Sunday, 24 November 2024

MAKAN IKAN BAKAR PAK DIN KAT LESTARI @ NIAGA TANGLIN

 Semalam..Sabtu plannya nak sarapan ngan Cella kat luar Dia dok sebut nak makan roti canai..Tapi malam tu dok buat tugasan apa entah,pukul 6.00++ pagi baru nak tidur...memang kita kejut dia tak buka mata la..Katanya dah taknak sarapan..nak tidur ja..


Pukul 10 pagi kejut lagi sekali,ajak gi makan ikan bakar.Kalau nak gi kena awal...saya tak suka kalau gi nak makan nak kena melilau cari meja..Kalau awal biasanya orang belum ramai.Lagipun Cella dah banyak kali dok sebut nak rasa ikan bakar Tanglin tu.Sebelum ada la sekali ke dua kali  saya gi situ ngan Adah...Cella belum pernah gi.



Dipendekkan cerita kami sampai tepat tepat pukul 11 pagi..Ramai orang masih dok makan Nasi Lemak Tanglin...tapi kami sah sah la datang nak makan ikan bakar kan...so,ke gerai ikan bakar lah...

Kali pertama datang dulu gerainya makan bawah payung & parkir pun tak banyak.Kena  bertabah menunggu...Tapi sekarang lepas upgrade dah banyak parkir & tempat makan pun banyak dan berbumbung.


Kali pertama makan dengan Adah ada saya post dalam posting MAKAN IKAN BAKAR PAKDIN @ TANGLIN tahun 2021..

Kali kedua makan tahun lepas bulan Jun  masa ke JAWI & Masjid Wilayah menguruskan pernikahan Adah..Jadi ingat tu sebab kami dua dua orang tak bawa cash..Tapi rupanya makan kat sini masa tu peniaga tu takmau online banking..Just nak cash...masa tu la Jun 2023 ..

Nasib baik ada terselit duit note RM5 & singgit singgit dalam kereta..Kutip kutip kutip dapat dalam RM40...Takut tak lepas nak bayar,kami tak berani nak order air..hanya ambil air suam percuma yang disediakan🤭.Masa tu kelakar + insaf ...

Sekarang tak tau la pulak sebab semalam saya memang bayar cash ...sanggup singgah ATM dulu sblm ke sini🤭


Seperti biasa dimana juga makan ikan bakar....Ikan Kembung akan jadi pilihan saya....hihihi



Cella pilih ikan keli...Saya tanya kenapa tak pilih ikan lain...macam ikan pari ke,ikan cencaru atau ikan talapia ke?

Kata Cella dia tak ingat nama-nama ikan..masa pekerja tu tanya nak ikan apa...dia hanya nampak dan kenal ikan kelo sahaja..tu sebab dia pilih ikan keli ..🤣🤣

Oh,baru teringat...kalau sebelum sebelum ni datang weekday dalam pukul 11++ buasanya semua jenis ikan dah diletak dalam pinggan.Kita hanya ambil dan hulurkan kepada pekerja dia untuk siram air asam..
Ni weekend datang agak awal & kebetulan pekerja sedang membakar ikan dan belum di isi dalam pinggan.So,kena sebut nak ikan apa ...Padahal kok tak kenal ikan pun boleh jer kan tunjuk nak ikan yang mana...tak payah la sebut nama ikan..🤭

Kalau nak tengok ikan bakar yang kami makan ni dalam bentuk video boleh tonton kat 

👇👇👇👇👇👇👇





1 comment:

  1. Puas makan ikan bakar ni...perghhh kemain banyak siram air asam sampai banjir!

    ReplyDelete