hari.


Kali ni majlis walimatulurus saudara sebelah mak.Cucu kepada anak saudara mak.




Sekarang kat Kedah musim menanam padi...Ada yang baru nak tanam dan ada yang padinya sudah menghijau.In shaa Allah dalam 3 bulan lagi pemandangan hijau akan bertukar kuning keemasan.Wah,pasti petani tersenyum swbab kalau dicongak 3 bulan lagi tu dah masuk bulan Syawal tu...!!



Homestay ni terletak kat Kampung Padang Pusing,Jalan Sungai Tiang,Pendang Kedah ..Perjalanan dari Pekan Pendang ke Mak Teh Homestay  lebih kurang 20  minit sahaja..
Dah nampak  Mak Teh Homestay...tapi saya meneruskan perjalanan balik ke kampung dulu kerana  nak ambil mak kat kampung..Lagipun Mak Tah iaitu kakak mak juga nak tumpang ke sini...Depa dua beradik tu mestilah nak pi awal nak jumpa saudara mara.Maklumlah adik beradik mak hanya berdua sahaja lagi..Mak anak bongsu,MakTah 2nd  last... yang masih ada .mak & Mak Tah...Lagi 5 orang yang atas-,atas sudah kembali ke rahmatullah.Maklumlah,mak yang bongsu pun dah nak masuk 79 tahun..Mak Tah dah 80++Kalau ikutkan kenduri ni anak  cicit  kepada arwah abang emak iaitu Pak Teh Kob.
Usai hantar mak & Mak Tah...saya & Cella menunggu Achik anak beranak & Adah yang akan menyusul dari pekan.Saja segan nak join mak & Mak Tah,so kami tunggu Achik di simpang jalan.



Dah nampak khemah kenduri...Kiri kanan bendang .Selama ni dok lalu sini tengok ja Mak Teh Homestay ni....Hari ni rezeki dapat singgah asbab depa buat kenduri sini..


Pemandangan hijau di mana-mana


Dari main road dah nampak deretan khemah..Depa sewa keseluruhan homestay tu termasuk dewan..chalet dan tambahan khemah..Tak da pulak ambil gambar...Biasa la lepas dah belek gallerry baru ingat tak ambil gambar ..hihihi


Tuan Tanah Kedaung sedang berangan ...hehehe..
Cella & Adah pakai baju Achik tu Cella warna pink..Adah warna maroon...Balik pakat tak bawa baju kurung..gitulah tiap kali depa akan paw baju-,baju Achik & jadikan hak milik kekal...🤣Abaikan meja yang tak beralas tu kerana   ni ruangan saudara mara dok santai-santai di bahagian belakang..Takda pula gambar proper....menu biasa lauk kenduri ayam merah,daging hitan,acar buah bagai dari caterer & paling special ada tambahan lauk depa masak sendiri iaitu kari daging +umbut pisang.Side dish paling falous kenduri sekarang pastilah afa apam balik crispy...laksa,mihun sup,bubur dan pengat bagai..



Tapi tu la dalam kesempatan jumpa saudara mara semua mesti lupa nak bergambar beramai...hihihi


Dua hari makan 5 kenduri saya pakai baju hitam tudung purple yang sama🤣 sebab taj bawa balik baju kurung..Nak pinjam baju Achik depa slim opkos tak muat...
Agak-,agak orqng perasan tak pakai baju sama jer🤭🤣Hanya  terlekat sorang sepupi lelaki ni masa nak balik  dok sembang-sembang teringat nak bergambar .Zaman mudah tak pernah bersembang dengan dia sebab segan dulu dia handome giler🤭.
Jujurnya ramai sepupu sepapat  yang saya dah tak kenal  apatah lagi anak cucu depav


Ops....dah hujung cerita...ni ha nak habaqnya door gift  rare tu..Lepas salam tuan rumah...setiap tetamu diberikan guddies berupa barangan plastik untuk kegunaan dapur.Kebanyakan tuan rumah bagi secara rambang tapi jika tak berkenan boleh saja pilih mana yang nak..contoh Achik pilih raga segi empat tu..saya & Adah pilih besen putih tu ...Kelakar pun ada bila tetamu pulang pakat bawa besen..Kalau ramai agaknya penuhlah bonet dengan besen ..hihihi
Rare la kan....🤭


Sunday, 4 January 2026

MAKAN KENDURI @ HOMESTAY TAMTEH

 Cerita 25 Disember...sempena cuti Krismas 2025..

lUsai menghadiri walimatul urus di Villa Kanchah ..Jitra...kami menuju ke Air Hitam pula


Nampak dari kejauhan Tamteh Homestay nampak biasa-,biasa sahaja...
Namun bila melangkah pintu gerbangnya....

Wow...saujana mata memandang sawah padi mengjijau..


Homestaynya terdiri dari dewan majlis...beberapa buah chalet dan halaman yang menyediakan garden wedding....Sangat cantik...cuma sahaja saya tidak pandai  mencari anglel untuk mebidik camera


Makanan. aneka jenis..
Tapi kami sudah kekenyangan dek makan di ke duri pertama @ Villa Kanchan tadi dalam kelparan.Makan dengan perut lapar terlupa akan ada lagi kenduri seterusnya...hihihi
Dah macam raya...rumah pertama pulun makan...rumah seterusnya makanan dah mengembang dalam perut...hihihihi

Tapi ambil jugak la semangkuk laksa...
Majlis kahwin/jamuan kat Kedah tak sah kalau takda laksa..Kalau tak laksa mihun sup utara yang mihun kuning sos dia merah tu...


Dek cuaca yang terang..langit biru..matahari teril bercajaya....ABC pastinya tak mampu ditolak....ada beberapa food truck meyediakan aneka masakan panas gorengan...ABC,cendol,apam balik,cucut udang kuah kacang,rojak,dan paling rare....ada apam lenggang juga .Semua menu ni memang tak asing bagi orang Kedah...tapi mungkin juga ada terdapat di negeri lain dan mungkin dengan nama yang berbeza ikut sebutan setemlat


Ambil juga nasi sepinggan untuk dikongsi beramai...Sekadar untuk jamah
Nasi dihidang atas kertas pembungkus yang memang semua direnyuk macam tu bagi membentuk lubang seperti pinggan.Bawahnya dialas pinggan..Kreatif depa la ni..tak payah basuh pinggan...tetamu pun selesa nak makan lepas makan bungkus elok-elok & buang dalam tong sampah yang disediakan..

Nasi minyak..ayam merah..daging hitam,sambal belacan ulam timun..Ada beberapa jenis lauk lagi tapi takut membazir...Tak perasan siapa yang ambil nasi ni sama asa Haikal @ Cella...
Kami pergi naik kereta Pakcik tapi Haikal yang drive..So berlima..
-Haikal



Tempat makan yang kami pilih ni port bawah pokok ala-ala garden wedding .
Ada hall yang besar juga tapi kaminpilih tepi taman..Kalau perasan bawah tiang lampu hitam tu deretan tempat duduk ala arabic...untuk yang nak makan bersila atas karpet berserrta meja rendah.Cuma waktu ni panas tak ada yang duduk situ.Kalau malam best ni...
Pondok beratap merah bata belah kanan tu toilet...Bersih giler macam tandas hotel..
Yang nampak bucu atap belah kiri tu dewan tertutup beraircond tempat pelaminan.Bangunan tu terapung atas kolam...
Sayangnya saya ralit menghayati sekitarnya  hingga terlupa mengambil gambar sekeliling


akngah
Kami datang hanya berlima...
Achik
Cella
Adah & Miqaiyla
Adah  3  beranak dah balik Malaya ..Sebelum ni suaminya dipinjmkan selama 2 tahun ke Tawau atas keperluan perjawatan.Adah pula tiada masalah untuk kembali ke Malaya kerana HQ di KL...

Next....Makan kenduri lagi kat homestay tepi sawah...
Kali ni lagi rare....guddies dia lain dari yang lain ...Nantikan next entri...🥰