Alhamdulillah...
Akhirnya jejak juga kaki ke bumi Tawau...
Ceritanya dah sebulan berlalu tapi baru sempat membuat catatan dan edit sikit sikit videonya..
Ceritanya bulan lepas..bulan Oktober,Adah akan kembali ke Tawau.Sebelum ni balik berdua.Kali ni dah bertambah..depa balik ke Tawau betiga beranak.Tiga bulan cucunda menharumkan rumah ni,maka akhirnya menuntut mereka untuk kembali ke Tawau atas tuntutan kerja.
Plan asal saya akan fly hantar Adah & Sarah Miqayla pada 11 Oktober.Tetapi memandangkan pendaftaran sem baru Cella kat UPM dianjakkan daripada tarikh asal 7 Oktober ke tarikh baru iaitu 14 Oktober,Cella kata dia nak ikut.
Tapi perancangan Allah itu lebih baik daripada apa yang kita rancang.
Suami Adah kena berkursus di Kuantan & dapat la balik amik Adah & Miqayla.Dipendekkan cerita depa guna tiket waran kerajaan.Agak leceh nak booking tiket saya sama flight dengan depa.Walaupun saya juga pekerja gomen tapi tidak lah dapat waran kan...lain lah kalau kerja obesi kan...π€£π€£π€£π€£.
Asalnya saya nak ke sana tu sebab suami Adah belum confirm lagi dapat cuti ke tidak untuk balik amik Adah & Miqayla.Tujuan nak temankan Adah dalam flight kot cucu meragam ke apa ke..Tapi dah tak sama fligh camana tu? iTket dah beli..hihihi.
Alang-alang dah macam tu saya minta Adah tambah tiket lagi satu untuk anak bujang tu..Kesian pulak dia sorang tak ikut..Suruh Adah beli tiket senyap senyap jangan bagitau
Nak jadi cerita pula,plan ngan Cella nak surprise kan anak bujang tu dengan tiket Tawau.Sebab dia memang tau hanya booking 2 tiket saja untuk saya & Cella akan ke Tawau tu.
Rupanya anak bujang tu takmau ikut kami ke Tawau.Ada urusan perlu dibereskan dan mana boleh nak apply cuti adhock.Aduh,siapa yang surprise ni??? hihihi.
Takpalah redho jer lah tikiet dia burn..Saya & Cella jer lah yang pergi.
Maka sudahnya depa 3 beranak fly balik Tawau awal sehari iaitu pada Khamis 10 Oktober 2024
Depa tiket waran dapat la box kudapan ni...Suka ni saya kalau dapat ..hihihihi....
Saya tak dapat hantar mereka ke KLIA sebab takkan nak excuse lagi kan..dah la esoknya Jumaat tu dah amik cuti.Kang meragukan pula depa ingat sesaja amik kesempatan nak cuti awal.So,hanya Cella pi hantar depa ke air port tu.Tapi elok juga lah Cella sorang hantar sebab lugage depa saja penuh bonet dan seat belakang kereta.Cuma saya risau Cella nak sorang sorang turun ke parkir kereta lepas depa dah fly.Tapi Cella kata dia ok ja sebab dah biasa parkir KLIA tu..k
Dipendekkan cerita lagi saya serta Cella menyusul pada keesokan harinya 11 Oktober.Nasib baik juga Apply cuti sehari diluluskan.Dan Alhamdulillah juga cuti anak bujang tu pun diluluskan last minutes..Tak tau la apa dia "goreng" hahahaha .
Dapat la kami fly 3 ke Tawau...+ menantu..Adah & Miqayla...Kiranya semua family kecik berkumpul di Bawah Bayu pada 11 Oktober tu..
Walaupun ini bukan kali pertama ke Sabah tapi adalah 1st time ke Tawau.Tapi bukan la selalu ...baru dua kali ke tiga kali macam tu je ke KK,Kundasang.Itupun zaman muda pernah lah 2 kali hiking Gunung Kinabalu.Tawau ni sebelum ni tiada dalam perancangan pun..Kalau Sandakan tu macam ada la juga dalam fikiran untuk menjejak.... Tapi tu la takdir Allah rezeki Adah sekerluarga bermukim di Tawau....Rezeki kami la juga dapat ke sana.
Perjalanan kami ada saya upoad kat youtube channel saya
πππππ
https://youtu.be/f0uTYLRKTV8?si=saE-wGVpokrUfslH
Selalu edit short video pun tunggang langgang...tapi kali ni edit juga video panjang sikit simpan buat kenangan..hihihi
Tapi sayanganya dek masih merangkak nak hasilkan video..saya ambil video secara potrait untuk short video....So,jadi tak cantik la untuk video.Better kena guna landscape baru cantik..Kena belajar lagi ni...hihihi
BERSAMBUNG.....