Friday, 15 March 2024

ASAM PEDAS PARI,AYAM GORENG GARING,ULAMAN,SAGU GULA MELAKA & AIR OREN SUNQUICK

Ramadhan 1445..memasuki hari ke-4..

Saya kongsikan juadah berbuka puasa hari ke 3 semalam




Masak Asam Pedas Ikan Pari + Terung Siam


ASAM PEDAS KEPALA SIAKA

2 keping ikan pari+-500gm)

5 biji terung siam

1/4 cawan minyak

5 helai daun limau purut

1 sudu teh garam

1 sudu teh gula

1sudu makan pes asam jawa Adabi +3 cawan air


Bahan Blend:

20 cili kering

1/2 bawang besar

2 bawang putih

2 hiris lengkuas

1 batang serai


1. Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak

2. Masukkan kepala ikan & biar hingga 1/2 masak.Masukkan terung dan ½ cawan air biar mendedih dan terung empuk.( Biar terung empuk baru masuk air asam supaya terung cepat empuk)

3.Masukkan air asam jawa, garam, gula & daun limau purut.

4.Biar mendidih & pekat.

5. Perlahankan api & masak perlahan 5 minit suoaya kuah naik minyak

6.Sesuaikan rasa



Sayangnya ikan pari ni macam ada bau hanyir sikit..Saya ni dah la tak minat ikan pari..Saya selalu masaknikan pari tapi biasanya saya tak makan ikan pari tu .Tapi ada beberapa kali beli IKAN APRI HARIMAU pada saya langsung takda bau yang tak menyenangkan..Isinya juga lunak dan sedap.Ini beli semalam ikan pari hitam tu ingatkan ok la...Sekali masa nak basuh tu macam kuat bau dia..Macam buka bau hanyir tapi  hamis.Saya perapkan dengan air likau nipis dan masa masak saya masukkan daun limau purut untuk hilangkan bau tu..Sudahnya semua pakat tak makan ikan tu..pakat makan kuah dan terung saja...Kuah dia sedap ja...terung pun elok lembut empuknya..Tering siam ni sedap manis isinya.Tak tau la lepas masak ikan tu berbau lagi ke tidak tapi dah jadi cuak nak makan...Adoii...sayang ooo ikan sekarang mahal...Kalau kat Pasaraya Hero tu harganya RM44/kg..


Ayam Goreng Garing...
Saya beli sekeping dada ayam...Dadukan kasar kasar dan garam kunyitkan goreng garing garing..


Ulam daun salad & timun ...Cadang nak tumbuk sambal belacan tapi tetiba malas...hihihi


Puding sagu gula melaka ..
Rasa bahagia dapat hasilnya sagu yang kenyal dan bulat jenih elok..
Saya dapat tips bi dari idea rebus sagu besar tu..
Nanti nak buat entri khas cara rebus sagu ni...untuk rujukan sendiri nanti..


Minuman Air Oren Sunquick ja..
Itulun bancuh untuk Cella sahaja..Saya minum air kosong sahaja sebab haus sangat.



10 comments:

  1. saya pun dah lama tak makan ikan pari,dah serik pernah terkena yang hamis hanyir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...daya pun rasa nak serik je..dah la kita baru nak mula makan...huhuhu

      Delete
  2. sygnya kan..daha la ikan mahal...skrg memang susah nak cari ikan pari yang xde bau...

    ReplyDelete
  3. Ayam goreng garing , dah ada ulam salad timun kalau ada sambal cili padi hijau tu memang lagi sedap . Bertambah-tambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang malas nak masak macam ni...bocor periukšŸ¤£

      Delete
  4. Sama lauk kita!
    Sy masak Asam Pedas Ikan Tenggiri & Ayam Goreng Kunyit semalam hehe...
    Cepat sikit share Mak Cella, sagu beli dah ni hihi

    ReplyDelete
  5. Mujur hanyir ikan tu tak affect rasa kuah. Kalau tidak sayang je terpaksa buang semua.

    Cuba lumur dengan tepung gandum pastu rendam la kak lenkali. Arwah pak mentua ajar basuh gitu dulu kalau masak hewan2 hanyir ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh....boleh try lain kali ni...terima kasih petuanya

      Delete
  6. Alhamdulillah.
    Rasa nak tumpang makan semulut hihihiii.
    Minuman sunquick memang menyegarkan. Firdaus suka yang dicampur dengan sun valley grenadine.

    ReplyDelete