Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke -20 dah hari ni..
Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Sunday, 31 March 2024
SAMBAL TEMPE,CHICKEN POPCORN,SAYUR TAUGEH HIJAU,PUDING CAREMEL,HONEYDEW,KOPI ZUS & AIR TEBU
Saturday, 30 March 2024
AYAM PANGGANG KEWPEI KA,SAMBAL PETAI BILIS,SAYUR BAYAM & TEMBIKAI
Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke 19..Ramadhan hanya berbaki 10 hari sahaja lagi...huhuhu Rasa pantasnya Ramdhan kali ini..
Friday, 29 March 2024
PASTA BAWANG PUTIH,BUAH MELAKA & AIR TEMBIKAI
Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke 18
Juadah iftar saya dua beranak bersama Cella semalam 17 Ramadhan...PASTA BAWANG PUTIH
¼ pack/secekak pasta( saya guna spaghetti)
½ labu bawang putih( dadu halus)
2 biji tomato masak merah- cincang
3 biji cili padi merah Bangladesh- cincang
Sayur broccoli & beberapa kaki cendawan
1 kiub ayam
minyak & serbuk lada hitam
1. Jerang air untuk rebus pasta.
2. Sementara itu panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga keemasan. Angkat bawang putih bersama sedikit minyaknya.
( sementara itu rebus pasta dalam air mendidih hingga sedikit lembut anggaran 4 minit)
3. Panaskan baki minyak bawang putih dan tumis cili padi cincang hingga harum.
4. Masukkan tomato cincang dan masak hingga tomato lembut.Masukkan cendawan dan broccolli.Tambahkan kiub ayam.
5. Kaut pasta dari air mendidih dan terus masukkan dalam tumisan.
6. Masak seminit dua mengikut kelembutan yang disukai.Sesuaikan rasa.
7. Bila hidang tahurkan juga bawang putih goreng radi dan renjiskan minyak bawang putih atas pasta
Saya juga sempat menggentel Kuih Buah Melaka katika jam sudah menunjukkan pukul 7 malam...Thursday, 28 March 2024
BERBUKA PUASA DENGAN HIDANGAN TIMUR TENGAH @ ORCHID RESTAURANT
Pic Orchid Restaurent Group
Ambil humus tapi tak ambil roti pita...hihihi..Sebelah humus yang ada kacang kuda dekat popia tu tak tau apa nama dia..Rasanya masam dan berempah.Popia isi ayam
Kunafa,..basbousa & apa nama entah yang macam cekodok sira sirap tu..Manis melekat tu memang tradmark manisan timur tengah kan..
Wednesday, 27 March 2024
ASAM PEDAS SARDIN,SAYUR BROCCOLLI,AYAM POPCORN,PUDING KAK MEL & AIR TEMBIKAI BLACK BEUTY
Salam Ramdhan 1445 memasuki hari ke 16..
Lauk pauk untuk iftar semalam..15 Ramdhan..Tapi semalam Kak Mel bagi puding ni.Ceritanya semalam salah seorang rakan sekerja kami,Puan Isma yang tinggal kat Nilai...kematian suaminya secara mengejut..Dapat berita daripada group rasmi pukul 4.30 pagi.Kami semua familiar dengan suami Puan Isma sebab setiap hari beliau hantar dan jemput Puan Isma kat tempat kerja ni kwrana Puan Isma tidak pandai memandu.Menunggu Pn Isma dalam kereta atau kadang nampak kat pondok jaga.
Tuesday, 26 March 2024
SAMBAL TAUHU DENGAN SARDIN,AYAM GORENG,SAYUR SAWI KERITING & JUS TEMBIKAI
Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke 15 dah...Hanya tinggal kurang lebih 2 minggu sahaja lagi Ramadhan akan bersama kita.