Sunday, 17 March 2024

TART NANAS CEMILAN BULAN PUASA

Hari minggu baru ni mengetart sebab teringin sangat nak makan tart nanas guna jem nanas masak sendiri.


Saya memang suka tart yang old skol yang jemnya kat atas tu..
Saya suka tart yang intinya masam manis maka kena la buat sendiri jemnya
Kalau jem yang beli tu agak liat dan terlalu manis.Bila dah bakar jem dia akan gelap dan keras kan
.sebab terlalu manis..Ye la depa terpaksa buat over manis supaya tahan lama kan...kalau tak manis takut cepat rosak kan.Lagipun ramai yang suka jem nanas macam tu.Saya pula suka jem yang masam manis .Sebab nak ikut tekak sendiri,kena la buat sendiri...hihihi



Dah siap jem...jenuh pulak nak kumpulkan kerajinan untuk mengetart pulak🤭
Tapi paksa juga diri sebab anak tekak dah craving  sangat..
Jem nanas ni buat bodo bodo ja.

-2 biji nanas( pilih yang kulit belum kuning).Potong kasar dan blend.Kalau boleh jangan guna air.
Kalau guna air,lepas blend tapis.Tapi simpan airnya.
( pastikan blend agak kasar.Jangan halus sangat Kalau halus berkrim jenuh la nak kacau hingga kering.🤭) Kalau guna food processer tu lagi elok kot..Nak sagat leceh..

- Masak nanas kosong dengan beberapa kuntum cengkih dan seinci kulit kayu manis hingga agak kering.Masukkan semula air nanas dan masak lagi hingga pekat barulah masukkan gula dan sikit pewarna kuning

- Gula saya agak agak sahaja.Saya cicip untuk tahu tahap manis yang saya suka.

- Kacau tanpa henti hingga kental dan jem nampak  seakan lutsinar.Sejukkkan


Untuk doh tart nanas ni saya guna resipi Azlina Ina

                 TART NANAS (Azlina Ina)

Bahan-bahan:
500g pure butter tatura salted
5 sudu besar susu pekat
1/2 cwn gula pasir halus (kalau tak suka doh manis kurang kan gula)
3 biji kuning telur sahaj (saiz A atau B)
Sedikit pewarna kuning lemon
Sedikit esen vanila
4 sudu besar minyak sapi
1/2 cwn susu tepung *
1 sudu besar tepung beras *( kalau suka jenis rangup bukan gebu)
2 sudu besar tepung custard *
1 cwn tepung jagung
6 cwn tepung gandum cap rose ( ayak )

Untuk sapuan kuning telur lepas menggulung tart tadi
– 5 biji kuning telur
– 1/2 cwn susu segar
– sedikit pewarna kuning lemon


1. Satukan butter (suhu bilik), susu pekat, gula, kuning telur, pewarna kuning, esen vanila, minyak sapi. Kacau guna senduk, sekadar sebati sahaja.

2. Ayak bahan bertanda * dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau rata.

3. Tambah tepung jagung, kacau lagi.

4. Last tambah tepung gandum yang dah diayak sikit-sikit sambil uli guna tangan sampai doh lembut tak lekat di tangan & boleh dibentuk. Berhenti tambah tepung ok.

5. Terap doh letak inti, gulung cantik-cantik, susun dalam dulang, lapik dulang dengan baking paper supaya tak lekat bila dah siap bakar nanti.

6. Sapu kuning telur pada permukaan tart.

7. Panaskan oven set suhu 170-180°c masa 20-30 minit atau sampai masak. Ikot suhu oven masing-masing ye.

8. Dah masak biar sejuk dulu baru susun dalam balang.

* Tips gentel inti jem nenas supaya tak lekat di tangan.

* Simpan sekejap jem dalam peti, sebelum gentel inti sapu minyak kat tapak.

* Tips gentel jem bia nampak gemok bukan gentel bujur tapi bulat.

* Tips sapuan kuning telur cantik berkilat, masuk kan sedikit minyak masak dalam sapuan kuning telur.

* Tips tart tak berkulat, bakar suhu rendah dan masa panjang kan.

* Tips tart tak berkulat, pilih inti nenas colour coklat lebih pekat sebab kalau colour kuning pucat pengeluar guna nenas muda dan tart mudah berkulat sebab inti banyak air dan gula sebab nenas muda tak manis .

Selamat mencuba!


Selain tart inti kat atas tu...buat juga versi gulung sebab zaman anak anak depa lebih mengenali tart gulung ,jadi depa lebih suka tart gulung.
Saya tak glis pun permukaan kuih tat ni..terus bakar sahaja selepas siap gulung

Dapat la banyak ni untuk 2 ketul butter ( setiap satu 250gm) tu.Dua bekas tat gulung dan satu bekas tart inti kat atas tu



Ni pic sebelum puasa hari tu..Sekarang dah tinggal tak sampai suku🤭.Kat rumah ni memang jenis makan biskut raya dalam bulan puasa..
Eh,sekarang memang dah jadi trend makan biskut raya bulan puasa kan..🤣Bila raya dah tak pandang biskut..pakat cari makanan berat..Puasa kali ni pakat suka tart pulak..

Biasa hari pertama puasa saya dah mula buat tempahan cookies raya.
Sekarang,umur pun dah bertambah..,
Tuntutan kerja pun makin bertambah.Semalam Sabtu ketiga pun kena pi kursus.Balik dah penat,rasa nak tidur ja. Tahun ni saya tak open order.Hanya buat untuk sendiri .Tapi ada jugak la beberapa orang yang saya "wajib" terima tempahan mereka🤭.
Tapi tak la banyak..bolehlah sekadar lepas duit petrol dan tol untuk raya nanti sesambil buat untuk sendiri. In shaa Allah..


Dah ramai yang mula buat biskut raya ke tu?


18 comments:

  1. CCL tak suka sangat tart nenas ni . Inti tu kadang manis yang amat manis . Selalu kalau buat / beli untuk mak dan adik jer . Diorang suka makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat sendiri boleh adjust manis.Tapi tu la kalau kurang manis inti tak tahan lama

      Delete
  2. CCL tak suka sangat tart nenas ni . Inti tu kadang manis yang amat manis . Selalu kalau buat / beli untuk mak dan adik jer . Diorang suka makan

    ReplyDelete
  3. Sy pun dah start makan kuih raya; mazola dgn tart nenas gak. Tapi tunjuk² ja, tak reti nak buat haha ...

    ReplyDelete
  4. Ada ke org yg tak suka tart nenas ni hahahaha.. sedapppp

    ReplyDelete
  5. aduh mak.. tak rajinnya saya nak buat sendiri intinya. selalu beli inti yang dah siap je. Tak larat nak kacau satu hal. Sebelum masak nampak banyak, dah siap, alahai sikit je dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...kena masak banyak sekalugua baru berbaloi

      Delete
  6. Moga Mama Cella terus rajin mengetart. Memang sedap buah jem nanas sendiri.
    Tiba-tiba terpandang kesan parut di belakang tapak tangan! Aduinaaa... peristiwa lama menjelma kembali. Terasa-rasa betapa panasnya apabila seketul jem nanas yang sedang diaduk dalam periuk atas dapur melompat naik ke tangan...huhuhuuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adui...boleh tanggal kulut ooo kalau kema jem panas

      Delete
    2. Adui...boleh tanggal kulut ooo kalau kema jem panas

      Delete
  7. Belum mula buat biskut..jem pun tak buat lagi. Duk pulun siapkan karipap lagi nihhh. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...mami kencang niaga sekarang..bagus bagus bagus👍

      Delete