Semalam ke Cyberview Resor & Spa
Tempat kerja buat Majlis Sambutan Raya & Majlis Persaraan Pn Normila .
Sebenarnya Pn Normila yang kami panggil Kak Mel bersara dah beberapa minggu.Tapi jatuh dalam bulan puasa Sebelum puasa pun kami beberapa orang dah raikan
KAK MEL AKAN BERSARA....kat siniRezeki Kak Mel bila semua setuju nak buat majlis 2 in 1 kat Cyberview Resort ni.
Temanya Seharum Mawar.Pakaian digalakkan warna merah,pink atau putih sempena warna bunga mawar.
Bergambar dulu depan Verandah Cafe ni.Bersama Ruhil,Shifa,Pn Eleena,Zaimah,Mardhiyah & Pn Isma.
Rezeki Kak Mel...Diraikan dalam 3 majlis sempena persaraannya...Benarlah janji Allah pasti.Mungkin asbab kebaikan dan kemurahan hati Kak Mel selalu belanja kawan-kawan..Tidak kedekut dan kalau makan mesti akan disisihkan sikit untuk kawan yang kemudian.Maka,rezeki majlis persaraannya juga melimpah
Rakan-rakan yang lahir dalam bulan Mac April dan Mei juga diraikan bersama..Rezeki mereka diraikan di sini.
Kak Mel patut duduk dimeja VIP sebab dia yang diraikan..
Tapi tengoklah...Kak Mel nak duduk semeja dengan saya dan Shifa .
Kata Kak Mel kalau dok meja VIP nanti malu nak makan banyak..Duduk ngan saya & Shifa,kami memang enjoy food🤣
Pinggan rakan semeja kami.. Cik Aniza..Anak dara lagi tau!
Saya pecinta dessert...
Patutnya salad jadi starter..Saya pula dessert dulu...hihihi
Slice cake yang comel-comel ni memang saya suka.
Bukan nak makan banyak pun...Serba satu pun tak habis..Tapi saya suka..
Ice cream pun saya pandang ja tengok Aniza makan...Dah tua-tua tak minat dah..hihihi
Geng Mawar Putih
Saya geng Mawar Pink..Tapi hanya nampak lengan baju sahaja belah kiri tu..Tak termasuk pula dalam pic...hihihi
Bila mak-mak & bapa-bapa jauh dari anak-anak..Ada pula slot tik tok..Tak pernah pernah terjebak dengan tik tok..Hari ni habis pakat terjebak..Ketua dia tu haaa...Si Dilla comel bajunpink tudung merah paling kiri tu..hihihi
Geng Mak orang & bapa orang..
Yang baju kuning tu atuk orang dah🤣
Dah ada cucu..steady lagi..
Bertopi tu Rusti...Sabahan bah!Orang Kota Belud.Geng dia Lin orang Tawau tak datang la pula..
Baju maroon Mr Solan tu vegetarian..Tapi tadi saya nampak dia belasah dalca kambing..Tak boleh tahan katanya🤣🤣
Merah menyala..Arney..kalau dia ketawa..
sebatu dah boleh dengar🤭
Puas suruh Rusti cari angle bagi saya nampak slim dan tinggi...Tak menjadi jugak..Tetap nampak realiti jugak🤣
Alhamdulillah hari-hari terakhir dalma bulan Syawal masih dapat meraikan bersama rakan-rakan sambil berukhwah.Kalau kat tempat kerja bukan selalu dapat berbual panjang.
Saya & shifa lagi la nun atas kayangan..Kami berdua sering orang lupa keberadaan kami.Selalu tertinggal.keretapi....
Kami tidaklah rapat tapi selalu ada bila diperlukan..
Shifa ni baik orangnya secantik wajahnya yang putih mulus dan ayu..
Salam Syawal yang berbaki lagi 2 hari..!