Salam Ramadhan Kareem..Masak apa tu?
Kalau takda idea,boleh la cuba Rendang Ayam Cili Padi + Kacang Panjang.Sedap sangat pada tekak kami anak beranak.Bahan tak banyak & nak masak pun senang..Main lebur saja semua dalam kuali.
RENDANG AYAM CILI PADI + KACANG PANJANG
1 ekor ayam- potong
1 ikat kacang panjang
½kg santan segar
2 asam keping
1 helai daun kunyit
minyak,garam,gula perang
Bahan Kisar:
1 mangkuk cili padi hijau
1 labu bawang Holland
1 ketul lengkuas
1 ketul kunyit
3 batang serai
1. Garam kunyit ayam dan goreng hingga masak.Jika guna ayam pencen/ ayam kampung tak perlu goreng dulu.
2. Masukkan bahan kisar dalam kuali dan masak hingga mendidih dan kering sedikit,baru masukkan santan.
3. Masukkan ayam dan masak hingga mendidih.Masukkan asam,garam,daun kunyit dan gula perang.
4. Kecilkan api dan masak hingga naik minyak baru masukkan kacang panjang.Masak lagi beberapa minit dan sesuaikan rasa.
Saya garam kunyit kan ayam dan goreng hingga masak kerana taknak ayam tu benyek sebab masak rendang kan nak masak agak lama.Tapi goreng ayam sekadar bagi masak sahaja tidaklah sampai garing.
Oleh kerana menggunakan santan segar,saya masak versi lebur semua bahan sekali harung.Biasa kalau masak rendang guna santan kotak saya akan tumis dulu rempahannya untuk effect naik minyak.
Ni sebab santan segar( walaupun santan tu separuh beku kerana letak dalam freezer).Guna santan segar tak perlu tumia kerana nanti santan akan pecah minyak.
Masak sampai bahan kisar agak pekat baru saya masukkan ayam yang dah digoreng.
Masukkan asam,garam dan gula perang.Tapi kali ni saya gunakan gula apong
Masak hingga pecah minyak
Masukkan kacang panjang
Kacau seminit dua & sesuaikan rasanya..Rendang ni perlu seimbang rasa pedas,lemak,masin,masam dan sedikit manis.
Kacang panjang ni masa baru masak memang akan hijau..Tapi lama lama dia akan warna gelapa kerana masak dalam santan hingga kering kan..dah macam kita goreng dalam minyak juga.Tapi inilah yang akan bantu rendang lambat basi kerana tiada lagi cecair dalam kacang panjang.
Ya...memang cukup satu lauk ni sahaja.Jangan "diganggu" dengan lauk lain
Lauk ni memang bocor periuk nasi. Tak yah lrtak kerisik ya, senang jugak tu mcm resipi rendang ayam Kelantan tanpa kerisik tapi yg tu guna cili kering. Ni mesti rasa mcm masak lemak cili api sikit kan.
ReplyDeleteSaya pun mula igt mesri rasa mcm lemak cili api...tapi ternyata tidak sama..mgkin sbb ada pengunaan lengkuas
DeleteSedap ni, gu dgn nasi panas². Walah!
ReplyDeleteSelamat Berpuasa Mak Cella sekeluarga 🌹
Selamat berpuasa juha PH sekeliarga
DeleteTerima kasih Mama Cella kongsi idea. Rasanya petang nanti hendak masak begini, tapi ada mesyuarat pula... tak tahu bila boleh sampai rumah.
ReplyDeleteAlllahu...bulan bulan puasa kalau ada meeting memang lemau
DeleteTeringat pplak rendang hati ayam, pedal dan kaki ayam..arwah Mak Pah suka macam ni..letak kacang buncis...
ReplyDeleteAllahu..
Deletemakan dengan pulut pun sedap ni kak
ReplyDeletemesti sedap ni kak... bahaya2
ReplyDeletehahaha..bahaya kan
DeleteSedap…ammi suka rendang gini. Biasa kalau rendang yg ada kacang panjang ni yg letak hati/pedal bagai tu kan
ReplyDeletesedap nih..saya suka pedal tu..takyah rendan pun sedap juga.. tumis kering pedal, hati , kacang panjang & cili
ReplyDeleteSaya pun suka pedal..tapi hati kureng sikit
DeleteBagus jugak letak kacang panjang sekali .. ayam sayur semua satu lauk senang masak ..
ReplyDeleteLauk senang masak & senang tambah nasi🤣
Deleteok, esok nak masak yg ni.. yummy yummy yummy
ReplyDeleteCCL tengah blogwalking tadi ada juga rakan blogger masak menu ni rendang ayam masak cili api . Nak kena cuba la
ReplyDeleteMenu famous bulan puasa & misim raya nanti..hihihi
Delete