Tuesday, 26 March 2024

SAMBAL TAUHU DENGAN SARDIN,AYAM GORENG,SAYUR SAWI KERITING & JUS TEMBIKAI

 Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke 15 dah...Hanya tinggal kurang lebih 2 minggu sahaja lagi Ramadhan akan bersama kita.


Juadah iftar semalam...14 Ramadhan



Masak Sambal tauhu Bersama Sardin.
Antara lauk yang dah banyak kali saya masak sepanjang tahun ni tapi sekali pun belum pernah post..
Rasanya dah 5,6 kali dah masak & memang habis..kecuali sardin akan berakhir dengan jadi nasi goreng..hihihi
Lauk ni sedap sangat pada tekak saya..dengan syarat kena guna tauhu yang fresh.
Hari tu ada sekali masak kena tauhu yang ada sikit sahaja baunya pun terus spoil.
Saya jarang beli tauhu untuk masak sebagai lauk.Kalau beli kat pasar basah memang tauhu elok ja tapi hanya weekend ja la kan ada masa nak ke pasar.Kalau kat pasaraya dekat rumah saya ni tauhunya jenis lambak penuh dalam bekas berisi air...Saya tak lalu nak beli kat situ sebab memang selalu nampak ramai pelanggan dan pekerja juga yang dok basuh tangan dalam bekas rendaman tauhu tu..Geli la wei..!
Kalau tak nampak tu lain la..ni memang nampak lepas depa pegang ikan ayam bagai pastu pi celup tangan dalam bekas tauhu..adoiiii..
Beberapa kali kebelakangan ni kalau ke pasaraya dekat dengan tempat kerja,saya beli tauhu sebab depa dah pack siap siap 5 keping ..tiada lah kes basuh tangan kotor dalam air tahu tu...Yang kita tak nampak masa depa bungkus dan sediakn tauhu tu  lain kira la kan...hihihi


SAMBAL TAHU DENGAN SARDIN
1 tin sedang sardin mackerel
4 keping tahu keras- potong 4
1 asam keping
garam,gula,minyak

Naha blend:
5 cili merah
5 cili kering
1 bawang besar
3 nbawang putih

1. Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing.Ketepikan

2. Tumis bahan blend hingga naik minyak.Tambah asam,garam,sedikit gula dan sardin bersama sosnya.

3. Masak hingga pecah minyak dan sesuaikan rasa.

* Saya lupa masukkan asam keping,jadi sebelum angkat saya perahkan limau kasturi


Sayur Kailan Kerinting .


Ni 1st time saya masak sayur kailan kerinting ni...
Asalnya saya ingatkan ni sayur 
" Sawi Kerinting" tapi bila Google Sawi Kerinting gambarnya lain sikit..
Saya guna google lens tengok rupanya ni " Kailan Kerinting,"  Pada tekak saya ianya agak keras.Batang pelepahnya saya buang.Hanya lurut ambil daunnya sahaja.Mungkin cara masak saya tak sesuai..hanya tumis bawang putih dan bilis halus..Mungkin kalau masak tumis ikan masin lagi sesuai kot..




Ayam goreng...4 ketoi ja...2 drumstick 2 wings
Tak cantik kejadiannya kerana saya kelar kelar nak bagi cepat masak


Jus Tembikai Black Beuty.
hari ru ak dah tanya ..." beli tembikai dak?"
Saya hanya blend isi tembikai bersama beberapa kiub ais...Tak campur air pun...
Tapi dalam gelas saya letak ais banyak banyak..



Sangat menyegarkan dengan haruman pudina memberi kesan sejuk dan berangin.

8 comments:

  1. lama pulak tak buat tahu sambal...tgu suami balik nanti lah, baru ada geng nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali tauhu sambal eh sedap la...saya pun jarangenyambal tauhu

      Delete
  2. kailan kerinting tu nampak macam kale. mat saleh biasa buat salad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ..nampak sama tapi kailan kerinting ni daunnya agak keras

      Delete
    2. Kan ..nampak sama tapi kailan kerinting ni daunnya agak keras

      Delete
  3. Pudina memang menyegarkan. Boleh katakan hampir setiap kali waktu berbuka kalau saya suka ramas daun pudina masukkan dalam minuman. Arghh... segarnya! Nyaman bah.

    ReplyDelete
  4. Saya pun suka bubuh pudina dalam minuman.
    Segar dan nyaman bah!

    ReplyDelete
  5. lady baru tahu kewujudan sayur sawi kerinting...

    ReplyDelete