Wednesday 18 October 2023

ASAM TUMIS IKAN PARI HARIMAU

 Saya jarang beli ikan pari..Tapi yang peliknya anak jantan yang tak konon tak makan ikan tu boleh pulak makan ikan pari...hihihi

Kata dia sebab isi ikan pari macam isi ayam...

Saya la pulak jarang beli sebab mungkin kebetulan beberapa kali beli..ada bau yang tak suka..

Minggu lepas saya ke pasar segar.Tengok ayam tak menarik sebab dah lewat petang.Nampak ikan pari yang celoreng macam 🐆 cheetah..nampak isi segar elok..Beli la sekilo..



Ikan Pari Masak Asam Tumis....
Saya masak asam Tumis cara Cikgu Sains Rumah Tangga (SRT) ajar dulu masa tingkatan 2
SRT hanya pelajar perempuan.Pelajar lelaki ambil Sains Pertanian & ada yang ambil Seni Perusahaan..Kami perempuan takda pilihan...Hanya ada SRT sahaja hingga tingkatan 3.
Topik Ikan ni masa tingkatan 2...
Setiap kumpulan 2 orang dan kena cabut undi untuk masak apa..
Ada group yang kena masak ikan sambal,ada group yang kena masak ikan masak lemak cili api.
Yang lain saya tak ingat apa menu lagi..
Saya group dengan Siammese...Ti A/P Tian namanya.
Kena masak Asam Tumis Ikan.
Cikgu SRT (Cikgu Azean) pesan kalau ada yang masak kena guna bahan blend,sila blend sesiap kat rumah.Bahan basah lain seperti ikan dan bahan lain cikgu akan beli.
Rumah saya manalah ada blender...Elektrik pun belum ada. So,kena la giling
Kalau dah tahu minggu depan kena masak,memang dah start simpan duit belanja sekolah la...Mak bagi belanja sekolah 20 sen sehari (pertengahan tahun 80-an)
Balik dari sekolah singgah kedai sebelah kedai siam tu beli cabai merah 30 sen sebelum tidur malam dah sediakan bahan nak giling esok pagi..
Sebelum mandi ke sekolah,berteman pelita minyak bertenggek la saya di penjuru jemoran( pelantar tempat cuci pinggan manggkuk) menggiling bahan..Nasib baik ada batu giling peninggalan arwah tok.
Cili merah,lengkuas,kunyit hidup bawang merah & bawang putih...Giling hingga jadi pes kental.
Isi dalam bekas bawa la pi sekolah.
Hanya Ti yang tau saya menggiling..kawan-kawan lain tak tau kampung saya takda elektrik..
Kampung Ti tak jauh dari sekolah & kampungnya ada elektrik tapi saya la pula "tak sampai hati" nak suruh Ti sediakan bahan basah..hihihi...faham kan maksud saya?🤭


Memasak Asam Tumis ni memang sangat mengingatkan saya kepada Cikgu Azean yang ajar SRT tu..
Jadual SRT berselang amali jahitan dan amali masakan..Maksudnya kalau minggu ni masak,minggu depan jahitan.Masa form 1 jahitannya buat apron.Cikgunya Cikgu Rahimah...cantik orangnya.
Form 2 amali jahitan buat housecoat(macam baju tidur labuh butang kat depan)..Cikgu Azean..hitam manis & "andalusia"
Form 2 amali jahitan kena buat blouse..Cikgu Fauziah..Cikgu Fauziah ni mak mak sangat..
Kalau kena minggu jahitan...Garang macam singa!
Saya paling benci minggu jahitan sebab pengalaman buruk dimalukan dan dimaki hamun oleh Cikgu Azean...
Puncanya saya tak mampu beli kain yang macam Cikgu Azean nak.Murid lain semua bayar pada cikgu untuk cikgu belikan kain tu kat Alor Setar.Kalau tak silap sorang kena bayar RM15...
Ye, saya SORANG ja tak mampu bayar..!
Masa tu duit  biasiswa belum masuk Kalau tak salah cikgu minta duit tu awal tahun dalam bulan Januari...Kalau tak salah duit biasiswa akan masuk  bulan Mac rasanya..
Puas minta duit kat mak,mak tak ada duit banyak tu...tapi mak belikan  saya dua keping kain lelong kat Pekan Sabtu di Pendang yang harganya  dalam RM5 ke macam tu la...Tak ingat sangat harga yang tepat tapi kain murah la...
Oleh kerana hanya saya sorang yang tak bayar RM15 tu dan masa Cikgu Azean agihkan kain kepada rakan-rakan..saya pun keluarkan kain saya yang mak beli...
Perasaan ..?
Jangan cakap la tak gementar,malu apatah lagi sebab dah tau apa akan keluar dari mulut Cikgu Azean..
Cikgu Azean terus ambil kain saya dan maki hamun berbakul.saya kena maki kerana hanya kain saya sorang lain dari yang lain...Saya masih ingat corak kain rakan-rakan semua bunga kecil-kecil warna oren...Kain saya corak pokok kelapa warna merah..!
Hihihi jauh naw beza kain tu...
Butang dorang saiz duit 20 sen..Butang saya mak belinsaiz duit 10 sen...Marah betul Cikgu Azean pada saya..Dibawanya kain tu ke bilik guru dan  dicanangkan bahawa saya murid yang degil dan berkira nak bayar RM15...
Malu dah terhina...menangis saya sepanjang hari...
 Trauma saya kalau bab menjahit ni.. sampai sekarang saya tak suka menjahit..hihihi
Tapi kalau minggu masakan,saya suka & minat sangat.. 
Saya tau Cikgu Azean pun kena akui akan minat dan kesungguhan saya setiap kali minggu masak.Saya sanggup ikat perut demi nak beli bahan masakan..
Kalau kena bawa kelapa..rakan lain beli kelapa mesin kat kedai..saya bawa kelapa kukur sebab kampung saya mana ada jual kelapa mesin.Pastilah dia dapat bezakan antara  cili yang diblend  atau digiling..Dia pun tahu saya menggiling cili sebelum ke sekolah tapi kerana beliau orang bandar Alor Setar dan cikgu pula,manalah beliau dapat nak menyelami kepayahan orang kampung pedalaman yang serba kekurangan dan struggle nak belajar macam saya.. Bukan salah cikgu Azean la...!
Semoga Cikgu Azean maafkan saya .
Terima kasih ajar saya masak Asam Tumis ni....


Bila dah merantau ke KL awal tahun 90-an ...baru saya tau  Asam Tumis ni lebih kurang Asam  Pedas ..
Kalau kat Kedah yang  orang lain panggil Asam Rebus tu la Asam Pedas kami..
Yang macam Asam Pedas ni kami panggil Asam Tumis..Rasa dan rupa hampir sama dengan asam pedas selatan tapi mnggunakan cili merah segar (kami panggil cili hidup)
Cara masak pun hampir sama tapi seingat saya takda dicampur asam jawa, bendi atau terung..Hanya dicampur belahan buah tomato .
Dah lama juga tak masak Asam Tumis ni...Dulu mak rajin masak asam tumis ikan kembung tapi guna cili padi sebab cili padi mak tanam sendiri..cili hidup payah nak dapat..


Katika ditumia bahan baunya memang sangat harum.Mungkin kerana penggunaan bahan segar
( bahan basah).Dari segi tekstur kuah...Asam Tumis ni tidaklah semerah Asam Pedas ..tapi lebih kepada warna oren...



ASAM TUMIS IKAN PARI HARIMAU
1 kg ikan pari harimau- potong
3 biji tomato merah-belah 4
3 tangkai daun kesum
1 biji terung (resipi asal tak guna terung tapi saya tambah)
minyak,garam,gula & perasa/kiub ikan bilis

Bahan Blend:
15 cili merah
1 bawang besar
10 bawang putih
3 hiris lengkuas
1 ketul kecil kunyit
1 ketul belacan( saiz ibu jari)

1. Panaskan minyak dalam anggaran ¾ cawan dan tumis bahan blend  hingga naik minyak.

2. Masukan ikan dan balik-balikkan hingga  ½ masak,badu masukkan 3 cawan air(ikut pekat kuah yang diingini)

3. Masukkan juga tomato dan masak hingga kuah menggelegak dan ikan masak.

4.Perlahankan api dan biar mendidih perlahan beberapa minit agar kuah naik minyak dan cantik.

5. Perisakan dan masukkan terung goreng.Sesuaikan rasa dan siap 


Sedap sangat Asam Tumis Ikan Pari Harimau ni...tekak saya la...hihihi
Asam Tumis ni la saya gamdingkan dengan FUFU - MAKANAN AFRIKA ...kat sini
Ikan pari harimau ni kalau jumpa lagi...harus dibeli sebab isinya lembut...tidah hanyir dan sedap..
Selalu beli ikan pari biasa yang warna kelabu tu...Rupanya pari harimau lagi sedap..
Masa beli ikan pari ni..saya anggap Pari Cheetah sebab corak dia...
Bila menggoogle baru tau namanya Pari Harimau
Pari ada banyak jenis rupanya..
Saya jumpa info pasal

7 comments:

  1. Sedapnya pagi- pagi nampak lauk asam tumis ni..lebih kurang lauk special Pak Zain cuma Pak Zain guna kari dan asam keping je..

    ReplyDelete
  2. ralit saya baca kisah lama akak....saya pun tak minat menjahit,ingat awal kahwin dulu waled minta saya belajar menjahit,siap daftarkan saya masuk kelas menjahit belikan mesin jahit tepi dan jahit biasa,tapi setiap kali nak potong kain saya jadi pening dan muntah...punya la tak minat..

    ReplyDelete
  3. Sedap lauk ni MC...
    Sy pun byk juga kenangan pahit manis bila kita dilahirkan dan dibesarkan dlm serba kekurangan ni. Paling ketara rasa rendah diri tu sgt tinggi bila bersama kawan2 yg lebih dari kita masa tu... Masa dok asrama la... Tapi itulah motivasinya nak ubah hidup sendiri ☺️

    ReplyDelete
  4. Kak lin pun prnh bbrp kali beli pari yg berbau.. akhirnya, sampai skrg, tekak xmo mkn pari..
    Cte umi cella kali ni buat kak lin leka mmbaca.. 😌

    ReplyDelete
  5. Ada jenis pari berbau dan tak berbau. Kalau di LDU biasanya pari ayam tak berbau.

    ReplyDelete
  6. Ikut terharu baca kisah kakak zaman sekolah tuh. Taulah rasanya di maki hamun apalagi dengan cikgu sendiri pula 😔.

    Kalo soal ikan, saya picky sangat. Tak terlalu suka . Tapi memang ada beberapa ikan yg saya masih nak makan. Dan kebanyakan ikan laut. Salah satunya pari. Apalagi ikan ini banyaak di kampung saya Sibolga, Tapanuli Tengah. Jadi memang sering dimasak mama. Biasanya kalo tak di bakar, di gulai.

    Pindah pula ke Jawa, ternyata pari banyak dimasak Mangut oleh orang Jawa. Sedap juga, dan pedas. Bagi saya yg penting pedas 😄.

    ReplyDelete
  7. Baca kisah akak dan cikgu SRT terus terbayang cerpen2 MB Kedah tu di TikTok dgn background music syahdu lagu Haruman Terindah. Ahakssss…

    ReplyDelete