Tuesday, 30 July 2024

ASAM PEDAS TETEL vs SUP DAGING + LOBAK PUTIH

 

Hari ni masak Asam Pedas Tetel..

Tetel beli kat Pasar Tani hari Sabtu baru ni...Rasa teringin nak makan tetel..Beli 1 kg tetel & 1 kg daging segar...

Dah rebus tetel tu sejak hari Sabtu.Pastu frozenkan.Pagi tadi sebelum subuh masak asam pedas tetel ni ..


Untuk  mummy yang berpantang,kita masakkan Sup Daging + Lobak Putih..



Yang tak pantang ni nak lauk pedas dan berlemak..maka kita berasam pedas tetel...Terliur tapi tak bawa bekal tadi..Lagipun dah oder Laksa Lemak Kelantan kat tempat kerja...

Tak sabar balik nanti nak makan asam pedas tetel.Pasti bertambah sedap makan  selepas beberapa jam dimasak...hihihi

ASAM PEDAS  TETEL

1 kg daging tetel- rebus
1 sudu teh penuh pes asam jawa Adabi
1 sudu garam
1 sudu teh penuh gula melaka
5 tangkai daun kesum
1/2 cawan minyak

Bahan Blend;
30 cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih
1 batang serai
3 hiris lengkuas
3 hiris halia

1. Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak. 

2. Masukkan daging tetel rebus bersama air rebusan dan biar hingga daging empuk. 

3. Bila daging lembut barulah tambah air asam jawa (1 sudu teh pes asam jawa + 1cawan air). Adjust ikut kepekatan kuah

4.Tambah garam, gula, daun limau purut & daun kesum

5. Perlahankan api & masak dengan api perlahan supaya naik minyak & kuah cantik

6.Sesuaikan rasa.


Saya ada muatkan video pendek  Asam Pedas Tetel di saluran youtube..Boleh tonton di :

https://youtube.com/shorts/fAKzgyzJ-Fg?si=evSrX6mDaMFHvtLs


Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕

Friday, 26 July 2024

BUBUR ASYURA 2024

 Alhamdulillah....tahun ni dapat masak lagi bubur asyura bersama.rakan rakan sekerja..

Acara rutin sejak sekian lama tapi tahun lepas tak masak  sebab  pakat merajuk🤣

Bukan merajuk dengan rakan rakan..tapi pakat merajuk bila pinjam kawah dari surau kuaters 2022 masa masak BUBUR ASYURA 2022...pihak AJK surau berbunyi.Padahal pihak Kelab KGK bertungkus lumus mengilatkan kawah yang di ambil dalam keadaan berkarat teruks..Dah bayar kos sewa kawah bagai melebihi yang dipersetujui...

Semua dah tobat takmau pinjam........( sebenarnya sewa) dari Surau Kuaters 🤭.Walau dipelawa untuk pinjam lagi....semua dah tak sudi..Lagi sanggup tak masak bubur asyura daripada meminjam kawah surau kuaters...hihihi

Orang tua kalau merajuk memang tak makan pujuk..🤣


 Tahun ni semua dah pakat sejuk hati dah tak merajuk..Dah pakat semangat nak mengacau bubur asyura bila Ustaz Hafiz iaitu imam Surau As- Sobirin  merangkap juga  orang kuat Masjid Al- Mukhlisin berjaya dapatkan tajaan  segala kelengkapan dari pihak masjid..

Kawah besar 2 buah beserta semua kelengkapan peralatan memasak membuatkan semua kembali bersemangat...hehehehe

Dipendekkan cerita ....2 kawah bubur asyura iaitu sekawah versi Pantai Timur dan sekawah versi Utara..berjaya dimasak pada hari Rabu.. 18 Muharram 1446 bersamaan 24 Julai 2024


Cantik dan menarik kan...


Bubur Asyura versi  Utara...Ketua tukang masak tahun ni Kak Izzah...Dulu sebelum Kak Izzah datang,sayalah kepala untuk versi utara..Ni dah ada Kak Izzah..kita bagi otai la guna resipi depa pulak kan..Walau sama negeri tapi resipi tak sama...Otai mesti lagi hebat....hihihi


Bubur Asyura Versi Pantai Timur. tapi tepatnya versi Trengganu...Ketua tukang masaknya Fariza. .anak jati Trengganu..

Jujurnya...pada deria rasa saya...bubur asyura Trengganu tahun ni memang sedap sangat...
Selalunya rasa rempah kuat sangat membuatkan tekak tak berapa nak terima...Tapi tahun ni depa kurangkan rempah...lebihkan daging...dan hasilnya memang mantop!!
Kali ni tekak saya dah derhaka 🙏kerana  kali ni saya menyukai bubur asyura Trengganu ni berbanding versi utara..Benarlah hati manusia ni mudah berbolak balik....sekejapan sahaja boleh berubah- ubah..

Untuk Kali inilah.....Kalau kalinyh lain asyura utara tetap dihati..maklumlah kita membesar dengan bubur asyura utara..Begitu juga bagi warga negeri lain pastinya mencintai makanan negerinya kerana sudah terbiasa citarasa tersebut sejak kecil.Cuma dewasa ini kita berpeluang mencicip makanan dari merata pelosok..Maka kita raikan perbezaan menjadikan ia sebagai hikmah untuk kita merasai aneka rasa..Alahamdulillah....


Dah lebih seminggu tak jenguk blog dan youtube ..hihihi
Sebenarnya saya buat youtube channel hari tu sebab ditugaskan untuk wujudkan youtube channel berkaitan kerja..Kena buat selewat-lewatmya bulan Julai ..
Tu yang saya terpaksa belajar dalam keterpaksaan  dengan cara buat youtube channel sendiri dulu untuk belajar sebelum creat youtube berkaitan kerja tu..
Alhamdulillah,hikmahnya saya ada la youtube channel sendiri walau hanya youtube cikai yang penuh dengan kesilapan...Belajar dari kesilapan la kitanya kan...hihihi .
In Shaa Allah minggu depan keluarlah channel berkaitan kerja tu tapi saya tak berniat nak share kat sini sebab yang tu berkaitan kerja...segannnnn🙈

Susah juga orang tua macam saya nak belajar.....rasa macam nak pencen awal pun ada..🤭
Tapi mengenangkan komitmen nak bayar rumah..kereta....anak punasih belajar....terbantut nak pencen awal.... 🤣
Live must go on !!


Untuk menonton video memask Bubur Asyura versi Trengganu dan Kedah ni boleh tonton di 



Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕

Thursday, 18 July 2024

MENU PANTANG BERSALIN: LAUK IKAN MASIN & ULAM

 

Sesekali sediakan menu kering kering untuk Adah .

- Nasi Putih

- Ikan Masin Goreng + Bawang

- Ulam Pegaga

- Temu Kunci

- Air Suam Kosong


Lauk macam ni kalau bagi saya...memang pantang...🤣

Bocor periuk...hihihi

Wednesday, 17 July 2024

MENU PANTANG BERSALIN : AYAM PANGGANG,IKAN TALANG MASIN,ULAM PEGAGA & BUAH APPLE

 

Antara menu untuk Adah.
Yang ni menu semalam..hari Isnin..

- Nasi Putih
- Ayam Panggang Air Fryer
- Ikan Talang Masin Goreng Daun Bawang
- Ulam Pegaga Kerinting
-Buah Apple 

Apple ni sedap betul...

Nurul,kawan Adah yang bawakan hari Ahad tu...

Sejak dah ada baby ni..Sabtu Ahad memang hari tetamu menziarah...sama ada rakan rakan Adah atau keluarga sebelah mentua Adah.Maklumlah,keluarga mentua Adah pun tinggal sekitar Klang Velley ni juga.Family belah saya semua kat utara nunn..hanya saya kat KL ni..

Eh,apple tu sedap betul la ..Rupanya dan warna kuning merahnya seakan donut pic...saya segera mengGoogle cari nama apple tu..



Pic Google..

Saya agak apple tu dari jenis Mcintosh..Lain kali boleh cari kat pasaraya nih..

Menu pantang bersalin ini boleh ditonton vedionga di 




Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕

Sunday, 14 July 2024

MENU PANTANG BERSALIN: AYAM BAKAR,SUP LOBAK PUTIH & MINUMAN KURMA MERAH

 

Antara menu pantabg bersalin yang saya sediakan untuk Adah 

- Nasi Putih

- Ayam Panggang

- Sup Lobak Putih

- Buah Oren

- Minuman Kurma Merah

AYAM PANGGANG

1 ketul dada ayam

1 sudu bawang putih tumbuk

sedikit garam,daun bawang& minyak

1. Perap ayam dengan bawang putih dan garam.

2. Renjis sedikit minyak dan bakar suhu 180 selama 12 minit.

3. Tabur daun bawang dan rejis sikit minyak

Jika suka lebih garing,terbalikkan atan dan masak lagi suhu yg sama selama 7 minit



SUP LOBAK PUTIH
1 batang lobak putih
1 ketul kecil isi ayam- cincang
1 bawang putih
sikit daun bawang & garam

1. Masukkan semua bahan dan masak hingga lobak empuk dan kuah menyusut.
2. Sesuaikan rasa & tabur sikit daun bawang

Boleh tonton video menu ini  dalam youtube :

https://youtube.com/shorts/UI83acjqirA?si=AzIX3DbjcY58lNaG




Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕

Saturday, 13 July 2024

SARAPAN NASI LEMAK KUNING

 

Pagi ni saya masak Nasi Lemak Kuning...

Dah lama tak masak sarapan nasi lemak kuning maupun putih..


Biasanya NASI LEMAK KUNING BUNGKUS SURAT KHABAR
Tapi hari ni bungkus kertas burger Ramly....hihihi

Takda surat khabar & kertas nasi lemak pun dah tingga 3 helai..tak cukup nak bungkus.

Yang ada hanya kertas burger...beli masa buat prosperity burger masa tengah viral tu....hihihi


Banyak ...macam nak berniaga ..

Jom makan nasi lemak kuning...

Video pendeknya ada saya upload kat my you tube channel :


https://youtube.com/shorts/4DdFB45TgUs?si=drIN8Q5AvADieUg7


Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya



SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕

Friday, 12 July 2024

MENU PANTANG BERSALIN: IKAN BAKAR DAUN KUNYIT,TEMUNKUNCI & ULAM.PEGAGA

 Lagi menu yang saya sediakan untuk Adah.


Biasanya saya ambil gambar  menu untuk dinner sebab menu lunch saya hanya marinate ikan atau ayan dan tinggalkan dalam chiller .



Menu kali ni..:

- Nasi Putih
- Ikan Tenggiri Panggang Daun Kunyit
- Temu Kunci
- Ulam Pegaga
- Buah Oren
- Minuman Kurma Merah



Temu Kunci..
Ada yang biasa makan?
Temu Kunci ni dari keluarga kunyit,halia bagai tu..
Ni salah satu..
Boleh tengok temu kunci ni dala video yang saya share  kat  youtube channel  Seroja Putih



Thursday, 11 July 2024

MENU BERPANTANG: AYAM BAKAR & ULAM PEGAGA

 

Menu makan malam Adah petang semalam..

Biasanya saya siapkan makan malam Adah sebelum maghrib.Selalunya menu makan malam dia lebih kurang makan tengahari juga kerana saya akan matinate ayam atau ikan untuk 2 kali makan..lunch & dinner..Kalau beza pun buah atau ulam sahaja.


- Nasi Putih
-,Ayam Bakar( sebenarnya air fryed🤭)
- Ulam Pegaga
- Buah Oren 
- Minuman kurma merah panas

** Tak reti nak hilangkan suara dalam video tu...

Boleh dengar suara Adah tengah mengaduh kena air panas masa amik air panas nak buat minum...tapi kena sikit je,bukan bahaya pun.. hihihi

Tuesday, 9 July 2024

RUMAH KEMBALI SEMERBAK HARUMAN BABY DAN HARUMAN HERBA BERPANTANG

Bermula proses  berpantang untuk Adah..

Tapi ini cara saya lah untuk Adah.Lain orang lain caranya..

Saya sendiri pun masa berpantang untuk 3 kelahiran,tidak sama menunya.Pantang anak sulong dikampung kerana lahirnya kat Perak kan..dalam perjalanan nak balik KL..Maka mak sewa van pi amik saya kat Ipoh ,bawa balik kampung.. Selama 42 hari ( dulu cuti bersalin hanya 42 hari sahaja)memang mak saya hanya bagi makan ikan talang kering masin,lada hitam dan sesekali ikan- ikan basah yang tidak gatal menurut mak.Hujung-hujung pantang biasanya mak akan reward  dengan menu yang agak sedap iaitu ikan talang masak kuning lada hitam.Sesekali ayam bakar.

Masuk anak ke-2 dan ke-3 memang pantang kat rumah sendiri @ KL.Masa Adah masih cuti bersalin gomen hanya 42 hari.Cuma masa Cella 2002 dah dapat cuti bersalin 60 hari..Itu pun dulu selagi tak bersalin,tak dapat cuti..Maka tak kurang la yang sakit bersalinnya kat tempat kerja..Pernah ja ada kes kat tempat kerja saya,rakan rakan tolong panggil ambulan bila ada yang nak bersalin masa kerja..Sekarang dah boleh 90 hari kan...boleh cuti sebelum bersalin..Alhamdulillah,semakin ada penambahbaikan...walau kita tak merasa tetapi sekurang kurangnya generasi selepas kita dapat menikmatinya



Ni antara menu yang saya masak untuk Adah...
-  Nasi Putih
- Kerabu pegaga + kunyit muda
-  Fillet Ikan Masak Kunyit
- Buah Oren
- Air Kurma 

KERABU PEGAGA + KUNYIT MUDA
1 cekak pegaga
1 ketul kunyit muda
1 potong oren sunkist
garam & lada hitam

1. Kikis kulit kunyit muda & racik.
2. Hiris pegaga 
3. Gaul  semua bahan & sesuaikan rasa 

FILLET IKAN MASAK KUNYIT
1 keping fillet ikan( isi putih)
1 sudu minyak zaitun
daun bawang & garam

Bahan Tumbuk:
1 ketul kunyit hidup
1 ketul kecil halia
2 bawang putih


1. Sapukan ikan dengan sikit garam.Paanaskan minyak zaitun & masukkan isi ikan yang dipotong potong.Balik balikkan agar masak sekata.

2. Tambah bahan tumbuk dalam ikan dan sedikit air.

3. Biar mendidih dan sedikit pekat..Sesuaikan rasa dan  taburkan daun bawang


** Tapi minggu lepas,masa periksa kuning(jaundice) baby..doktor & nurse pesan hentikan dulu menu yang mengandungi kunyit,lada hitam dan halia agar kuningnya cepat turun.
Jika bacaan kuning lebih 200 kena waeded ..Alhamdulillah Baby Sarah Miqayla hanya 101..Cuma kena juga kurangkan makan 3 benda tu...Saya cuba menu lain 


Minuman kurma tu saya rebus 3 bahan..
- kurma merah 7 biji - buang biji
- Kurma Ajwa 1 biji- ambil isi sahaja.
- Goji berry  1 sudu makan.
** Basuh dan rebus semua tu dalam 1.5 liter air hingga mendidih..dan airnya  menyusut.
Masukkan dalam termos dan biar terendam supaya perisanya keluar


Setiap hari saya buat minuman ini  sebagai penggalak booster kerana Adah fully breast feeding.

Buah oren tu pula katanya bagus untuk penyembuhan luka.Walaupun pengalaman saya sepanjang pantang,mak saya tak benarkan makan sebarang buah dan sayur kecuali sayur sawi pahit dan beberapa jenis ulaman sahaja.
Tapi untuk Adah,saya bagi ja,namun bersederhana.
Semoga sahaja apa yang dimakan menjadi penawar dan asbab kesihatan yang baik


T
Tak ingat menu hari apa...hihihi
Biasanya saya hanya dapat snap pic menu hari cuti dan untuk dinner sahaja.
Menu lunch,setakat hari ni...setiap hari sayakan   marinate ayam atau ikan dan suami Adah akan air fry kan sahaja..
Balik kerja petang saya akan masak makan malam..
Masakkan air mandian dan lepas maghrib akan tungkukan Adah.
Lain lain bab baby Adah urus bersama suaminya.Saya seriau nak mandikan dan nak cuci kencing berak baby...dah lama tak pegang baby...seriau...huhuhu
Alhdulillah,Adah nampak sihat dan cergas sepanjang menguruskan baby Mikayla...Berkat doa keluarga dan semua yang mendoakan yang baik baik untuk Adah.


Ni makan orang pantang jugak nim.
Pantang jumpa makanan...🤣🤣



Dedaun untuk alas tungku...
- Daun memgkudu hutan
- Daun pandan
- Daun lengkuas
- Daun tembusu
- Daun sirih

Saya petik kat tempat kerja sahaja..
Alhamdulillah..ada pulak dedaun alam ni kat pinggir KL ni🤭



Air mandian herba...
Zaman saya ,mak petik kat kampung,keringakan dan bawa ke KL..
Alahamdulillah sekarang,Allah mudahkan dengan adanya orang jual herba kering ni dalam uncang..Tinggal rebus sahaja...
Semerbak rumah bau herba yang menyegarkan ...


Saya hanya rebus herba ni untuk mandian pagi dan petang..
Adah juga ada booking CL untuk seminggu...
Kalau tak salah,Adah menggunakan khidmat Mawar Confinement..
Alhamdulillah,semua urusan dan kos,atas usaha Adah sendiri walaupun pengalaman pertama beranak sulong.Kalau harap saya,memang dok fikir nak import tukang urut dari kampung ja..tak reti saya nak cari kat sini..hihihi..
Jadi mak saja ja saya ni...banyak yang tak reti🙈

Pakej urutan,mandi baby,mandi ibu,tungku,param pilis,bengkung,scrub dan sauna.
Alhamdulillah,rezeki Adah dapat CL yang bagus dan dalam masa yang sama rezeki saya juga dapat belajar bermacam ilmu dan tips daripada CL tersebut.Walaupun masih muda tapi kaya ilmu dan tips penjagaan ibu bersalin  dan baby.Orangnya sopan santun dan berbudi bahasa dan cekap menjalankan tugasnya sebagai CL..
Saya yang tua ni pun banyak menumpang ilmu dari CL muda tersebut...

**Jika ada menu,tips dan ilmu berkaitan penjagaan ibu bersalin...ayuh kongsikan dengan saya kerana saya tiada  ilmu menjaga ibu dan babby .Saya sangat bebesar hati jika ada yang sudi kongsikan...💐

Sunday, 7 July 2024

MELAYAN TEKAK BUMIL


Khamis malam saya gagahkan diri memasak Pulut Seri Muka..


Baru sahaja diangkat dari pengukus..tak sempat nak sejuk,Adah dah minta potongkan.Dia dah tak sabar nak makan kuih kegemarannya ni.
potong pun jadi sememeh tak kemas sebab belum sejuk.
Ikut dia lah...dah dia nak sangat makan macam tak sabar sabar .

Jumaat pagi Adah kata dia off day sebab nak gi jemput suaminya kat KLIA,..flight dari Tawau pukul 1.30..dijangka tiba di KLIA 3 jam kemudian.Saya terus ke tempat kerja tanpa ketuk bilik Adah.

Pukul 9 pagi Adah call,katanya sakit sejak pukul 4 pagi.Tak cukup bumi rasa nak lari balik rumah.Sap sup sap isi borang keluar...terus drive balik rumah


Dalam perjalanan teringat Adah nak makan durian...Terus 
Sempat jamu bumil makan Seri Muka &  pulut durian.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1446

 

Salam Maal Hijrah untuj semua..Semoga tahun ini amalan kita semua lebih baik dari tahun tahun. sebelumnya..🤲

Wednesday, 3 July 2024

KENAL TAK POKOK GINSENG JAWA?

 Hebat orang Jawa...Depa ada macam-macam tumbuhan...

Paling popular...Asam Jawa la..hihih

Lain lain yang saya tau ada Ketumbar Jawa..Tembakau Jawa...Cucur Jawa..


Hari ni pula nak share tumbuhan hiasan halaman yang bunganya cantik.Dah la cantik..banyak pula khasiat...terutama untuk wanita yang baru lepas bersalin.


      Pic Google (kredit tuan punya pic)

Saya share pic akar ginseng Jawa..poc google kerana pokok yang saya petik daunnya ni hanya sepokok...Nak cabut takut mati pulak pokoknya...Nak kena semai dulu kasi banyak pokok baru boleh cabut ambil akarnya/umbinya.




Daun /pucuk ginseng Jawa...sesuai dijadikan ulam,sayur dan juga kerabu.Bukan sahaja pucuknya boleh dimakan...Malah buah,bunga batang dan akarnya boleh dimakan.

Antara khasiatnya dikatakan mampu melancarkan memberi tenga.Juga baik untuk sistem peranakan dan melancarkan susu ibu yang baru bersalin.

Pokok ini ada saya sharekan videonya di :

https://youtube.com/shorts/WT-F_jbgSF4?si=HeZnTVHT88J-wHsC


Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕