Bermula proses berpantang untuk Adah..
Tapi ini cara saya lah untuk Adah.Lain orang lain caranya..
Saya sendiri pun masa berpantang untuk 3 kelahiran,tidak sama menunya.Pantang anak sulong dikampung kerana lahirnya kat Perak kan..dalam perjalanan nak balik KL..Maka mak sewa van pi amik saya kat Ipoh ,bawa balik kampung.. Selama 42 hari ( dulu cuti bersalin hanya 42 hari sahaja)memang mak saya hanya bagi makan ikan talang kering masin,lada hitam dan sesekali ikan- ikan basah yang tidak gatal menurut mak.Hujung-hujung pantang biasanya mak akan reward dengan menu yang agak sedap iaitu ikan talang masak kuning lada hitam.Sesekali ayam bakar.
Masuk anak ke-2 dan ke-3 memang pantang kat rumah sendiri @ KL.Masa Adah masih cuti bersalin gomen hanya 42 hari.Cuma masa Cella 2002 dah dapat cuti bersalin 60 hari..Itu pun dulu selagi tak bersalin,tak dapat cuti..Maka tak kurang la yang sakit bersalinnya kat tempat kerja..Pernah ja ada kes kat tempat kerja saya,rakan rakan tolong panggil ambulan bila ada yang nak bersalin masa kerja..Sekarang dah boleh 90 hari kan...boleh cuti sebelum bersalin..Alhamdulillah,semakin ada penambahbaikan...walau kita tak merasa tetapi sekurang kurangnya generasi selepas kita dapat menikmatinya
Ni antara menu yang saya masak untuk Adah...
- Nasi Putih
- Kerabu pegaga + kunyit muda
- Fillet Ikan Masak Kunyit
- Buah Oren
- Air Kurma
KERABU PEGAGA + KUNYIT MUDA
1 cekak pegaga
1 ketul kunyit muda
1 potong oren sunkist
garam & lada hitam
1. Kikis kulit kunyit muda & racik.
2. Hiris pegaga
3. Gaul semua bahan & sesuaikan rasa
FILLET IKAN MASAK KUNYIT
1 keping fillet ikan( isi putih)
1 sudu minyak zaitun
daun bawang & garam
Bahan Tumbuk:
1 ketul kunyit hidup
1 ketul kecil halia
2 bawang putih
1. Sapukan ikan dengan sikit garam.Paanaskan minyak zaitun & masukkan isi ikan yang dipotong potong.Balik balikkan agar masak sekata.
2. Tambah bahan tumbuk dalam ikan dan sedikit air.
3. Biar mendidih dan sedikit pekat..Sesuaikan rasa dan taburkan daun bawang
** Tapi minggu lepas,masa periksa kuning(jaundice) baby..doktor & nurse pesan hentikan dulu menu yang mengandungi kunyit,lada hitam dan halia agar kuningnya cepat turun.
Jika bacaan kuning lebih 200 kena waeded ..Alhamdulillah Baby Sarah Miqayla hanya 101..Cuma kena juga kurangkan makan 3 benda tu...Saya cuba menu lain
Minuman kurma tu saya rebus 3 bahan..
- kurma merah 7 biji - buang biji
- Kurma Ajwa 1 biji- ambil isi sahaja.
- Goji berry 1 sudu makan.
** Basuh dan rebus semua tu dalam 1.5 liter air hingga mendidih..dan airnya menyusut.
Masukkan dalam termos dan biar terendam supaya perisanya keluar
Setiap hari saya buat minuman ini sebagai penggalak booster kerana Adah fully breast feeding.
Buah oren tu pula katanya bagus untuk penyembuhan luka.Walaupun pengalaman saya sepanjang pantang,mak saya tak benarkan makan sebarang buah dan sayur kecuali sayur sawi pahit dan beberapa jenis ulaman sahaja.
Tapi untuk Adah,saya bagi ja,namun bersederhana.
Semoga sahaja apa yang dimakan menjadi penawar dan asbab kesihatan yang baik
T
Tak ingat menu hari apa...hihihi
Biasanya saya hanya dapat snap pic menu hari cuti dan untuk dinner sahaja.
Menu lunch,setakat hari ni...setiap hari sayakan marinate ayam atau ikan dan suami Adah akan air fry kan sahaja..
Balik kerja petang saya akan masak makan malam..
Masakkan air mandian dan lepas maghrib akan tungkukan Adah.
Lain lain bab baby Adah urus bersama suaminya.Saya seriau nak mandikan dan nak cuci kencing berak baby...dah lama tak pegang baby...seriau...huhuhu
Alhdulillah,Adah nampak sihat dan cergas sepanjang menguruskan baby Mikayla...Berkat doa keluarga dan semua yang mendoakan yang baik baik untuk Adah.
Ni makan orang pantang jugak nim.
Pantang jumpa makanan...🤣🤣
Dedaun untuk alas tungku...
- Daun memgkudu hutan
- Daun pandan
- Daun lengkuas
- Daun tembusu
- Daun sirih
Saya petik kat tempat kerja sahaja..
Alhamdulillah..ada pulak dedaun alam ni kat pinggir KL ni🤭
Zaman saya ,mak petik kat kampung,keringakan dan bawa ke KL..
Alahamdulillah sekarang,Allah mudahkan dengan adanya orang jual herba kering ni dalam uncang..Tinggal rebus sahaja...
Semerbak rumah bau herba yang menyegarkan ...
Saya hanya rebus herba ni untuk mandian pagi dan petang..
Adah juga ada booking CL untuk seminggu...
Kalau tak salah,Adah menggunakan khidmat Mawar Confinement..
Alhamdulillah,semua urusan dan kos,atas usaha Adah sendiri walaupun pengalaman pertama beranak sulong.Kalau harap saya,memang dok fikir nak import tukang urut dari kampung ja..tak reti saya nak cari kat sini..hihihi..
Jadi mak saja ja saya ni...banyak yang tak reti🙈
Pakej urutan,mandi baby,mandi ibu,tungku,param pilis,bengkung,scrub dan sauna.
Alhamdulillah,rezeki Adah dapat CL yang bagus dan dalam masa yang sama rezeki saya juga dapat belajar bermacam ilmu dan tips daripada CL tersebut.Walaupun masih muda tapi kaya ilmu dan tips penjagaan ibu bersalin dan baby.Orangnya sopan santun dan berbudi bahasa dan cekap menjalankan tugasnya sebagai CL..
Saya yang tua ni pun banyak menumpang ilmu dari CL muda tersebut...
**Jika ada menu,tips dan ilmu berkaitan penjagaan ibu bersalin...ayuh kongsikan dengan saya kerana saya tiada ilmu menjaga ibu dan babby .Saya sangat bebesar hati jika ada yang sudi kongsikan...💐