Semalam Sabtu..Adah cuti.Dia ajak ke Nilai 3 nak cari barang..
Saya dah cakap nak gerak pukul 8.30 tapi dia tak nak.Katanya orang jual pun belum buka kedai.Kalau ke mana-mana saya suka gerak aeal-awal.. biar kita tunggu depan kedai,orang buka kita terus masuk.
Tapi dia siap sambung tidur.Ingatkan tak jadi.Sekali dah pukul 11 dia dah siap pulak..Pergi jugak la..
Pukul 11 baru nak gerak..memang mendapat la kan....
Masih suasana raya kan...tambah pula cuti berganda.Esok Ahad cuti Hari Wesak..Makanya Isnin pun cuti la.. Sabtu,Ahad dan Isnin adalah cuti..
Yang nak balik kampung,Yang nak beraya..yang nak bertunang,yang nak kenduri kahwin macam-macam la..
Maka banyaklah kenderaan atas jalan.
Berhampiran susur Bukit Mahkota..Biasa perjalanan 20-30 minit.Ni dah jadi lebih 1 jam.
Sampai Nilai3..manusia boleh tahan ramai nak berbanding baru lepas PKP hari tu yang sendu dan suram.
Peniaga karpet kemain sombong la bila orang ramai.Kalau masa tiada orang kita dirayu jemput masuk,boleh nego harga bagai.Bila customer ramai depa demand la..Harga pun tak berapa nak masuk akal la...hihihi
Dah la cuaca panas ya ampun.Rasa macam berjalan dalam bulan puasa.Haus dan lapar..
Baru teringat rupanya belum makan dan belum minum.Saya memang niat puasa 6 sebab dah lastday.
Tapi dah nampak gerai cendol tepi Baryali Karpet tu...
Terus batalkan puasa.Padahal masa tu dah pukul 2 petang kot.Cendol punya pasal..
Bukan senang nak jumpa cendol Melayu tepi jalan..
Nampak kuah dia putih melepak macam santan pekat.Sayang sedikit tak terasa lemak santan.Mungkin peniaga tu guna santan sawit agaknya...
Saya suka santan kelapa segar yang lemak berkrim tu...
Mana la nak cari cendol yang betul-betul sedap berlemak dan manis?
Dulu saya sukakan cendol kat Rasa Foodcourt @ Alamanda.Tapi dah banyak kali pi,cendolnya takda dah..Tak tau la kot sekarang dah ada balik..
Tapi yang bagusnya,setiap meja disediakan sebotol sirap gula Melaka.Kata kakak yang berniaga cendol tu,kalau kurang manis boleh tambah sendiri.Peniaga pun ramah dan mulut tak lokek minta maaf kerana order sedikit lambat disediakan.Baguslah service macam ni..
Jem tu ada dimana-mana musim2 raya ni MC :)
ReplyDeleteSedap pulak nampak cendol tu.. aduhai panas-panas ni sedap hirup cendol tu...
Hihihi..betul tu PH...
DeleteKalau tak nak jem kena PKP la🤭
Kalau dapat jem, kena cari rotilah bukan cendol
ReplyDeleteTapi cendol tu memang nampak sedap
Hahaha...lawak la Wak..
DeleteLepas raya kena cari cendol wak
panas2 dapat cendol terus rasa sejuk segala
ReplyDeleteKan FH....
DeleteDapat ABC pun sedap ni
Ingatkan di sana saja trafik sesak. Di LD pun sama. Tak sanggup saya nak keluar ke mana-mana.
ReplyDeletehari sabtu haritu katanya memang jam luar biasakan? ammi duduk rumah diam-diam je sambil main game anak beranak
ReplyDelete