Thursday, 21 November 2024

ULAM BUAH MENGKUDU REBUS CICAH AIR ASAM PICIT vs IKAN LENGAT GORENG

 Bila dah asalnya orang kampung,biar berpuluh tahun di kotaraya...pastinya kampung halaman tetap menggamit.

Tak dapat balik kampung dapat makan lauk kampung pun dah terubat.



Nasi Putih

Ikan Lengat Goreng

Ulam Buah & Pucuk Mengkudu Rebus

Air Asam Picit


Lauk yang memecahkan selera anak  tekak saya hingga tercium cium aroma dijari🀣

Makan air asam picit ni tu lah....melekat baunya hingga tercium cium macam kera pegang belacan🀭🀣


Saya dapat buah mengkudu & pucuknya ni dari Kak Izzah


Dah plan nak rebus cicah air asam picit...Sebelum tu masa otw balik kerja singgah pasar segar beli ikan selayang 1 kg nak buat ikan lengat ,@ ikan rebus


Ni la booster dia...

Air Asam Picit.

Cara buat air asam picit dan hidangan lengkap lauk kampung ni ada saya share videonya kat youtube channel saya ..Seroja Putih



πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Wednesday, 20 November 2024

HOMEMADE KERISIK

 

Homemade kerisik ni sebenarnya bukan hari ni punya.Dah agak lama buat tapi belum publish...


Punca terajin tu sebab kemas feeezer.Ada sebungkus kelapa parut frozen keras mambatu.Makan ruang freezer yang sekangkang kera tu.

Makanya kita keluarkan untuk memberi laluan kepada kepada ikan dan ayam menghuni ruang feeezer tu..

Nak dibuang masih elok.Nak diguna untuk buat inti atau salutan buah melaka macam tak berapa sedap sebab dah macam ada bau peti ais..So,kita sangai la untuk buat kerisik.Aroma sangai tu menenggelamkan bau peti ais dan hasilnya takdak sapa tau kata kelapa tu dah sebulan peti ais...hihihi..

Kalau kenduri kat kampung,gulai/kari daging atau ayam memang wajib masukkan kerisik.Biasanya berpuluh biji kelapa digunakan untuk buat kerisik.Nak sangai hingga garing jenuh jugak la..Tapi orang kampung ada tips untuk pendekkan masa menyangai.Kelapa yang dah siap mesin/parut depa serakkan atas tikar/plastik lebar dan jemur beberapa jam hingga kelapa tu kering..Maka sangai sekejap sahaja kelapa dah garing...depa bijak kan?

Saya tidak lah menjemur dulu kelapa ni,sebaliknya terus sangai dan tidak lah saya tumbuk dalam lesung sebaliknya sedikit derhaka kerana saya blend dengan minyak masak...hihihi

Video buat kerisik ni ada saya upload kat youtube channel Seroja Putih :

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://youtube.com/shorts/EgftZU_5358?si=118QjnrB8vn4xohm



Tuesday, 19 November 2024

BUAT CUCUR JAWA LAGI...

 

Semalam petang dalam pukul 5++ dengan tudung belum buka,saya gigih membancuh adunan Cucur Jawa.Lepas bancuh terus pi mandi,solat & sebelum maghrib saya menggoreng cucurnya..tringin punya pasal...


 πŸŽΌsesekali ku rasa teringin 🎢

Hehee...ada yang ikut sama nyanyi ke tu..?

Patutnya nak elok,adunan kena perap beberapa jam @ seeloknya semalaman...Tapi tekak ni buka ada disiplin...Baru 1 jam ++ saya dah goreng cucurnya...hihihi

Ni versi yang dah perap semalaman..Panas panas ni makan sambil taip entri ni..Hasilnya lembih lembut dan empuk serta lagi banyak serat.Kata Cella dah macam kek sarang semut...hihihi

Bila dah perap lama,bijian tepung mengembang dan lembut..tentu hasilnya lebih baik.


Saya ikut  CUCUR JAWA RESIPI 2.

Tapi kali ni saya kurangkan sikit gula pasir dan lebihkan sikit gula perang

CUCUR JAWA 

2 cawan tepung gandum cap rose

1 cawan tepung beras cap bunga teratai

1 cawan gula perang 

½ cawan gula pasir

½ sudu kecik garam

2 cawan air suam.

1. Campur semua tepung gula dan garam.


2. Masukkan air suam sikit demi sikit sambil dikacau sebati dan dikepuk -kepuk( seperti pukul telur) 


3. Perap beberapa jam sebelum goreng.


3. Guna kuali melengkung dan panaskan 2 senduk minyak.Bila minyak panas,tuang sesenduk adunan dan biar adunan membentuk serat.


4. Terbalikkan kuih dan biar garing baru diangkat dan tos minyaknya..

Cara masak kuih penyaram atau Cucur Jawa ni ada saya rakam dan muatkan di youtube channel saya.Saya rasa lebih seronok bila dapat kongsikan info dengan lebih jelas secara video..Walaupun hasil video dan editan tidak setanding mereka yang pro tetapi padan lah dengan beginner macam mokcik ni kan....hihihi

Kalau nak tengok boleh klick 

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://youtube.com/shorts/IQTYCL_l90E?si=RG6TL7qdx88dOgF4