Masih dengan menu raya..tidak jemu-jemu
Hari Khamis...semalam punya semalam ..Masya Allah sedapnya ya ampun....(puji masakan sendiri)😁😁
KUAH KACANG +DAGING
½kg kacang tanah
½ kg daging -potong kiub
( rebus hingga empuk)
1 asam keping
1keping kecil gula melaka
1½ sudu teh garam
1 batang serai- ketuk
Bahan Blend:
30 cili kering( saya guna 1 cawan cili kisar)
1 bawang besar
3 bawang putih
segenggam ikan bilis bersih
1. Basuh kacang tanah dan masukkan dalam kuali bersama 3 sudu minyak dan sentiasa kacau hingga kacang garing.
2. Angkat kacang dan biarkan suam sekejap & blend dalam blender basah + 3 cawan air hingga agak halus
3. Panaskan anggaran 1 cawan minyak dan tumis bahan blend Masukkan asam,garam dan serai & masak hingga naik minyak
4. Masukkan pes kacang blend tadi dan gula melaka.
5. Masak hingga mendidih.Tambahkan daging rebus bersama air rebusannya.Masak lagi hingga mendidih
6. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan supaya kuah naik minyak dan cantik dan pekat
7. Sesuaikan rasa
lagi xabis bulan syawal selagi tu la nak menu raya je kan.. hihi
ReplyDeleteSuka jugak masak sambal kacang (saya panggil sambal) yg ada daging, biasanya sy letak daging tetel, lemakkkk, hahaha.
ReplyDelete