Thursday, 21 March 2024

LAKSA LEMAK UTARA vs AIR TEBU LEMON

Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke 10.Sudah ⅓ Ramadhan berlalu pergi...Bersisa 19@20 hari sahaja lagi..


Laksa Lemak Utara vs Air Tebu Lemon..
Juadah iftar saya semalam.
Sudah lebih seminggu agak meriah meja iftar di rumah ni...
Namun semalam agak sepi.
Iftar berseorangan cukup semangkuk laksa dan segelas air tebu lemon.Anak jantan tu kerja menjelang sahur baru balik.Cella pun dah balik kolej..



Idea nak makan laksa tu datang,maasa lalu tangki air dekat tempat parking kereta @ tempat kerja.Nampak pokok putat sedang berpucuk.Petik 5 tangkai.Pucuk putat antara ulaman sesuai makan dengan laksa & lagi ngam dengan laksa lemak utara.




Sebenarnya kuah laksa tu,kuah frozen sahaja.Saya masak laksa sebelum puasa hari tu..Sengaja madak kuah lebih untuk frozenkan.Masukkan dalam plastik makanan tu ikat elok elok & bekukan.Nak makan tinggal panaskan kuah dan rebus laksa kering sikit.Saya guna laksa Eka yang jenis halus.Laksa jenis kecik ni cepat masak dan sangat sesuai untuk kuah lemak utar ni..
Saya rebus sekeping sahaja.Itupun tak habis sebab makan sorang.Makanan berkuah pulak,kan cepat ja kenyang.Tidak lah bawa ke sahur.
Laksa dan kuah ni nak senang pakai sardin macerel ja takyah nak siang dan rebus ikan.Kalau nak makan bulan puasa takat 3 orang makan boleh guna sardin macerel tin kecik tu pun dah cukup.



LAKSA KUAH SARDIN
1 Keping laksa kering - rebus hingga lembut, basuh & toskan

KUAH SARDIN
1 tin sardin macerel
1/4 kotak santan kara
3 cawan air
1 asam keping
1 bunga kantan/1 pokok daun kesum
1 sudu teh garam
1/2 paket kecil serbuk kari ikan
1 bawang merah - hiris
1 sudu minyak

Bahan Ulam
2biji telur rebus
1/4 batang timun - hiris
1/4 bawang besar - hiris
1 pokok daun selom - hiris
1 limau nipis
Cili padi potong - jika nak pedas

1. Panaskan minyak & tumis bawang merah hiris.
2. Masukkan rempah kari yng dibancuh xengan 1/2 cawan air. Masak hingga naik minyak/hingga kering
3. Masukan sardin macerel yang diblend  bersama sosnya. Tambah 3 cawan air, garam, asam keping & masak hingga mendidih.
4. Bila mendidih masukkan santan & kacau rata & masukkan bunga kantan/daun kesum
5. Sesuaikan rasa
6. Masuklan laksa ke dalam mangkuk dan siram kuah hingga banjir. Tambah ulam




Air Tebu Lemon...sebagai pembasah tekak..Sebelum ni dah pernah buat 
AIR TEBU LEMON ..kat sini.Swsuai untuk penggemar rasa segar gabungan manis dan masam.Sesekali mencuba ubah rasa.Kadang lebih suka manis ori tebu tu boleh minum begitu sahaja.


Pukul 6.30 baru panaskan kuah dan rebus laksa serta potong ulaman.Rebus telur pun tak dan nak masak sepernuhnya...Putih masih ada lembik dan jadi telur leleh la pulak



Alhamdulillah...rezeki 9 Ramdhan.


Merisik anakanda di Tawau...
Adah masak pasta sardin untuk iftar.Katanya kuih dan minuman dia beli dekat mini bazar dekat rumahnya..Makanan berat masak sendiri.Setiap petang dia akan VC tanya mak dia masak apa...hihihi






Sepanjang 10 hari bersahur belum sekali pun makan berat.Semua pakat makan cereal dengan susu berselang seli dengan roti bakar ja

                          pic googleS

aya suka sangat roti multigrain keluaran Gardenia ni..Sejak Gardenia keluarkan roti ni memang menjadi salah satu makanan yang jarang putus bekalan kat rumah ni.Cuma tahun lepas ada satu ketika susah nak dapat,Sanggup saya hubungi Gardenia tanya & mereka cakap memang masa tu pengeluaran roti ni berhenti sekejap.Tak lama lepas tu nampak dah ada balik kat pasaran & saya happy sangat.Roti ni sedap sebab penuh bijian.Bila sapu butter kedua dua belah dan dibakar menggunkan sandwich maker.Kalau guna tosster dihanya garing tapi kalau guna sandwich maker,roti lebih garing dan rangup kerana roti dimampatkan jadi extra rangup.

15 comments:

  1. Saya paling terpikat dengan air tebu lemon tu!

    ReplyDelete
  2. tak leh jadi ni..mana boleh tengok saja,ptg satgi nak buat kuah laksa la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat kuah sardin ja ...hihihi
      Kutunggu laksa mu🤣

      Delete
  3. Kadang berangan jugak nak buat kuah laksa dari mackerel dlm tin tapi takut kantoi ngan Pak Inche sebab dia tak makan sardin, hehehe. Sy pun berbuka sorang semalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat kerja clean...jangan samoai kantoii🤭

      Delete
  4. menarik nampak laksa lemak tu

    ReplyDelete
  5. air tebu lemon? Tak pernah jumpa lagi sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak jumpa...kena buat sendiri uncle🤣

      Delete
  6. Sejak kali pertama orang bagi rasa laksa lemak, terus saya jatuh suka. Sedap 😋

    Rumah saya ada limau kasturi, habis segala minuman saya letak perahan limau kasturi. Air kelapa, air 100plus pun. Sedap gabungan ada rasa masam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan Ujie....Ala ala Laksa Johor pun ada kan

      Delete
  7. Melambai² la pulak laksa tu pun haish!
    Pucuk putat buat ulam sedapnya...

    ReplyDelete
  8. hadir dengan laksa lemak utara pulak , dan-dan terliuq ni

    ReplyDelete
  9. SA x pernah makan pucuk putat...mesti sedap kan..

    ReplyDelete